Dilahirkan pada tahun 1990..n ada gak yg 1989.. Generasi ke-13 MATRI... SPM 2007... Hopefully, if there is any suggestion or comment about us, you feel free to e-mail us at gurlz_gen13@yahoo.com. Tq..
Pesan pada hati, sekiranya peroleh kejayaan, janganlah berbangga diri kerana itu hanyalah pinjama dari ALLAH dan bila2 masa ianya boleh ditarik balik..
Pesan juga pada hati, sekiranya mengalami kegagalan, usah bersedih kerana ianya ujian dari ALLAH untuk menguji sekuat mana hatimu menghadapinya dan kemudian bangkit dari kegagalan itu..
Pesan pada hatimu juga, jagalah hubungan kasih sayang kerana kerana itulah pelentur semangat dalam kehidupan...
Kawan-kawan, berakhirnya tahun 2010 ini, maka genaplah setiap kita dengan umur 20 tahun (walaupun ada juga 21).. betapa pantasnya masa berlalu.. sudah 20 tahun kita hidup.. 20 tahun ini kita lalui dengan pelbagai perkara.. tentu ketika di sekolah rendah atau sekolah menengah dulu, kita tak pernah terfikir bahawa kita akan menjangkau umur ini, seorang remaja berumur 20 tahun, bukan? Menghadapi alam baru di ipt ini merupakan suatu yang kita pernah terasa sangat sukar dan bimbang tentangnya.. tapi hari ini, telah berlalu saat itu dan kita telah menghadapinya..
Kini, kita memulai angka 2... dan suatu hari nanti kita mungkin akan mencecah angka 3... tapi bukankah semua ini terlalu pantas? Kalaulah kebiasaannya, hanyalah 50 tahun tempoh yang diberi, maka kita hanya punya 30 tahun sahaja lagi untuk hidup.. namun, andai umur kita tidaklah sepanjang itu, mungkin 10 atau 20 tahun saja yang berbaki untuk kita.. Seperti mana kita terasa sukar mnghadapi hari-hari ini, maka kita akan lebih payah untuk mngakhiri hidup ini..
Every soul will taste death, and you will only be given your [full] compensation on the Day of Resurrection. So he who is drawn away from the Fire and admitted to Paradise has attained [his desire]. And what is the life of this world except the enjoyment of delusion.
Lain pula kisahnya dengan Noor. Noor merupakan kawan kelasnya ketika di kampus dulu. Lantaran pemilihan yang dibuat, Nuri terpaksa akur untuk menerima tanggungjawab sebagai ketua kelas bagi menyiapkan tugasan yang telah diberikan. Tanggungjawab ini membuatkan Nuri perlu mempunyai komunikasi yang baik dengan semua orang, termasuk pelajar lelaki. Nuri juga belajar untuk membina hubungan yang baik dengan semua ahli kelasnya,tanpa mengecualikan Noor yang baru sahaja dikenalinya beberapa ketika sebelum melangkah ke kelas itu.
Namun, kekurangan ilmu Nuri membuatkan dia agak kerap meminta bantuan seorang pelajar lelaki bernama Iqbal. Iqbal merupakan calon pertama yang ingin dilantik sebagai ketua kelas, tapi ditolaknya dengan tegas lantaran beberapa perkara. Semenjak itu, Nuri seakan terdengar kalau Noor punya hati pada Iqbal, tapi diabaikan saja, kerana dia tahu yang dia punya tugas yang belum selesai. Hari demi hari, banyak hal yang dirujuk kepada pelajar lelaki yang lagaknya tidak kurang seperti seorang ustaz itu. Iqbal sememangnya pernah mengakui yang dia punya pengalaman dalam menyiapkan tugasan itu.
Dengan izin Allah, tugasan itu berjaya disiapkan dengan baik. Melangkah semester baru, Nuri sentiasa mengharapkan persahabatan rakan-rakan yang dikenalinya. Dia sentiasa berusaha menjaga hubungan yang telah terbina. Namun, kekecewaan menyapa saat melihatkan jelingan mata Noor. Nuri yang berlalu di hadapannya, mahupun di sebelahnya diabaikan seakan tidak pernah dikenali sebelum ini. Walaupun sapaan Noor sempat singgah di telinga teman yang berjalan bersama Nuri, Nuri tetap dibiarkan sahaja tersenyum sendirian. “ Em, apalah dosa aku? Apakah kerana cemburu dia hari itu?”
Suatu hari, Nuri sangat terkejut melihat pada pakaian yang dikenakan oleh Noor. Tak pernah dilihatnya sesempurna itu. Noor seakan meniru Nuri yang sentiasa lengkap berbaju kurung dan bertudung labuh. Perubahan yang mendadak. Pelik! Nuri terfikir kalau itu kerana kerisauan Noor. Ingin ditambatnya hati Iqbal, buah hatinya dengan pakaian itu. Bagi Nuri, tiada yang lebih pada Iqbal, hanya lelaki biasa yang punya sedikit ilmu tentang agama. Kenalan Nuri di sekolah menengahnya tiada tandinga. Dibiarkan sahaja Noor dengan pakaiannya itu, walaupan pakaian itu bermusim sahaja.
Masa berlalu dengan pantas. Di kala menjelang semester baru ini, banyak hal yang difikirkan oleh Nuri. Ingin dibuang jauh-jauh segala yang tidak penting itu. Namun, takdir Allah diterima sebaiknya. Setelah sekian lama tidak bersama Noor, Nuri kali ini menjadi rakan sekelas Noor lagi. Bukan setakat Noor, Iqbal yang sekian lama tidak kelihatan juga muncul memenuhi ruang kelas. “Em, ujian Allah”. Itu sahaja yang terlintas di fikiran Nuri. Namun begitu, Muhammad, salah seorang senior Nuri di sekolah menengahnya juga kelihatan di kelas tersebut. Pelbagai perasaan yang dirasai setiap kali melangkah masuk ke kelas itu. Terkadang, ingin Nuri lari sejauhnya, tanpa perlu melihat mereka lagi. Ingin dilepaskan mereka itu pada Yang Esa. Nuri penat.
“Noor.. Noor.. tak payah risaulah tentang Iqbal tu.. Nuri takkan berebut dengan Noor.. kalaulah diminta untuk memilih Iqbal, atau ada yang memaksa, Nuri lebih sanggup ambil Muhammad yang mungkin agak nakal tu sebagai gantinya.. walaupun terpaksa tunggu lama..”
Nuri merepek seorang diri. Seakan itulah yang dia ingin dikatakan pada Noor, kalau Iqbal menjadi penyebab keretakan itu. Betapa Nuri tidak mahu merosakkan persahabatan yang terbina itu. Kerisauan Noor yang jelas tergambar di mukanya membuatkan Nuri kurang senang, terutamanya tatkala Nuri melangkah masuk ke kelas itu buat kali pertamanya. Akhirnya, Nuri tersenyum sendirian. “merepek saje aku ni.. astaghfirullahal’azim.. dah, dah, mengarut ke situ pula”..
Kala senja menyapa, Nuri termenung sendirian di jendela biliknya yang bertentangan dengan Kuliah Kejuruteraan. Banyak hal yang berlegar di fikirannya memandangkan dia baru sahaja memulakan semester barunya beberapa ketika. Wajah dua kenalannya muncul lagi; Siti dan Noor. “Entah apa salah aku?”. Semenjak dulu lagi, Nuri tidak pernah berhenti memikirkannya. Memandang wajah kenalan yang sering kali berpura-pura seakan tidak pernah mengenali dirinya merupakan suatu pengalaman pahit yang tidak berjaya ditelannya.
Siti ialah salah seorang kawan barunya di alam yang bernama IPT. Ta’aruf ringkas di Masjid berdekatan dengan kampusnya telah membuahkan harapan agar perkenalan itu dapat dilanjutkan dan seterusnya menghasilkan bunga-bunga ukhwah. Namun, segalanya layu tatkala hari-hari yang dilaluinya penuh dengan tanda tanya. “Entah apa silap aku?”. Senyuman yang dilontar tidak pernah dibalas. Apatah ucapan salam yang tidak akan dijawabnya. Berselisih di jalanan ketika pergi atau pulang dari kelas merupakan kebiasaan yang tidak dapat dielakkan. Namun, tiada apa-apa perubahan.
Sapaan itu tiba-tiba terpacul keluar dari mulut Siti yang melambai dari jauh sebaik sahaja Nuri melangkah masuk ke asrama kampusnya. Dahi Nuri berkerut. “Pelik!”. Hanya itu yang terdetik di hatinya. Namun, sapaan itu dibalasnya penuh mesra, seakan tidak pernah ada satu pun duri yang menusuk hatinya. “alhamdulillah, mungkin telah berakhir”. Dia pulang ke biliknya dengan senyuman yang menguntum mekar, disangkanya persoalannya telah berakhir. Tapi tidak, hari-hari pahit itu berulang, walaupun telah menjejaki bumi baru, kampus utama mereka.
“Entah apa dosa aku?”
Suatu hari, Nuri khusyu’ membaca bukunya di Masjid kampus mereka. Melihatkan Siti yang melangkah masuk ke dalam Masji, Nuri pura-pura tidak perasan. Ingin dibiarkan Siti dengan dirinya dan dicampak jauh-jauh segala yang berkaitan dengan Siti yang sering kali bertandang di fikirannya. Tiba-tiba…
“Lama ke nak duduk kat sini?”
“Huh!?” Nuri agak terkejut, tak disangka sapaan Siti itu.
“eh, silap, Assalamu’alaikum.. Lama ke Nuri nak duduk di sini? Nak minta tolong jaga beg..”
“oh, ok, takpa2, boleh je..” Nuri balas selamba. Siti berlalu pergi ke bilik wudhu’.
“Manusia.. Manusia.. macam-macam.. apa-apalah..” Nuri berkata seorang diri, malas nak memikirkannya lagi. Dia hanya akan disapa apabila ada kebutuhannya pada bantuan. Tapi Nuri bersyukur, sekurang-kurangnya, Nuri masih menjadi pilihan untuk Siti meminta bantuan. Mungkin ada sesuatu di situ.
“Takpalah, Siti, kalau Nuri ada buat silap, Nuri minta maaf.. walaupun Nuri rasa, Nuri tak sempat nak buat apa-apa pun, hatta bersembang, walaupun sekejap.. moga Allah ampunkan kita..”
Setiap kali wajah Siti terbayang di fikirannya, pasti ayat itulah yang akan meniti di bibirnya. Nuri belajar untuk memikirkan benda yang lebih penting. Walaupun Siti begitu, Nuri tetap berusaha seolah-olah tiada duri di hatinya. Didoakan yang terbaik buat Siti.
p/s: hingga ke saat ini, persoalan Nuri itu masih belum terjawab. Dilaluinya hari-hari itu dengan penuh ketabahan. Diharapkan bahawa ujian sekecil itu tidak akan sama sekali mengganggu fokusnya.
Ya Allah, kami tidak mampu untuk melaksanakan tanggungjawab yang Kau amanahkan kepada kami, melainkan dengan bantuanMu. Oleh itu, bantulah kami untuk melaksanakannya!
Ya Allah, kami tidak mampu memelihara diri kami dari terjerumus ke dalam kemaksiatan kepadaMu, melainkan dengan pemeliharaanMu. Oleh itu, peliharalah diri kami dari keterjerumusan itu!
Ya Allah, bantulah kami untuk benar-benar menjadi HAMBA-Mu!