Dilahirkan pada tahun 1990..n ada gak yg 1989.. Generasi ke-13 MATRI... SPM 2007... Hopefully, if there is any suggestion or comment about us, you feel free to e-mail us at gurlz_gen13@yahoo.com. Tq..
Pesan pada hati, sekiranya peroleh kejayaan, janganlah berbangga diri kerana itu hanyalah pinjama dari ALLAH dan bila2 masa ianya boleh ditarik balik..
Pesan juga pada hati, sekiranya mengalami kegagalan, usah bersedih kerana ianya ujian dari ALLAH untuk menguji sekuat mana hatimu menghadapinya dan kemudian bangkit dari kegagalan itu..
Pesan pada hatimu juga, jagalah hubungan kasih sayang kerana kerana itulah pelentur semangat dalam kehidupan...
Teman, cantikmu itu pinjaman pandaimu itu pinjaman fahammu itu pinjaman hartamu itu juga pinjaman usahlah memandang segalanya tinggi tanpa pandangan Allah semuanya rugi tiada ganti walau ingin kau bayar sepenuh bumi Allah tahu kalau dirimu itu perlu ditarbiyah lagi Allah tahu kalau imanmu itu belum diuji Allah juga tahu kalau hatimu itu belum cukup suci untuk kau bawa pulang mengadapNya nanti walau di bumi ini kau dipandang tinggi Allah tahu wahai hati Allah tahu wahai diri Allah tahu walau ia tersembunyi Ingatlah teman, segalanya hanya pinjaman hatta kalbu yang dikurniakan iman Allah kan tanya perihal segala yang diberikan bagaimana ia telah digunakan Allah juga kan ambil apabila tamat tempoh pinjaman Allah berkuasa atas dirimu Allah pemilik segala yang kau tahu juga segala yang belum sempat kau tahu Namun, Allah itu Pencipta dirimu pohonlah atas segala yang kau mampu moga tak diuji yang melampaui kudratmu Rayulah dengan hatimu kalau dirimu itu perlukan bimbinganNya selalu Allah tahu wahai diri Allah sangat tahu Pohonlah sebelum tiba ajalmu agar Dia sudi mengasihanimu saat tiada yang mampu membantu di hari itu
p/s: sorry, it is not good as good as others, those can perform better..
Aslm. Buat pengetahuan sahibah2 sekalian, puisi ini ana tujukan khas buat antunna semua. Ana menggubahnya ketika dalam perjalanan pulang dari kenduri Awa.. Sebak rasanya tak diizinkan untuk lebih lama bersama dengan sahibah2 semua, trutamanya, yang ana hanya melambai dari jauh sahaja. Moga Allah pelihara kita semua. Barakallahu fik.
MENGAPA BEGITU?
Teman,
Mengapa pertemuan ini terlalu singkat
Bagai baru berkenalan semalam
Seperti baru mengukir memori & kenangan
Yang tak mungkin dapat dibayar
oleh harta & permata dunia
Hari ini,
Kita bertemu lagi
Syukur atas segalanya
Namun, temanku,
Mengapa pertemuan ini terlalu singkat
Belum sempat mengubat rindu
Belum habis bicara & senda
Singkatnya ia
Takkan mampu diukur kira
Takkan dapat dicerita bicara
Cukuplah tangis ini yang menceritakannya
Jua doa penenang jiwa
Teman, ketahuilah bahawa
Kalianlah temanku selama aku di dunia ini
& doaku, moga juga di akhirat nanti
Kalian,
Takkan termampu diganti baru
Hanya kalian & hanya kalian sahaja
Ingatlah temanku, bahawa
Rindu & sayangku ini
Takkan terkurang walau hanya sehalus debu
Malah kan kian bertambah & membukit
Kerna kalianlah teman sepermainanku
Di kala aku baru mengenal ukhwah itu
& dunia baruku itu
Hanya satu pinta & hajatku
Ingin ke syurga bersamamu
Tika itu pertemuan tidak kan lagi mengenal ’perpisahan’
Moga Allah berkatimu & bersama dalam tiap langkahanmu
Ya Allah, kami tidak mampu untuk melaksanakan tanggungjawab yang Kau amanahkan kepada kami, melainkan dengan bantuanMu. Oleh itu, bantulah kami untuk melaksanakannya!
Ya Allah, kami tidak mampu memelihara diri kami dari terjerumus ke dalam kemaksiatan kepadaMu, melainkan dengan pemeliharaanMu. Oleh itu, peliharalah diri kami dari keterjerumusan itu!
Ya Allah, bantulah kami untuk benar-benar menjadi HAMBA-Mu!