• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
Showing posts with label cerpen. Show all posts
Showing posts with label cerpen. Show all posts
Posted by nur3izz - - 0 comments

Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.

Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.

Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.

Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedangang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.

Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, "Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri."

Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, "Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?" Isteri keempatnya terdiam. "Tentu saja tidak!" jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.

Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, "Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?". Isteri ketiganya menjawab, "Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati". Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.

Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, "Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku? " Si isteri kedua menjawab perlahan, "Maafkan aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu."

Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa putus asa.

Tiba-tiba terdengar satu suara, "Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu." Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang lalu berguman, "Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku."

Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;

ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.

ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.

ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai kuburlah mereka akan menemani kita.

DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering

mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi. Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak.

Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan sampai kita menyesal kemudian hari!

penulis dan rujukan

Posted by gen13's peers - - 0 comments








Hampir tiap-tiap kali menjelang peperiksaan, aku akan menyesal lantaran persiapan yang tidak begitu rapi.. seakan ingin aku minta beberapa ketika lagi untuk aku selesaikan segala persiapan yang sepatutnya.. seakan ingin aku minta sehari lagi untuk semua itu.. namun, sungguh, semuanya tu hanya tinggal angan-angan apabila akutak mampu buat apa-apa..

Suatu hari, sedang sibuk membaca, hati aku tiba-tiba terdetik.. kalau ini gayanya aku untuk peperiksaan penggal atau akhir semester, bagaimana aku saat menerima tamparan dalam hidup suatu hari nanti.. saat aku nanti diuji dengan kesibukan dan ujian yang tidak pernah aku terfikir.. saat tiba giliran aku yang aku tak mampu meminta belas atau sesaat pun untuk aku bertaubat..

Ah…. Wahai diri, sedarlah, sungguh masa itu kehidupan.. yang kau takkan mampu minta pengembalian.. yang kau takkan mampu berpatah balik walau baru sesaat ia pergi.. yang kau takkan mampu bayar dengan segala kudrat atau air mata darah sekali pun.. Ya Allah, ampunkan aku! Bantulah hambaMu ini!

Posted by gen13's peers - - 2 comments














“Mengapa perlu menyusahkan diri? Dia bukanlah sesiapa pun dalam hidup kau ni”..

Ayuni memarahi dirinya.. kadang-kadang, dia sendiri terasa betapa dia sangat penat dengan ‘peperangan’ yang berlaku di dalam hatinya.. mungkin benar dia tidak pernah inginkan semua ini.. namun, dosanya tempoh hari membuatkan hatinya tidak mampu tenang seperti dulu.. ya, lantaran dosa, Allah akan menarik ketenangan itu.. Ampunan Allah perlulah dipinta setiap waktu..

Ayuni dapat merasakan betapa hatinya seakan mengharapkan keredhaan si Adam.. ingin dia lihat reaksi senangnya lelaki itu dengan dirinya.. namun, setiap kali itulah Ayuni akan tersedar kalau dia tidak pernah memerlukan redha manusia.. redha si Adam tidak akan pernah membawanya ke mana-mana.. malah melalaikan hatinya dari mengingati Pemilik dan Pencipta dirinya, Allah Yang Maha Esa..

Ya, tidak akan membantunya walau untuk apa sahaja yang di dunia ini, apatah lagi di saat tiada yang mampu menyelamatkan dirinya dan mengasihaninya melainkan Allah Yang Esa.. jikalau tiada redha dari Yang Esa, manakan dia perolehi syafaat dari Manusia Paling Mulia itu.. Ayuni sedar bahawa mujahadah itu tidak pernah semudah yang disangka.. malah ia juga bukan sesaat dua..

“Ya Allah, bantulah aku dalam menghadapi hari-hari ini dengan penuh ketaatan..”

Posted by gen13's peers - - 2 comments


Nuri masih melekat di tingkap biliknya. Matanya masih tertumpu pada segala yang tak menentu.. Kerisauan dan kerinduan menyapa.. ya, risau memikirkan adanya dosa di situ.. risau lantaran manusia terlalu memandang penting ‘bahtera’, bukannya ‘destinasinya’.. biarlah mereka dengan diri mereka.. fikiran Nuri yang kebingungan tiba-tiba disapa rindu yang teramat sangat.. Nuri sangat rindukan teman-teman di sekolah menengahnya dulu.. batch yang terkenal dengan ‘hingak’.. juga gemar dipuji ukhwahnya.. walau hakikatnya masih punya kekurangan yang sedang ditampung dan dibendung.. namun, kenangan dan memori indah itu takkan mampu terpadam dari fikiran Nuri.. ya, rindu segalanya..

Dulu, Nuri takkan jumpa manusia sepelik Siti dan Noor.. takkan Nuri temui kawan yang hanya kerana pelajaran.. Nuri terasa benci.. benci dengan semua lakonan manusia.. datang kerana lebihnya.. ditinggal jauh apabila ada yang tak kena.. dulu, Nuri punya kawan yang luar biasa.. mereka takkan ditemui di tepi jalanan begini.. yang tiada ganti mahupun seirasnya.. Nuri takkan mampu milikinya lagi.. kadang2, ingin Nuri kembali memutar hari-hari itu.. Nuri ingin menikmatinya lagi.. Nuri ingin bersama teman2 selama hayat yang berbaki ini.. Nuri tak ingin kenal ‘perpisahan’ itu.. kerana berpisah dari teman sebegini menyiksa jiwa Nuri dengan rindu.. Nuri akan rindu, rindu, dan terus rindu..

Tapi Nuri sedar, semuanya itu hanya angan2 yang takkan mampu jadi kenyataan.. bicara yang akan sentiasa kosong.. impian yang sangat jauh dicapai tangan.. mungkin kan hanya kekal sebagai mainan fikiran.. Nuri akan terus bermain rindu.. bermain dengan memori dan filem kenangan yang kan sentiasa berputar dan kembali berputar.. Hari ini, saat ini dan ketika ini, Nuri sangat ingin teman-temannya tahu betapa Nuri rindu.. Nuri sangat rindu.. selamanya rindu.. Nuri ingin temannya tahu kalau coretan ini ditulis khas buat teman-temannya itu.. teman yang dirindui.. semua ini hanya kerana rindu.. teramat rindu..

Posted by gen13's peers - - 5 comments

Lain pula kisahnya dengan Noor. Noor merupakan kawan kelasnya ketika di kampus dulu. Lantaran pemilihan yang dibuat, Nuri terpaksa akur untuk menerima tanggungjawab sebagai ketua kelas bagi menyiapkan tugasan yang telah diberikan. Tanggungjawab ini membuatkan Nuri perlu mempunyai komunikasi yang baik dengan semua orang, termasuk pelajar lelaki. Nuri juga belajar untuk membina hubungan yang baik dengan semua ahli kelasnya, tanpa mengecualikan Noor yang baru sahaja dikenalinya beberapa ketika sebelum melangkah ke kelas itu.

Namun, kekurangan ilmu Nuri membuatkan dia agak kerap meminta bantuan seorang pelajar lelaki bernama Iqbal. Iqbal merupakan calon pertama yang ingin dilantik sebagai ketua kelas, tapi ditolaknya dengan tegas lantaran beberapa perkara. Semenjak itu, Nuri seakan terdengar kalau Noor punya hati pada Iqbal, tapi diabaikan saja, kerana dia tahu yang dia punya tugas yang belum selesai. Hari demi hari, banyak hal yang dirujuk kepada pelajar lelaki yang lagaknya tidak kurang seperti seorang ustaz itu. Iqbal sememangnya pernah mengakui yang dia punya pengalaman dalam menyiapkan tugasan itu.

Dengan izin Allah, tugasan itu berjaya disiapkan dengan baik. Melangkah semester baru, Nuri sentiasa mengharapkan persahabatan rakan-rakan yang dikenalinya. Dia sentiasa berusaha menjaga hubungan yang telah terbina. Namun, kekecewaan menyapa saat melihatkan jelingan mata Noor. Nuri yang berlalu di hadapannya, mahupun di sebelahnya diabaikan seakan tidak pernah dikenali sebelum ini. Walaupun sapaan Noor sempat singgah di telinga teman yang berjalan bersama Nuri, Nuri tetap dibiarkan sahaja tersenyum sendirian. “ Em, apalah dosa aku? Apakah kerana cemburu dia hari itu?”

Suatu hari, Nuri sangat terkejut melihat pada pakaian yang dikenakan oleh Noor. Tak pernah dilihatnya sesempurna itu. Noor seakan meniru Nuri yang sentiasa lengkap berbaju kurung dan bertudung labuh. Perubahan yang mendadak. Pelik! Nuri terfikir kalau itu kerana kerisauan Noor. Ingin ditambatnya hati Iqbal, buah hatinya dengan pakaian itu. Bagi Nuri, tiada yang lebih pada Iqbal, hanya lelaki biasa yang punya sedikit ilmu tentang agama. Kenalan Nuri di sekolah menengahnya tiada tandinga. Dibiarkan sahaja Noor dengan pakaiannya itu, walaupan pakaian itu bermusim sahaja.

Masa berlalu dengan pantas. Di kala menjelang semester baru ini, banyak hal yang difikirkan oleh Nuri. Ingin dibuang jauh-jauh segala yang tidak penting itu. Namun, takdir Allah diterima sebaiknya. Setelah sekian lama tidak bersama Noor, Nuri kali ini menjadi rakan sekelas Noor lagi. Bukan setakat Noor, Iqbal yang sekian lama tidak kelihatan juga muncul memenuhi ruang kelas. “Em, ujian Allah”. Itu sahaja yang terlintas di fikiran Nuri. Namun begitu, Muhammad, salah seorang senior Nuri di sekolah menengahnya juga kelihatan di kelas tersebut. Pelbagai perasaan yang dirasai setiap kali melangkah masuk ke kelas itu. Terkadang, ingin Nuri lari sejauhnya, tanpa perlu melihat mereka lagi. Ingin dilepaskan mereka itu pada Yang Esa. Nuri penat.

“Noor.. Noor.. tak payah risaulah tentang Iqbal tu.. Nuri takkan berebut dengan Noor.. kalaulah diminta untuk memilih Iqbal, atau ada yang memaksa, Nuri lebih sanggup ambil Muhammad yang mungkin agak nakal tu sebagai gantinya.. walaupun terpaksa tunggu lama..”

Nuri merepek seorang diri. Seakan itulah yang dia ingin dikatakan pada Noor, kalau Iqbal menjadi penyebab keretakan itu. Betapa Nuri tidak mahu merosakkan persahabatan yang terbina itu. Kerisauan Noor yang jelas tergambar di mukanya membuatkan Nuri kurang senang, terutamanya tatkala Nuri melangkah masuk ke kelas itu buat kali pertamanya. Akhirnya, Nuri tersenyum sendirian. “merepek saje aku ni.. astaghfirullahal’azim.. dah, dah, mengarut ke situ pula”..

Posted by gen13's peers - - 2 comments

Kala senja menyapa, Nuri termenung sendirian di jendela biliknya yang bertentangan dengan Kuliah Kejuruteraan. Banyak hal yang berlegar di fikirannya memandangkan dia baru sahaja memulakan semester barunya beberapa ketika. Wajah dua kenalannya muncul lagi; Siti dan Noor. “Entah apa salah aku?”. Semenjak dulu lagi, Nuri tidak pernah berhenti memikirkannya. Memandang wajah kenalan yang sering kali berpura-pura seakan tidak pernah mengenali dirinya merupakan suatu pengalaman pahit yang tidak berjaya ditelannya.

Siti ialah salah seorang kawan barunya di alam yang bernama IPT. Ta’aruf ringkas di Masjid berdekatan dengan kampusnya telah membuahkan harapan agar perkenalan itu dapat dilanjutkan dan seterusnya menghasilkan bunga-bunga ukhwah. Namun, segalanya layu tatkala hari-hari yang dilaluinya penuh dengan tanda tanya. “Entah apa silap aku?”. Senyuman yang dilontar tidak pernah dibalas. Apatah ucapan salam yang tidak akan dijawabnya. Berselisih di jalanan ketika pergi atau pulang dari kelas merupakan kebiasaan yang tidak dapat dielakkan. Namun, tiada apa-apa perubahan.

“Nuri.. Nuri.. Hujung minggu ni, Nuri lapang tak?”

Sapaan itu tiba-tiba terpacul keluar dari mulut Siti yang melambai dari jauh sebaik sahaja Nuri melangkah masuk ke asrama kampusnya. Dahi Nuri berkerut. “Pelik!”. Hanya itu yang terdetik di hatinya. Namun, sapaan itu dibalasnya penuh mesra, seakan tidak pernah ada satu pun duri yang menusuk hatinya. “alhamdulillah, mungkin telah berakhir”. Dia pulang ke biliknya dengan senyuman yang menguntum mekar, disangkanya persoalannya telah berakhir. Tapi tidak, hari-hari pahit itu berulang, walaupun telah menjejaki bumi baru, kampus utama mereka.

“Entah apa dosa aku?”

Suatu hari, Nuri khusyu’ membaca bukunya di Masjid kampus mereka. Melihatkan Siti yang melangkah masuk ke dalam Masji, Nuri pura-pura tidak perasan. Ingin dibiarkan Siti dengan dirinya dan dicampak jauh-jauh segala yang berkaitan dengan Siti yang sering kali bertandang di fikirannya. Tiba-tiba…

“Lama ke nak duduk kat sini?”

“Huh!?” Nuri agak terkejut, tak disangka sapaan Siti itu.

“eh, silap, Assalamu’alaikum.. Lama ke Nuri nak duduk di sini? Nak minta tolong jaga beg..”

“oh, ok, takpa2, boleh je..” Nuri balas selamba. Siti berlalu pergi ke bilik wudhu’.

“Manusia.. Manusia.. macam-macam.. apa-apalah..” Nuri berkata seorang diri, malas nak memikirkannya lagi. Dia hanya akan disapa apabila ada kebutuhannya pada bantuan. Tapi Nuri bersyukur, sekurang-kurangnya, Nuri masih menjadi pilihan untuk Siti meminta bantuan. Mungkin ada sesuatu di situ.

“Takpalah, Siti, kalau Nuri ada buat silap, Nuri minta maaf.. walaupun Nuri rasa, Nuri tak sempat nak buat apa-apa pun, hatta bersembang, walaupun sekejap.. moga Allah ampunkan kita..”

Setiap kali wajah Siti terbayang di fikirannya, pasti ayat itulah yang akan meniti di bibirnya. Nuri belajar untuk memikirkan benda yang lebih penting. Walaupun Siti begitu, Nuri tetap berusaha seolah-olah tiada duri di hatinya. Didoakan yang terbaik buat Siti.

p/s: hingga ke saat ini, persoalan Nuri itu masih belum terjawab. Dilaluinya hari-hari itu dengan penuh ketabahan. Diharapkan bahawa ujian sekecil itu tidak akan sama sekali mengganggu fokusnya.

Posted by gen13's peers - - 2 comments

Ahmad : aku sangat rindukan sahabat kita, Abdullah.

Abu : aku juga begitu. Lama tak dengar khabarnya.

Ahmad : kamu tahu kenapa?

Abu : tak, taktau. Apa kata kalau kita pergi ziarah dia? Dengan tu, takdalah kita risau ttgnya lagi.

Ahmad : tapi dia tinggal di tempat yang sangat jauh. Perjalanan ke sana memakan masa hampir sehari.

Abu : tapi aku risaukannya.

Ahmad : apa kata kalau kita tunggu saja berita ttg dia, atau mungkin dia akan datang ziarah kita.

Abu : em..takkan aku sanggup tunggu selama tu. Aku akan pergi ziarah dia, insyaAllah.

Monolog Abu : em.. ini perjalanan yang sangat panjang dan sukar.. tapi aku tetap akan menanggungnya.. agar Allah menganjarinya dengan pahala dariNya..

Tiba-tiba, muncul seorang malaikat yang menyerupai pemuda, datang menyapanya.

Pmuda : Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Abu : wa’alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh.

Pmuda : kamu hendak ke mana ni, wahai pemuda budiman?

Abu : aku cuma mahu menziarahi kawanku di kampung ni.

Pmuda : adakah dia ada harta untuk kamu?

Abu : tidak, tidak sama sekali.

Pmuda : atau dia punya kebaikan yang kamu perlukan darinya?

Abu : tidak, tidak sama sekali.

Pmuda : jadi, kenapa kamu menziarahinya, sedangkan kamu dari tempat yang sangat jauh?

Abu : sesungguhnya aku menziarahinya kerana aku mencintainya kerana Allah.

Pmuda : sesungguhnya, aku utusan dari Allah, yang datang untuk memberitahu bahawa Allah juga mencintai kamu seperti mana kamu mencintai saudara kamu itu.

Abu : Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..

Sumber: sebuah video klip yang bersumberkan hadits, Insya-Allah. Wallahu 'alam.

Posted by gen13's peers - - 2 comments


Hasan : eh, macam kenal muka ni..

Husin : eh, Hasan, assalamu’alaikum!

Hasan : wa’alaikumussalam! sihat?

Husin : macam nilah..

Hasan : eh, bro, kenapa muka pelik ni? termenung apa sorang2 ni?

Husin : kau nampak muka aku pelik ke?

Hasan : kau fikir apa sorang2 ni?

Husin : entahlah.. senang kata, aku dah mngaji medic, dah tiga tahun dah, macam kita ni.. tiga tahun mumtaz.. tapi setiap kali aku dapat markah cemerlang ni, aku cemerlang, tapi kosong.. aku study ni, macam tak dapat apa2, ada rasa kosong kat hati ni.. kau faham tak? Rasa kosong..

Hasan : Em.. aku faham maksud kau.. macam nilah.. Husin, kau tahu tak, apa sebenarnya tanggungjawab kita?

Husin : tanggungjawab? (berfikir)

Hasan : tanggungjawab kita yang sebenar-benarnya, bukanlah dunia ni, Husin.. tapi ada suatu yang kita tak nampak, tapi kita percaya benda tu.. tujuan kita dicipta dan tujuan kita lahir kat sini.. iaitu Allah s.w.t. hidup kita untuk apa? mardhatillah, redha Allah..

Husin : mardhatillah? (berfikir)

Hasan : ok, baiklah, Husin.. sekarang, antara kau dan aku.. kita muhasabah balik diri kita, cuba kita check balik, Al-Quran kita, banyak mana kita baca.. kita check balik solah jema’ah kita.. kita check balik Subuh kita.. buat tak kita? Semua tu ialah jalan yang sangat penting untuk kita menuju matlamat kita yang utama.. Allah s.w.t. tapi kita disibukkan dengan dunia ni, sampai kita lupa Allah s.w.t.

Husin : (bisikan hati ketika bertelengku di atas sejadah) inilah titik pertama hidup aku.. kecemerlangan aku yg sebenarnya.. hidup aku yg sebenar.. kini, aku lebih mngerti kekuatan sebenar kita, umat Islam.. bukanlah hanya cemerlang dalam kuliah semata-mata, tapi sejauh mana kekuatan hubungan kita dengan Allah.. inilah sumber motivasi terbaik bagi seorang muslim.. segala yang dilakukannya hanyalah untuk Allah, Pencipta dirinya..

Diadaptasi dari sebuah video klip bertajuk
Akhirnya ku temui – Mengubah Paradigma Muslim
(Location, tak ingat.. sori.. kalau ada yg tahu, feel free to let me know.. tq)

Posted by gen13's peers - - 0 comments

A : ish, buat perangai pula dia ni.. Tak kesian langsung kat tuan dia..

B : entah, mngada-ngada.. Ada je nak buat hal..

A : entah, ada je benda tak kena..



Kawan2 tahu tak, apa yang dibualkan? Hanya tentang sebuah printer yang mengalami sedikit kerosakan.. Emm.. Mereka tahu bahawa benda itu tidak bernyawa dan tidak punya perasaan, tapi bagaimana mungkin untuk dia memahami hasrat hati tuannya itu..?

Namun, bagaimana kita.. Punya akal yang waras.. Punya kelebihan dan kebaikan.. Punya pemberian yang tidak terkira.. Punya peluang dan ruang.. Punya masa yang terluang.. Punya kesihatan dan kemampuan.. Bagaimana kita gunakannya? Bagaimana kita manfaatknnya?

Sehari-hari, banyak hal yang kita buat.. Banyak urusan yang kita selesaikan.. Banyak kerja yang perlu dilaksanakan.. Entah bagaimana Allah memandang semua tu..? Entah apa nilaian Allah untuk itu? Entah apa yang menunggu kita untuk semua perbuatan kita ini?

Kalaulah benda sekecil itu dimarahi sehendaknya. Bagaimana pula Allah di tempat kita, Dia sebagai Tuan kita, Pencipta kita? Dia empunya diri kita.. Dia empunya semua ini.. Bagaimana kita terhadap Dia.. terhadap segala pemberian Dia.. terhadap segala yang dipinjamkan pada kita?

p/s:
1. Moga Allah sentiasa sudi beri kita mngasihani dan memimpin kita menuju redhaNya..
2. Yok, fikirkn, apa yang kita nak bawa balik nanti………………!?

Posted by gen13's peers - - 0 comments

Hayati mengemas pakaiannya ke dalam "back-pack"nya, sementara menunggu laptopnya "turn-off". Kemudian, dia memperosokkan sahaja laptopnya ke dalam "back-pack"nya. Zuraida, teman sebilik Hayati memasuki bilik sambil membawa secawan kopi yang baunya semerbak sehingga memenuhi atmosfera bilik mereka.

"Awak tak tido umah malam ni ke?" tanya Zuraida.

Hayati sudah mengagak pertanyaan tersebut, lalu tersengih sahaja.

"Huhu.. Sedihnya saya tinggal sorang-sorang lagi dalam bilik malam ni, tak de orang nak tolong segarkan saya kalau mengantuk masa study," Zuraida merengek.

Hayati memakai tudungnya, sambil meniup-niup bucu tudungnya supaya kemas. "Alah awak ni, tiada keupayaan dan tiada kekuatan melainkan dengan Allah. Doa la banyak-banyak supaya Allah segarkan awak. Kadang-kadang, saya ni menggalakkan awak tido lagi ade lah."

Zuraida mencebik. "Awak tido rumah sape pulak malam ni?"

"Rumah, err.. rumah.. Huda." Hayati teragak-agak ingin menyebut nama Huda, kerana ini merupakan kali ke 3 dalam minggu itu Hayati bermalam di rumah Huda. Huda merupakan junior kepada Hayati, dia merupakan seorang muslimah yan gmempunyai keperibadian yang tulus, walaupun masih belum memahami tanggungjawab dakwah dan masih belum memahami sepenuhnya erti islam yang syumul.

Sejak Huda baru sampai ke bumi "Down Under" ini, Hayati telah pun menjalinkan hubungan akrab dengannya. Maklumlah, sayanglah sekiranya jiwa yang baik disia-siakan potensinya.

"Awak nak ikut, Zuraida?" Hayati cuba menghangatkan suasana.

Muka Zuraida terus berubah ceria, "Boleh juga!"

Walaubagaimanapun, ada konflik yang berlaku di dalam diri Hayati, dia dapati dalam dia memenangi hati mad’unya, kadang-kadang dia terasakan seperti mengabaikan hak sahabat-sahabatnya yang lain. Walaupun begitu, sahabat-sahabat serumahnya sangat "supportive", dan sering memberi kata perangsang, serta ada kalanya sekiranya Hayati tidak sempat melaksanakan tugas mengikut "duty roster" rumah, pasti ada sahabatnya yang lain akan membantunya, terutama sekali Zuraida.

"Tunggu saya kemas barang saya kejap ye!" kelam kabut Zuraida meletakkan cawan kopinya dan terus mengemas barang serta menyalin pakaiannya.

Hayati dan Zuraida berjalan menuju ke stesen bas.

Zuraida melihat jadual bas, "Pukul 5.30 p.m baru bas sampai, sekarang baru pukul 5.15 p.m"

Hayati mengangguk, "Tak pe lah, kita dok sini dulu sembang-sembang"

Zuraida sengih lagi.

"Awak tau tak…" Zuraida memulakan bicara.

"Tak tau, hehe" Hayati berlawak.

"Tak pe lah.. tak jadi bagitau la kalau cam tu.." Zuraida terus merajuk.

"Alah, awak ni.. Saya gurau je.." Hayati cuba memujuk.

Zuraida memaksa dirinya untuk senyum kembali. Entah mengapa, sejak akhir-akhir ini, dia sangat mudah terasa dengan Hayati. Jauh di lubuk hatinya, Hayati merupakan sahabat yang paling dia sayang di kalangan sahabat-sahabat serumahnya. Mungkin kerana itu dia mudah terasa dengan setiap tindak-tanduk Hayati. Namun begitu, Zuraida merupakan orang yang pandai menyembunyikan emosi di sebalik senyumannya yang kelihatan tenang.





"Awak tau tak, dalam banyak-banyak kawan kita.. Awak la yang paling saya….." belum sempat Zuraida menghabiskan ayatnya, tiba-tiba kedengaran bunyi hon dengan suatu suara kuat.



"Assalamualaikum.. Nak pegi mana tu?" Rupa-rupanya Sufiah. Sufiah "pull-over" kereta kecilnya yang berwarna merah. "Hayati, Zuraida.. Naiklah kereta saye ni. Tak sudi ke naik kereta buruk ni"

"Kami nak ke North Melbourne, are you heading that way as well?" tanya Hayati.

Zuraida yang belum sempat menghabiskan ayatnya, terkejut dengan kedatangan Sufiah. Zuraida tergelak kecil di dalam hatinya, dia terbayangkan Sufiah ibarat Mr Bean yang memandu kereta kumbang. Perbualannya dengan Hayati termati begitu sahaja.

"Come in, come in. Have a ride. I’m heading to Docklands. Boleh drop korang kat North Melbourne." Kata Sufiah.

Dalam kereta, Sufiah memasang lagu UNIC, Sahabat Sejati. Zuraida yang duduk di belakang tiba-tiba membuka bicara, "Yati, ni lagu untuk awak." Hayati senyum, "Terima Kasih". Sufiah pula mencelah, "Saya ni tak de orang nak dedicate lagu ke?". Ketiga-tiga orang sahabat tersebut tertawa.



Zuraidah memandang Hayati yang sibuk berceloteh bersama Sufiah. Zuraida mengalihkan pandangannya ke luar. Lagu terus berkumandang,

"Ku biarkan pena menulis

Meluahkan hasrat di hati

Moga terubat segala

Keresahan di jiwa

Tak pernah ku ingini"

Mungkin Hayati tidak mendapat mesej yang ingin disampaikan oleh Zuraida.

Zuraida sangat bersyukur kepada Allah, kerana mengurniakan seorang sahabat yang mempunyai semangat juang yang tinggi. Hayati merupakan sahabat fillah yang pertama yang Zuraida kenali. Hayati banyak memberi sokongan kepada Zuraida di dalam pelajaran, maklumlah Hayati pelajar yang cepat tangkap pelajaran. Namun begitu, sejak mereka melangkah ke tahun dua universiti, dan sejak mereka menerima kedatangan adik-adik baru, mereka jarang dapat menghabiskan masa bersama sepertimana dahulu. Zuraida sangat khuatir sekiranya dia ketinggalan, dari segi pelajaran, dari segi dakwah, dari segi tarbiyah, dari segi bilangan mad’u, dari segi segala segi.

Zuraida terus memerhatikan Hayati, ditenungnya sahabat itu puas-puas dan berdoa di dalam hatinya, "Ya Allah terimalah segala amal sahabat ku ini, dan ikhlaskan dia. Dan kuatkan dia sekira dia berasa lemah, dan ikhlaskan dia tatkala dia mengharapkan sesuatu selain Engkau"

Tiba-tiba, Zuraida terasa hatinya sangat lapang. Inilah yang dia mahu rasakan, selama ini perasaannya risau, sedih, bercampur-baur apabila Hayati sudah jarang bersamanya.

Benarlah seperti nasihat Kak Elin, "sekiranya kita ada rasa berat hati dengan seseorang, kita segera doakan kebaikan untuk dia, insya-Allah, syaitan yang cuba hasut kita tu akan lari lintang pukang. Dan malaikat pula akan mendoakan perkara yang sama untuk kita."

Ini membuatkan Zuraida tersedar, bahawa kebergantungan yang mutlak itu terletak pada Allah. Dan sekiranya seorang insan itu tidak diberi penghargaan, dia tetap menjadi seperti pokok. Pokok yang menurunkan buah apabila dibaling batu.

Zuraida mahu berlari seperti orang lain, berlari menuju jannah insya-Allah, sama-sama tabah dan kuat dalam membawa risalah perjuangan anbiya’. Tapi, kadang-kadang, dia letih. Kerana lupa mengukur kapasiti diri. Mungkin kerana terlupa, Allah melihat usaha seseorang, dan bukan natijahnya.

Tapi, menjadi kebiasaan manusia. Sangat mengharapkan hasil positif di depan mata.

Zuraida terkenangkan Nabi Nuh, kisah dakwahnya di dalam Al Quran. Di dalam surah Nuh, Nabi Nuh merintih kepada Allah, beratus-ratus tahun, pagi sehingga malam menyeru kaumnya, tetapi hasilnya, hanya menyebabkan kaumnya semakin jauh daripada Allah.

"Ah, masakan aku yang baru setahun jagung dalam dakwah ini, mudah sangat putus asa ," getus Zuraidah dalam hati.

Hayati melihat "rear-view mirror", ternampak muka Zuraida yang serius.

Hayati membisikkan sesuatu kepada Sufiah, dan Hayati membawa keluar "handphone"nya.

Hayati menaip sms, "Salam, Huda. Maaf akak tak jadi ke rumah awak malam ni. Ada hal sikit. Nanti akak hantar pengganti akak pergi umah awak ye, hehe."

Sufiah membuat "announcement", "Baiklah, kita dah sampai Docklands. Selamat makan aiskrim Dairy Bell, jangan lupa saya."

Zuraida tercengang, Hayati turun dari kereta dan membuka pintu belakang, lalu menarik tangan Zuraida. Zuraida tercengang, "Eh, tadi Sufiah kata dia yang nak ke Docklands." Sufiah terus memecut laju ke destinasi barunya. Kereta kecil merahnya berderum hebat.

"Jom la kita makan aiskrim sama-sama. Dah lama tak "outing" berdua," Hayati mengajak Zuraida.

Zuraida akur sahaja. Dia terasa pelik, kenapa tiba-tiba Hayati tidak jadi pergi ke rumah Huda.

Hayati membeli aiskrim Chocolate Chips, dan mengambil 2 batang sudu kayu, "Jom dok kat tepi jeti tu.."

Hayati mula bicara, "Tadi kat stesen bas, awak nak cakap sesuatu kan…."

Zuraida tersenyum sahaja.

Hayati bicara lagi, "Awak tak boleh tipu saya dengan senyum tenang awak nih…."

Zuraida tersenyum lagi. Tapi, senyuman itu diikuti dengan air mata.

"Tadi saya nak cakap lain, tapi sekarang Allah ilhamkan saya untuk cakap sesuatu yang lain kepada awak," kata Zuraida, matanya berkaca-kaca.

Hayati mengangguk, "Cakaplah.."

"Kalau awak nak masuk jannah, jangan tinggalkan saya." Zuraida berkata sambil menahan air matanya yang semakin laju.

Hayati sangat terharu. Dia tidak pernah terbayangkan bahawa ada orang yang akan berkata begitu kepadanya, Hayati tak tahu nak respon macam mana, sedangkan dia sendiri pun terhuyung-hayang dalam perjalanan mencari syurga Allah.



Maksud sepotong ayat Al Quran, " Di hari akhirat, terputus segala perhubungan kecuali orang-orang bertaqwa. " Sungguh mudah untuk bercakap soal ukhuwah islamiyah. Namun nak menzahirkannya payah, apatah lagi hendak mengukuhkannya di dalam hati.

"Saya tahu Allah beri awak banyak kelebihan berbanding saya, moga Allah melindungi saya daripada hasad dan dengki, dan moga Allah menjauhkan awak daripada ‘ujub dan riya’ ," Zuraidah menghela nafas panjang. Aiskrim Chocolate Chips tidak mampu menarik seleranya.

Hayati terpaku. Dia seakan-akan dapat membaca apa yang dirasai oleh kawannya. Benarlah seperti apa yang dia rasai selama ini, tindak-tanduknya yang banyak mengabaikan hak-hak sahabat-sahabatnya mampu mengundang virus ukhuwah.





"Saya nak minta maaf atas salah silap saya. Saya tau saya banyak tinggalkan awak sorang-sorang. I am lost myself. Kononnya keluar berdakwah tapi, banyak yang lain pula saya abaikan," Hayati mula meluahkan isi hatinya.





Zuraidah berkata, "Saya pun minta maaf, asyik kadang cebik muka. Tapi, tak perlu lah kita mengungkit salah silap kita yang dahulu. Apa yang sudah tu sudah.."

Hayati menyambung, "Betul? Kosong-kosong!"

Zuraidah pula berkatai, "Kosong-kosong!"



"Insya-Allah, kita akan saling mengigatkan. Time kena study, kita pulun habis-habisan. Time kena keluar berdakwah, kita mujahadah sehabis baik, jaga amal fardi.. Kejutkan qiyam, ingatkan supaya puasa sunat!" Hayati mula meng"list-out" perjanjian di antara mereka.



"Kena tunai hak pada semua pihak yang ada hak ke atas kita, kena berlapang dada dan menerima setiap sahabat kita seadanya, saling memperingatkan, walau kita "fastabiqul khairat", mudah-mudahan ada persaingan sihat.. dan last sekali …outing kat charcoal chicken dengan geng rumah dua minggu sekali, hehe.." Zuraida menyambung.



"Lillahi ta’ala!" Zuraida dan Hayati menyebut kalimah "kerana Allah ta’ala" serentak. Mereka tersenyum sesama sendiri.

"Jom makan aiskrim ni dah cair!!" Zuraida menyogok sesudu aiskrim kepada Hayati.

"Hehe.." Hayati tergelak kecil.

"Er… kita nak tido mana ye malam ni?" Zuraida bertanya.

"Hehe.. tak pe, kita tido kat bilik kita yang best tu lah… Sufiah tido kat umah Huda, insya-Allah" jawab Hayati. Zuraida terbayang Sufiah bersama kereta merahnya menuju ke rumah Huda. Sufiah memang seorang sahabat yang "sporting" dan lucu.

Kedua-dua sahabat itu tersenyum. Moga Allah memberkati persahabatan mereka, dan meneguhkan hati-hati mereka di atas jalan dakwah hingga bertemu denganNya. Itulah doa mereka berdua.

Rintihan Hamba

Ya Allah, kami tidak mampu untuk melaksanakan tanggungjawab yang Kau amanahkan kepada kami, melainkan dengan bantuanMu. Oleh itu, bantulah kami untuk melaksanakannya!

Ya Allah, kami tidak mampu memelihara diri kami dari terjerumus ke dalam kemaksiatan kepadaMu, melainkan dengan pemeliharaanMu. Oleh itu, peliharalah diri kami dari keterjerumusan itu!

Ya Allah, bantulah kami untuk benar-benar menjadi HAMBA-Mu!