• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
Posted by gen13's peers - - 0 comments


Assalamualaikum

Untuk ruangan terbaru blog ‘biar kalam yang berbicara’,kami telah menyediakan ruangan hari lahir
Sahibah –sahibah generasi 13 atau nama glamournya gen13 of MATRI..hehe
Kami akan mengumpulkan ahli – ahli yang lahir pada bulan tersebut dan akan post list name sahibah setiap awal atau akhir setiap bulan
Sebelum itu,kami nak minta maaflah kepada sahibah-sahibah yang hari lahirnya sebelum dibuat ruangan ini..idea nie baru je tercetus diminda ni..hehe.Tapi jangan risau sebab insya Allah korang semua akan dimentionkan mengikut bulan masing-masing,so tunggu dan lihat jelah yer..
Tujuan ruangan ini dibuat adalah untuk mengingatkan kepada sahibah-sahibah hari lahir sahibah kita yang lain.Mungkin ada yang terlupa atau tak tahu langsung pun tarikh lahir sahibah-sahibah yang lain.Moga ruangan ini dapat menambahkan serta menguatkan lagi ukhuwah yang sekian lama sudah terjalin.
Selain dari sms atau telefon ucapan hari lahir juga boleh dibuat pada chatbox blog ‘biar kalam yang berbicara’..
Semoga Allah sentiasa memberi kekuatan kepada kita semua dan semoga ukhuwah kita yang dibina diatas landasan lillahi ta’ala ini sentiasa dipelihara Allah..jazakillah khairan,barakallahu fik..

Posted by gen13's peers - - 0 comments


Engkau bagaikan mutiara berharga

Dalam sepi kau penyeri ,dalam duka kau penawar

Hadirmu menyinari rumahtangga

Mengapa harus derita yang kau cari

Maruah kau pertaruhkan ,Masa depan kau gadaikan

Mengalir air mata ayah bonda

Oh remaja harapan keluarga

Putera puteri negara,pewaris nusa, bangsa dan agama

Kembalikanlah nilai harga dirimu

Agar sempat kau tahu sejuk hati ibu yang melahir & mendidikmu

Bangkitlah oh puteraku dari lena yang panjang

Berjuang bagai perwira yang berjasa

Bangunlah oh puteriku dari mimpi yang palsu pelihara maruah & agamamu

Padamu tuhan doa kami panjatkan

“ teguhkanlah keimanan tetapkanlah pendirian putera puteri harapan masa depan islam”


Sedarlah kita,bahawa tiada sesiapa yang dapat mempertahankan islam diatas bumi ini selain dari kita semua putera & puteri Islam.

Cukuplah kesedihan hati dan jiwa yang melihat anak – anak muda sekarang yang tidak tahu matlamat hidup dan jangan pula ditambah kepedihan ini dengan kita yang hanya mampu melihat sahaja..butakah kita?bisukah kita?

Kita selalu mengharapkan syurga sebagai balasan kita,tetapi dimanakah kita ketika islam sedang tenat dan memerlukan putera & puteri untuk merawat ummah sekarang?...

Semua persoalan dan jawapan adalah pada diri kita sendiri,memang bukan mudah,dan memang perit yang akan kita hadapi..tetapi apa yang telah kita korbankan untuk islam?

Moga kita sentiasa dibawah redha dan rahmat Allah..

Allah berfirman….

“wahai manusia,sesungguhnya kamu berjuang dgn penat lelah (dlm kehidupanmu)sehingga engkau (mati dan)kembali kpd tuhanmu,maka diwaktu itu engkau akan menemui hasil usahamu”…

AL-INSYIQAQ:6

peringatan untuk diri ini,truly --- macet ---


Rintihan Hamba

Ya Allah, kami tidak mampu untuk melaksanakan tanggungjawab yang Kau amanahkan kepada kami, melainkan dengan bantuanMu. Oleh itu, bantulah kami untuk melaksanakannya!

Ya Allah, kami tidak mampu memelihara diri kami dari terjerumus ke dalam kemaksiatan kepadaMu, melainkan dengan pemeliharaanMu. Oleh itu, peliharalah diri kami dari keterjerumusan itu!

Ya Allah, bantulah kami untuk benar-benar menjadi HAMBA-Mu!