
Assalamu'alaikum w.b.t.. Buat semua teman2 dan kenalan2 yang bergelar mahasiswa, kalian semua dijemput ke seminar ini.. kehadiran kalian semua adalah sangat dialu-alukan.. datang, jangan tak datang.. ajak kawan2 yang lain juga tau.. insyaAllah, saling berkongsi kebaikan.. jumpa kalian di sana..

Hidup ini, kita tak mampu membuat jangkaan tepat.. kita takkan mampu membuat andaian terhebat.. kerana kita ini, di dalam genggaman Allah.. kita dalam jagaanNya dan dalam segala takdirNya.. hanya Dia Yang Maha Tahu.. Maha Tahu untuk segala yang akan berlaku.. kita, apa yang kita tahu? Hatta sesaat yang mendatang pun kita tak mampu mengetahui apa-apa.. kalau tidak, masakan kita terkejut jika ada teman kita yang membuat kejutan.. kalau kita tahu, tentu kita tidak akan terkejut atau mungkin terharu dengan kejutan yang dibuat.. siapa tahu kalau kita akan terjatuh kerana tersepak sebiji batu di hadapan kita.. kalau tidak, tentu kita akan berhati-hati dan mencari jalan lain agar kita mampu mengelak dari terjatuh..
Namun, siapa kita? Siapa kita yang terkadang terasa sangat berkuasa merancang sesuatu dan teramat yakin dengan perancangan kita itu? Terkadang terasa megah dengan setiap yang kita miliki ini.. bukankah kita terlalu kerdil untuk semua tu? Hatta nafas kita dalam kawalan Yang Esa.. degupan jantung kita dalam pengetahuanNya.. sedangkan kita sendiri tidak mengetahui bagaimana keadaannya organ di dalam tubuh kita.. bukankah kita terlalu lemah untuk semua itu? Namun, apa yang telah membuatkan kita megah dengan Sang Pencipta..? merasakan segalanya adalah kita yang punya? dan tanpa segan-silu menolak amal dan nilaian hidup kita untuk mereka yang selainNya..? Layakkah kita untuk semua itu?
Takziah diucapkan kepada keluarga dan Matri, Perlis diatas kemalangan yang menimpa pelajar-pelajar mereka yang dalam perjalanan ziarah Halaqah Aidilfitri. Semoga Allah mencucuri rahmat kepada mangsa yang terlibat dan memberi kesabaran kepada yang kehilangan. Sesungguhnya mereka-mereka yang berada dalam Halaqah adalah mereka-mereka yang bersedia untuk ke Syurga kerana Halaqah-Halaqah merupakan taman-taman syurga di dunia ini insyaAllah.Senarai yang terlibat kemalangan:
1. Al-Akh Shahidan Bin Ali - Masul Halaqah - Meninggal,
2. Muhd Izzat Bin Ismail -Tingkatan 5 - Meninggal,
3. Hazman Bakhtiar Bin Shahrizan - Tingkatan 2 - Meninggal,
4. Muhd Ahnaf Bin Ani...soffian - Tingkatan 2, Cedera Parah.
5. Muhd Shauqi Bin Salahuddin - Tingkatan 2 - Cedera Ringan,
6. Muhd Iqbal Bin Aminuddin - Tingkatan 2 - Cedera Ringan,
7. Muhd Faris Mustaqim Bin Nazri - Tingkatan 2 - Cedera Ringan,
8. Muhd Zalfadhli Bin Rodi - Tingkatan 2 - Cedera Ringan,
9. Omar Mokhtar Bon Shirin - Tingkatan 2 - Cedera Ringan,
$yg•ƒr'¯»tƒ tûïÏ%©!$# (#qãZtB#uä |=ÏGä. ãNà6ø‹n=tæ ãP$u‹Å_Á9$# $yJx. |=ÏGä. ’n?tã šúïÏ%©!$# `ÏB öNà6Î=ö7s% öNä3ª=yès9 tbqà)Gs? ÇÊÑÌÈ
183. Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa
salam...kepada semua sahibah2 yg sgt2 dirindui...di sayangi...bah nak ajak kowg mai la kenduri kawen di perlis ma3 akn di adakan pd 10 sept 2011 bertempat di matri.. n pd 17 sept 2011 akan di adakan di kuala lumpur, bertempat di masjid amaniah.. hehe.. smoga dapt berjumpe ye...syg u all..salam
(nusaibah zahidah)
terkadang, kita menyangka bahawa kita telah melepasi 'serendah-rendah nilai ukhwah', iaitu untuk kita berbaik sangka dengan setiap teman kita itu.. kita mengucapkan tanpa malu bahawa kita menyayanginya kerana Yang Esa.. namun, di mana pembumian kata itu? tatkala ujian itu datang, kita seakan tidak pernah mengenali apakah itu sebuah ukhuwah..
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh…
Alhamdulillah, masih berpeluang menapaki hari baru dan hari mulia, Eid Adha ini, buat sekian kalinya. Di kesempatan ini, saya selaku wakil dari ‘sidang editor’ blog ini ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha dan maaf dipohon, zahir dan batin, atas segala kekurangan dan kelemahan dalam mengendali dan mengelola perjalanan blog ini. Jazakumullahu khairan atas setiap sokongan dan doa yang dilontarkan. Moga Allah berkati hidup kalian.
p/s:
1. Suka untuk saya ingatkan bahawa setiap apa yang berkaitan dengan blog ini bukanlah suatu yang ‘rigid’ atau ‘mutlak’, malah sentiasa mengharapkan teguran dan tunjuk ajar semua pihak. Segala perkongsian juga amat dialu-alukan.
2. Maaf sekali lagi kalau kalian ada perasan yang ‘gen 13th's peers’ yang sorang ni semakin ‘pelik’ hari demi hari.. Seperti mana Iman itu turun naik, maka, sungguh-sungguhlah ia memberi pengaruh yang agak besar dalam menguruskan blog ni.. Walau apapun, Allah lebih mengetahui..
عيد سعيد وكل عام وأنتم بخير
Rintihan Hamba
Ya Allah, kami tidak mampu untuk melaksanakan tanggungjawab yang Kau amanahkan kepada kami, melainkan dengan bantuanMu. Oleh itu, bantulah kami untuk melaksanakannya!
Ya Allah, kami tidak mampu memelihara diri kami dari terjerumus ke dalam kemaksiatan kepadaMu, melainkan dengan pemeliharaanMu. Oleh itu, peliharalah diri kami dari keterjerumusan itu!
Ya Allah, bantulah kami untuk benar-benar menjadi HAMBA-Mu!














