• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
Posted by gen13's peers - - 2 comments

Menghadapi hari-hari ini terkadang membuatkan kita lupa pada hakikat penciptaan kita. Kita lupa akan asal-usul kita & kita leka dengan dunia yang kita belum pasti bagaimanakah penghujung hidup kita ini. Malah, kesibukan ini juga telah mengheret kita untuk melupakan titik tolak permulaan kita yang sebenarnya. Kita lupa untuk menghubungkan setiap tindakan & gerak geri kita dengan Pencipta kita & tujuan kita diciptakan. Kita lupa untuk memperbaharui niat kita agar ianya kekal kerana Allah s.w.t.


Allah ada bertanya dalam firmanNya yang membawa maksud:
"Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang Telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya Telah diturunkan Al Kitab kepadanya, Kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik".
(Surah Al-Hadid : 16)

Sungguh Allah Maha Mengetahui segalanya. Maka, marilah sama-sama kita berdoa kepada Allah s.w.t agar Allah menerima setiap amalan kita sebagai amal soleh yang memberatkan timbangan kebaikan kita di sisiNya. Marilah wahai hati-hati yang mendengar bicara ini untuk sama-sama kita bisikkan dalam hati kita bahawa setiap apa yang kita laksanakan adalah kerana Allah s.w.t., hatta makan minum kita, duduk bangun kita & segala apa yang kita lakukan adalah keranaNya. Inilah satu-satunya sebab penciptaan kita. Katakanlah pada hati kita bahawa kita hambaNya, maka kita perlu sentiasa berusaha untuk memerhatikan setiap tindakan kita adalah menepati kehendakNya.


Wahai teman seperjuangan yang dirindui selalu, aku mengetahui & turut merasai kesukaran kita untuk terus kekal di atas jalanNya. Namun, Allah yang menciptakan diri & jiwa kita sangat memahami keadaan ini, maka Allah telah menyediakan stesen atau hentian untuk kita mengutip bekalan yang dapat membantu kita untuk mentaatiNya. Marilah sama-sama kita berusaha untuk mendapatkan bekalan yang sewajarnya agar kita mampu menghadapi hari-hari ini dengan penuh keimanan, dalam rahmat & kasih sayangNya. Carilah Allah dalam hidup kita!

2 Responses so far.

  1. anugerah says:

    salam ziarah...
    setiap perjalanan memang memerlukan persinggahan. Sebagai contoh RnR di lebuhraya. Di waktu itulah kita rehat, makan, minum, dan sebagainya. Tujuannya untuk mengumpulkan semula tenaga kita bagi meneruskan perjalanan yang kita tidak boleh jangka panjang pendeknya dan cabaran dan rintangannya. Jadi sama-samalah kita ambil peluang untuk berhenti bukan untuk selamanya tetapi untuk seketika, hanya kematian sahaja rehat yang sebenarnya. Berhenti bukan untuk duduk sahaja tetapi mencari isi muhasabah sebagai bekalan perjalanan seterusnya.
    p/s:Bila gen13 nak buat perjumpaan semula?

  2. insan.. says:

    "Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat....." (Q.s. al-Baqarah: 186).

    selangkah ku rapat pada Mu, seribu langkah Kau rapat padaku...

Rintihan Hamba

Ya Allah, kami tidak mampu untuk melaksanakan tanggungjawab yang Kau amanahkan kepada kami, melainkan dengan bantuanMu. Oleh itu, bantulah kami untuk melaksanakannya!

Ya Allah, kami tidak mampu memelihara diri kami dari terjerumus ke dalam kemaksiatan kepadaMu, melainkan dengan pemeliharaanMu. Oleh itu, peliharalah diri kami dari keterjerumusan itu!

Ya Allah, bantulah kami untuk benar-benar menjadi HAMBA-Mu!