Engkau bagaikan mutiara berharga
Dalam sepi kau penyeri ,dalam duka kau penawar
Hadirmu menyinari rumahtangga
Mengapa harus derita yang kau cari
Maruah kau pertaruhkan ,Masa depan kau gadaikan
Mengalir air mata ayah bonda
Oh remaja harapan keluarga
Putera puteri negara,pewaris nusa, bangsa dan agama
Kembalikanlah nilai harga dirimu
Agar sempat kau tahu sejuk hati ibu yang melahir & mendidikmu
Bangkitlah oh puteraku dari lena yang panjang
Berjuang bagai perwira yang berjasa
Bangunlah oh puteriku dari mimpi yang palsu pelihara maruah & agamamu
Padamu tuhan doa kami panjatkan
“ teguhkanlah keimanan tetapkanlah pendirian putera puteri harapan masa depan islam”
Sedarlah kita,bahawa tiada sesiapa yang dapat mempertahankan islam diatas bumi ini selain dari kita semua putera & puteri Islam.
Cukuplah kesedihan hati dan jiwa yang melihat anak – anak muda sekarang yang tidak tahu matlamat hidup dan jangan pula ditambah kepedihan ini dengan kita yang hanya mampu melihat sahaja..butakah kita?bisukah kita?
Kita selalu mengharapkan syurga sebagai balasan kita,tetapi dimanakah kita ketika islam sedang tenat dan memerlukan putera & puteri untuk merawat ummah sekarang?...
Semua persoalan dan jawapan adalah pada diri kita sendiri,memang bukan mudah,dan memang perit yang akan kita hadapi..tetapi apa yang telah kita korbankan untuk islam?
Moga kita sentiasa dibawah redha dan rahmat Allah..
Allah berfirman….
“wahai manusia,sesungguhnya kamu berjuang dgn penat lelah (dlm kehidupanmu)sehingga engkau (mati dan)kembali kpd tuhanmu,maka diwaktu itu engkau akan menemui hasil usahamu”…
AL-INSYIQAQ:6
peringatan untuk diri ini,truly --- macet ---
Assalamualaikum wrbth dan slm 1 malaysia <--- (sgt x sokong n stuju dgn 1 m'sia ni --')
saya, nurhidayah binti kamsani, pelajar undang-undang di Mara University of Technology ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri minal aidil wal faidzin kpd, semua warga murabbi MATRI, (kaklang terutamanya ;)), rakan-rakan seperjuangan 4sc Mashittah batch 2006 dan 5sc Fatimah batch 2007 serta rakan-rakan happening 4&5 sastera syg juga tidak dilupakan semua shbat sahibah gen 13 MATRI.
omg, i miss matri n i miss the matrians. i do hope we got to meet again. one day :)
Manyak ampun dan maaf atas ketelanjuran kata, kesilapan dan kesalahan yg dibuat sepanjang perkenalan kita. terima kasih tak terhingga kpd yg wish dan tak lupa birthday hari tu. syg korang ketat-ketat ♥ SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN
nurhidayah binti kamsani
8 lot 4012 lrg hj saidseksyen
30jln kbn40460
shah alam selangor
0173074626
0137184621
ramadhan yg kita lalui hampir tiba ke penghujungnya...
maka akan kita tinggalkan madrasah ini dengan persiapan yg kita sendiri lebih mengetahui..sama ada yg lebih baik atau sebaliknya..tapi moga2 Allah menerima ibadah dan amalan kita pada bulan yg mulia nie dengan rahmat dan kasih sayang-Nya..
untuk memaafkan dan meminta maaf memang memerlukan satu tindakan dan kerelaan hati yg penuh keikhlasan dan rasa sayang pada sahibah2 semata lillh..
Ruangan khas Aidilfitri nie disediakan untuk sahiabah2 memberikan ucapan raya ..smpaikanlah ucapan pada sahibah2 tersayang..
"buat shbh2 yg lal n mal rindui...mg kalian sentiasa berada dlm rahmat n kasih syg-Nya yg smpurna pertama sekali...lal n mal ingin mohon kemaafan andai ada salah dan silap dlm perbuatan mahupun percakapan yang menguris hati kalian...maaf sgt2 lal n mal juuga nk ucapkn jazakillah atas sglnya dan jazakillah juga krn sudi terima kami seadanya dan mnjadi sebahagian drpd antunna smua
akhir kalam..semoga ramadhan kali ini mampu melahirkan jiwa yg brtaqwa n semoga Aidilfitri yg bakal mnjelang mampu mmerdekakan jiwa kita dr pnghmbaan yg lain selain dr Allsyg antunna smua lillahah s.w.t,insyaAllah"
.:Nurul Izzah:.
"Ya Allah jadikanlah kami org2 yg mencintaiMu,mencintai orng2 yg mencintaiMu & amalan2 yg membawa kami kpd kencintaan kpdMu..
Ya Allah,ampunilah kami & maafkan segala kekurngan kami..Ameen..
Taqabballahu minna wa minkum..semoga kita semua berjaya menjadi graduan Madrasah Ramadhan yg berjaya memperolehi piala TAQWA.."
.:Masitah:.
"Slam kemaafan kita hulurkan pada semua sahibah2 gen13 yg disyangi..maafkan seandainya ada khilaf sepnjang perkenalan kita bersama..selama ukhuwah ini terjalin,terlanjur kata,terguris hati..dan mungkin tak bertnya khabar korng or contact korng..x bermakna korng semua dilupakan..smpai sekarang kita tak jumpa lagi dan tak akan berjumpa sahibah,kawan,rakan dan teman mcm korng semua..
salam kemenangan Minal Aidil Walfaizin..ALLAHU AKBAR!!!
Assalamualaikum..
pekabo kawan2 ku..??harap2nya sentiasa sihat rohani,jasmani dan aqli la yep,insyaAllah..
So,reunion yg ke-2 utk gen 13 M3..
actually,tak confirm lagi tarikhnya..
tapi dah plan arr nak buat hari apa..
tarikh : 4-6 dec / 11-13 dec
tempat : KTD
So,pada sume kawan2 kuh..
sape2 yang available or xavailable,msg shafiah or kat aku pun xper..
then nanti aku akan inform shafiyah..(eh,cam same je..heh~)
ni pun sebab nak siapkan kertas kerja utk reunion..
so kalau boleh gtau ar cepat2 boleh datang ke tak..
nak tengok majoriti boleh datang bila..
so boleh arr adjust tarikh buat hari laen..
wokeyh,thanx a bunch~ :)
Bertemu kembali kita dengan ramadhan
Rasakan bahagianya
Ya Allah ku bersyukur
Kau pertemukanl ku semula dengan ramadhan
Di ramadhan ya Allah
Rahmatmu ku rasa
Ku bermunajat kepada mu….
c/o
ramadhan rahmat dr ilahi
banyakkan ibadah dan berdoa
hapuskan dosa tingkat pahala
moga dapat maghfirahnya
moga menjadi hamba setia
moga menggapai syurga disana
agar dihindar dari neraka
ku memohon padamu segala-galanya…
rentak lagu:ae-man (ayah)
penggubah lirik dan lagu:macet &ana lokman
dinasyidkan oleh:13 generation (puteri)
Assalamualaikum wbt kepada semua sahibah-sahibah yg kita rindui dan sayangi sekalian…
Diam tak diam,pejam celik,pergi kelas balik kelas,masa kita untuk menghadapi dan bersua dengan bulan yang mulia iaitu bulan Ramadhan Al Mubarak telah sampai dalam beberapa hari sahaja lagi..dan mungkinkah kita sempat untuk menghadapi dan mengecapi nikmatnya??..ataupun mungkin Ramadhan tahun lepas adalah Ramadhan yang terakhir bg kita..tetapi kita semua berharap agar Allah SWT sudi menemukan kita kembali dengan Ramadhan dan bulan yang penuh kemuliaan itu..
Disini ingin kita kongsikan dengan apa yang kita dapat dan sedang berusaha untuk mendorong diri ini untuk mengecapinya..moga kita semua membuat persedian yang rapi dan penuh keseronokan untuk menyambut ramadhan seperti kita menyambut hari-hari yang penting dalam hidup kita,dan moga sambutan untuk bulan Ramdhan ini lebih dari kita membuat persiapan untuk menyambut hari raya..
Rasulullah menggembirakan para sahabatnya sempena menyambut ketibaan bulan Ramadhan.
Panduan dan dorongan yang diberikan oleh Rasulullah membuatkan para sahabat merasa gembira menyambut ketibaan bulan Ramadhan yang mulai.
At-Tabrani dan lain-lain meriwayatkan daripada Anas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. sebelum tiba bulan Ramadhan, mulai daripada masuk bulan Rejab, seringkali berdoa:
“Ya Allah, berikan keberkatan kepada kami pada bulan Rejab dan Sya’ban, dan sampaikan kami ke bulan Ramadhan”
2. Berpuasa sunat
Di bulan Sya’ban, Rasulullah s.a.w. memperbanyak puasa sunat. Kita digalakkan memperbanyak puasa sunat ketika di bulan Sya’ban, sebagi mencontohi amalan baginda. Kalau tidak boleh dibuat semua, janganlah ditinggalkan semua.
Yang untungnya kita juga, kerana dapat mengecapi ganjaran pahala dan rahmat Allah s.w.t., bahkan melatih diri untuk berpuasa sebelum datangnya Ramadhan yang mulia
Kita seharusnya memperbaiki dan melihat bagaimana kita menggunakan ramdhan yang lepas adakah lebih baik ataupun masih sama dengan ramadhan yang sudah bertahun lamanya..
“puasa sempurna menahan rohani dan rasa,
Puasa sederhana menahan indera dan juga anggota,
Puasa biasa menahan lapar dahaga,
Dimanakah puasa kita??adakah masih ditahap lama”
(dipetik dari lagu nasyid unic)
stay bless, macet~
Pernah suatu pagi, saya bangun dari tidur seperti hari-hari sebelumnya. Saya bersihkan diri dan menunaikan tanggungjawab saya sebagai seorang hambaNya seperti biasa. Namun, tiba-tiba saya menyedari suatu hakikat yang tak pernah saya rasa sebelum ini. Saya terasa lainnya pagi itu, bagai ada yang tak kena. Lantas saya letakkan tangan saya di dada dan saya bertanya, “Di mana hati saya? Mengapa hari ini saya rasa hati saya hilang dari tempatnya? Ke mana ia telah pergi?”
Seribu persoalan bermain di fikiran saya. Saya tak dapat duduk diam mencari hati saya. Saya bertanya dan terus bertanya tanpa ada yang menjawabnya.
Akhirnya, saya buat keputusan untuk menghubungi guru saya, dalam masa yang sama menjadi sahabat saya yang juga ‘doktor’ bagi diri saya. Seperti biasa, saya mulakan perbualan dengan bertanya khabar. Lalu terpancurlah hajat saya menghubunginya dengan suatu persoalan, saya bertanya,
“kenapa saya rasa hati saya dah takda? .. saya rasa ia dah hilang.. saya tak dapat rasa apa-apa.. Apa yang perlu saya buat..?”, saya mengadu keperitan yang dialami.
Sahabatku itu bertanya, “ Ingat tak
“Ingat”, jawab saya ringkas.
“Cubalah baca balik
Tanpa berlengah lagi, terus saya cari
“.. Berteman dengan orang-orang khusyu’ yang selalu merenung, bergaul dengan orang-orang yang selalu berfikir dan menyendiri, dekat dengan orang yang bertaqwa dan soleh yang darinya terpancar hikmah dan dari wajah mereka terpancar cahaya, dan hati mereka bertambah dengan makrifat adalah penawar yang mujarab.
Berusahalah berteman dengan orang-orang seperti mereka, selalu bersama mereka, kembali kepada mereka dan engkau sambung ruhmu dengan ruh mereka, jiwamu dengan jiwa mereka serta engkau habiskan waktu lapangmu bersama mereka..
Berteman dengan mereka ialah ubat yang paling mujarab, kerana watak manusia sering mencuri, sehingga hati terpengaruh oleh hati dan jiwa mengambil dari jiwa. Oleh itu, berusahalah menemukan jiwa-jiwa yang soleh sebagai teman ..”
Inilah suatu hakikat yang benar-benar saya rasai. Pentingnya sahabat soleh di dalam hidup ini, yang dapat saling memperingati dan membantu dalam usaha menuju keredhaan dan SyurgaNya di esok hari..
stay care, izzah zaaba..
Rintihan Hamba
Ya Allah, kami tidak mampu untuk melaksanakan tanggungjawab yang Kau amanahkan kepada kami, melainkan dengan bantuanMu. Oleh itu, bantulah kami untuk melaksanakannya!
Ya Allah, kami tidak mampu memelihara diri kami dari terjerumus ke dalam kemaksiatan kepadaMu, melainkan dengan pemeliharaanMu. Oleh itu, peliharalah diri kami dari keterjerumusan itu!
Ya Allah, bantulah kami untuk benar-benar menjadi HAMBA-Mu!










