• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
Posted by gen13's peers - - 1 comments


Assalamua’laikum warahmatullahi wabarakatuh,
Buat sahibah-sahibahku sekalian,
Apa khabar kalian semua?? tentu majoritinya sedang berusaha menghadapi peperiksaan final kan? Bagus, saya doakan kita semua akan memperoleh kejayaan yang diimpikan. Ingatlah sahibah-sahibahku, kejayaan kita memberi implikasi yang besar kepada Islam. Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan dan semoga redha dan bantuan Allah selalu mengiringi perjalanan kehidupan kalian. Saya sangat menyayangi kalian dan merindui detik-detik bersama kalian, rasa seperti baru semalam kita berpisah. Tengok-tengok hari ni ada yang dah kahwin pun. Alhamdulillah.

Saya doakan kalian sentiasa berada di bawah naungan rahmat dan kasih sayang Illahi selalu .

Pada kesempatan Ini, saya juga ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Fatin Fadhil atas perkahwinannya bersama Ust Hafiz. Saya memohon jutaan kemaafan kerana tidak dapat menghadiri majlis kalian di atas sebab-sebab yang tidak dapat di elakkan. Maaf juga kepada sahibah-sahibah lain kerana tidak dapat bersama di majlis ini. InsyaAllah perkahwinan yang akan datang saya akan berusaha untuk hadir.
p/s: Buat hidayah haris, janganlah risau, jodohmu sedang mengintai di tirai Loh Mahfuz Illahi.:)


Buat Fatin Fadhil yang dikasihi kerana Allah:
"Sorrylah Fatin,gambar ni je yang saya ada, takpe comel"


Semoga Allah sentiasa merahmati perkahwinan kalian dan menjadikan perkahwinan ini satu inti pati terbaik dalam mengembangkan Dakwah dan Tarbiyah di muka bumi ini. Anggaplah perkahwinan ini satu amanah berharga dan hadiah bernilai dari Allah. Kalianlah yang akan membina dan mewarnai perkahwinan ini dengan Sunah Nabawiyah dan Menghiasinya dengan bunga-bunga cinta Rabbani.
Firman Allah yang bermaksud:
“Dan di antara tanda-tanda kebesaran Allah diciptakan-Nya untukmu pasangan hidup dari jenismu sendiri supaya kamu merasa tenteram di sampingnya. Dan dijadikan Nya rasa cinta dan kasih sayang di antaramu. Sesungguhnya yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kamu yang berfikir.” ( Surah Ar-Rum:21)


Buat saudara-saudara ku yang belum lagi melangkah ke gerbang perkahwinan, saya ingin berkongsi sebuah kata-kata:
“ Janganlah kamu bersusah hati sekiranya kamu tidak mempunyai pasangan kekasih (di luar perkahwinan), ini kerana insan yang telah diciptakan untuk menjadi pasanganmu sedang membuat persediaan terbaik untuk menjadi seorang suami yang soleh dan musleh “
Cuba terbalikkan kata-kata tu, kenalah pada kita. So, kalau nak seorang yang soleh mestilah kena buat persediaan dengan kesolehan dan menghiasi diri dengan akhlak muslehah. Betul tak??? Saya mendoakan agar sahibah-sahibah akan dipertemukan dengan seorang teman yang benar-benar soleh yang dapat membimbing kalian ke syurga Allah kerana itulah salah satu goal sebuah perkahwinan.
Mungkin setakat ini sahaja perkongsian dari saya.
Salam Ukhuwah buat semua dari…
Syafiyah

Posted by gen13's peers - - 0 comments

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamu’alaikum w.b.t.

Alhamdulillah, Allah s.w.t. masih sudi mengurniakan pelbagai nikmatNya tanpa henti, samada kita sedar atau tidak, Allah terus memberi tanpa henti. Moga kita tergolong dalam kalangan hambaNya yang bersyukur.

Seperti mana tajuk yang diberi, ana ingin meminta kerjasama & jasa baik semua untuk melontarkan sebarang cadangan dan pendapat berkaitan dengan apa-apa aktiviti yang ingin dijalankan ketika reunion kita tengah tahun ni, insyaAllah.



Buat pengetahuan semua, kertas kerja masih dalam proses dan sangat memerlukan buah fikiran semua dalam menyusunnya. Wallahu a’lam. Semoga Allah memudahkan dan mengizinkan kita untuk mengadakan reunion ini dengan perancangan yang terbaik, di sisiNya, insyaAllah.

Sebarang lontaran idea boleh dibuat di dalam shout box, ruang comment bagi post ini, atau terus memaklumkan kepada ‘izzah zaaba melalui apa-apa sahaja jalan yang didapati (sms, emel, fb, pewaris.net).

Selaku manusia, ana terlebih dahulu ingin mohon jutaan kemaafan andaikata tidak mampu untuk melaksanakan setiap cadangan yang diutarakan nanti. Namun, ana tetap mendoakan agar setiap yang dirancang dapat dilaksanakan sebaiknya, insyaAllah. Allah knows the best!

Kerjasama semua ana dahulukan dengan jazakumullahu khairan katsira.
Barakallahu fik! Uhibbukunna fillah. Wassalam.

Teman yang merindui kalian
..'izzah_zaaba..

Posted by gen13's peers - - 1 comments


Pagi itu cerah. Cahaya oren matahari membasahi tubuh Yuko . Cahaya yang menyiraminya dari tingkap bilik menyedarkannya dari lena tidurnya. Lantas Yuko bangun dan melihat ke luar tingkap. Pagi ini cerah dan terang. "Baik aku keluar melihat dunia " getus hati Yuko. Bukan senang nak dapat cuaca baik seperti ini di musim luruh ini.

Setelah bersiap-siap , Yuko pantas mencapai jaketnya dan keluar. Bersiar-siar di taman pasti menyegarkan . Kakinya terus melangkah menuju ke taman berdekatan dengan hutan simpan. Walau pun taman ini agak sunyi namun permandangannya sangat indah.

Sambil menikmati udara pagi disertai melodi kicauan burung mencari rezeki , Yuko ternampak sesuatu di sebatang pokok. Kelihatan seperti kotak dari kejauhan. Kakinya lantas melangkah bagi mengetahui objek tersebut.

"Ahh..sebuah mesin" teka Yuko. Terdapat banyak butang pada objek tersebut. Pelbagai warna.

Lantas Yuko menekan pada butang merah. "Pap!". Mesin tersebut mula beroperasi. Kelihatan skrin LED mesin tersebut bercahaya. Yuko semakin seronok mahu mengoperasikan mesin tersebut. Sungguh pun dia tidak mengetahui caranya.

Kali ini butang jingga pula ditekan Yoko. "Pap!" sebuah buku keluar dari sisi kiri mesin tersebut. Seolah-olah disket yang di'eject' dari komputer. Yuko mencapai buku tersebut. Dibelek dan dibaca tajuknya. 'Panduan mengoperasi Penstabil Koordinasi' . "Urh..tajuk saja sudah bosan" lantas Yuko melepaskan buku tersebut dan terus kembali ke mesin hitam tersebut. Buku itu terus menuju ke bumi lantas dari tarikan graviti.

Yuko semakin ghairah. Semakin banyak butang di tekannya. Satu per satu.Kesemuanya Yuko klik tanpa mengetahui yang mana satu perlu di klik dahulu. Tangannya semakin pantas . Kali ini tombol di kanan mesin dipulasnya. Masih statik. Mesin tersebut masih statik. "Ahh.." Yuko terlihat satu butang berbentuk petak. Berwarna kuning. Disebelahnya tertulis " Press in unstable condition" . Namun Yuko tidak mengetahui maksudnya. Dia tidak faham bahasa Inggeris. Dia juga tidak membaca penerangan pada buku manual.

"Pap!" butang itu ditekannya. Skrin LED mula berkelip-kelip kemerah-merahan. Di skrin LED juga tertulis "Stabilizing in 2 minutes. Safe distance 2 metres". Yuko yang langsung tidak memahami apa yang tertulis semakin seronok bermain. Mesin yang berubah dari statik kepada berkelip-kelip menambahkan minatnya.

"Pap!" saluran kecil muncul di sudut bawah mesin . Yuko semakin seronok . Tangannya cuba menyentuh saliran itu. "Pap!" saluran tersebut melepaskan gas panas. "Argh...!" jerit Yuko. Jari-jarinya pedih. Air matanya mula turun dari kelopak mata mengalir mengikut aliran di hidung. Sakitnya tidak dapat digambarkan. Yuko mengerang kesakitan.

Secara analogi:
* Yuko - Manusia
* Mesin Hitam - Hidup
* Buku Panduan - Al-Qur'an Al-Karim

(sumber: http://bersamakepuncak.blogspot.com/2009/11/secara-analogi.html)

Posted by gen13's peers - - 0 comments

Hayati mengemas pakaiannya ke dalam "back-pack"nya, sementara menunggu laptopnya "turn-off". Kemudian, dia memperosokkan sahaja laptopnya ke dalam "back-pack"nya. Zuraida, teman sebilik Hayati memasuki bilik sambil membawa secawan kopi yang baunya semerbak sehingga memenuhi atmosfera bilik mereka.

"Awak tak tido umah malam ni ke?" tanya Zuraida.

Hayati sudah mengagak pertanyaan tersebut, lalu tersengih sahaja.

"Huhu.. Sedihnya saya tinggal sorang-sorang lagi dalam bilik malam ni, tak de orang nak tolong segarkan saya kalau mengantuk masa study," Zuraida merengek.

Hayati memakai tudungnya, sambil meniup-niup bucu tudungnya supaya kemas. "Alah awak ni, tiada keupayaan dan tiada kekuatan melainkan dengan Allah. Doa la banyak-banyak supaya Allah segarkan awak. Kadang-kadang, saya ni menggalakkan awak tido lagi ade lah."

Zuraida mencebik. "Awak tido rumah sape pulak malam ni?"

"Rumah, err.. rumah.. Huda." Hayati teragak-agak ingin menyebut nama Huda, kerana ini merupakan kali ke 3 dalam minggu itu Hayati bermalam di rumah Huda. Huda merupakan junior kepada Hayati, dia merupakan seorang muslimah yan gmempunyai keperibadian yang tulus, walaupun masih belum memahami tanggungjawab dakwah dan masih belum memahami sepenuhnya erti islam yang syumul.

Sejak Huda baru sampai ke bumi "Down Under" ini, Hayati telah pun menjalinkan hubungan akrab dengannya. Maklumlah, sayanglah sekiranya jiwa yang baik disia-siakan potensinya.

"Awak nak ikut, Zuraida?" Hayati cuba menghangatkan suasana.

Muka Zuraida terus berubah ceria, "Boleh juga!"

Walaubagaimanapun, ada konflik yang berlaku di dalam diri Hayati, dia dapati dalam dia memenangi hati mad’unya, kadang-kadang dia terasakan seperti mengabaikan hak sahabat-sahabatnya yang lain. Walaupun begitu, sahabat-sahabat serumahnya sangat "supportive", dan sering memberi kata perangsang, serta ada kalanya sekiranya Hayati tidak sempat melaksanakan tugas mengikut "duty roster" rumah, pasti ada sahabatnya yang lain akan membantunya, terutama sekali Zuraida.

"Tunggu saya kemas barang saya kejap ye!" kelam kabut Zuraida meletakkan cawan kopinya dan terus mengemas barang serta menyalin pakaiannya.

Hayati dan Zuraida berjalan menuju ke stesen bas.

Zuraida melihat jadual bas, "Pukul 5.30 p.m baru bas sampai, sekarang baru pukul 5.15 p.m"

Hayati mengangguk, "Tak pe lah, kita dok sini dulu sembang-sembang"

Zuraida sengih lagi.

"Awak tau tak…" Zuraida memulakan bicara.

"Tak tau, hehe" Hayati berlawak.

"Tak pe lah.. tak jadi bagitau la kalau cam tu.." Zuraida terus merajuk.

"Alah, awak ni.. Saya gurau je.." Hayati cuba memujuk.

Zuraida memaksa dirinya untuk senyum kembali. Entah mengapa, sejak akhir-akhir ini, dia sangat mudah terasa dengan Hayati. Jauh di lubuk hatinya, Hayati merupakan sahabat yang paling dia sayang di kalangan sahabat-sahabat serumahnya. Mungkin kerana itu dia mudah terasa dengan setiap tindak-tanduk Hayati. Namun begitu, Zuraida merupakan orang yang pandai menyembunyikan emosi di sebalik senyumannya yang kelihatan tenang.





"Awak tau tak, dalam banyak-banyak kawan kita.. Awak la yang paling saya….." belum sempat Zuraida menghabiskan ayatnya, tiba-tiba kedengaran bunyi hon dengan suatu suara kuat.



"Assalamualaikum.. Nak pegi mana tu?" Rupa-rupanya Sufiah. Sufiah "pull-over" kereta kecilnya yang berwarna merah. "Hayati, Zuraida.. Naiklah kereta saye ni. Tak sudi ke naik kereta buruk ni"

"Kami nak ke North Melbourne, are you heading that way as well?" tanya Hayati.

Zuraida yang belum sempat menghabiskan ayatnya, terkejut dengan kedatangan Sufiah. Zuraida tergelak kecil di dalam hatinya, dia terbayangkan Sufiah ibarat Mr Bean yang memandu kereta kumbang. Perbualannya dengan Hayati termati begitu sahaja.

"Come in, come in. Have a ride. I’m heading to Docklands. Boleh drop korang kat North Melbourne." Kata Sufiah.

Dalam kereta, Sufiah memasang lagu UNIC, Sahabat Sejati. Zuraida yang duduk di belakang tiba-tiba membuka bicara, "Yati, ni lagu untuk awak." Hayati senyum, "Terima Kasih". Sufiah pula mencelah, "Saya ni tak de orang nak dedicate lagu ke?". Ketiga-tiga orang sahabat tersebut tertawa.



Zuraidah memandang Hayati yang sibuk berceloteh bersama Sufiah. Zuraida mengalihkan pandangannya ke luar. Lagu terus berkumandang,

"Ku biarkan pena menulis

Meluahkan hasrat di hati

Moga terubat segala

Keresahan di jiwa

Tak pernah ku ingini"

Mungkin Hayati tidak mendapat mesej yang ingin disampaikan oleh Zuraida.

Zuraida sangat bersyukur kepada Allah, kerana mengurniakan seorang sahabat yang mempunyai semangat juang yang tinggi. Hayati merupakan sahabat fillah yang pertama yang Zuraida kenali. Hayati banyak memberi sokongan kepada Zuraida di dalam pelajaran, maklumlah Hayati pelajar yang cepat tangkap pelajaran. Namun begitu, sejak mereka melangkah ke tahun dua universiti, dan sejak mereka menerima kedatangan adik-adik baru, mereka jarang dapat menghabiskan masa bersama sepertimana dahulu. Zuraida sangat khuatir sekiranya dia ketinggalan, dari segi pelajaran, dari segi dakwah, dari segi tarbiyah, dari segi bilangan mad’u, dari segi segala segi.

Zuraida terus memerhatikan Hayati, ditenungnya sahabat itu puas-puas dan berdoa di dalam hatinya, "Ya Allah terimalah segala amal sahabat ku ini, dan ikhlaskan dia. Dan kuatkan dia sekira dia berasa lemah, dan ikhlaskan dia tatkala dia mengharapkan sesuatu selain Engkau"

Tiba-tiba, Zuraida terasa hatinya sangat lapang. Inilah yang dia mahu rasakan, selama ini perasaannya risau, sedih, bercampur-baur apabila Hayati sudah jarang bersamanya.

Benarlah seperti nasihat Kak Elin, "sekiranya kita ada rasa berat hati dengan seseorang, kita segera doakan kebaikan untuk dia, insya-Allah, syaitan yang cuba hasut kita tu akan lari lintang pukang. Dan malaikat pula akan mendoakan perkara yang sama untuk kita."

Ini membuatkan Zuraida tersedar, bahawa kebergantungan yang mutlak itu terletak pada Allah. Dan sekiranya seorang insan itu tidak diberi penghargaan, dia tetap menjadi seperti pokok. Pokok yang menurunkan buah apabila dibaling batu.

Zuraida mahu berlari seperti orang lain, berlari menuju jannah insya-Allah, sama-sama tabah dan kuat dalam membawa risalah perjuangan anbiya’. Tapi, kadang-kadang, dia letih. Kerana lupa mengukur kapasiti diri. Mungkin kerana terlupa, Allah melihat usaha seseorang, dan bukan natijahnya.

Tapi, menjadi kebiasaan manusia. Sangat mengharapkan hasil positif di depan mata.

Zuraida terkenangkan Nabi Nuh, kisah dakwahnya di dalam Al Quran. Di dalam surah Nuh, Nabi Nuh merintih kepada Allah, beratus-ratus tahun, pagi sehingga malam menyeru kaumnya, tetapi hasilnya, hanya menyebabkan kaumnya semakin jauh daripada Allah.

"Ah, masakan aku yang baru setahun jagung dalam dakwah ini, mudah sangat putus asa ," getus Zuraidah dalam hati.

Hayati melihat "rear-view mirror", ternampak muka Zuraida yang serius.

Hayati membisikkan sesuatu kepada Sufiah, dan Hayati membawa keluar "handphone"nya.

Hayati menaip sms, "Salam, Huda. Maaf akak tak jadi ke rumah awak malam ni. Ada hal sikit. Nanti akak hantar pengganti akak pergi umah awak ye, hehe."

Sufiah membuat "announcement", "Baiklah, kita dah sampai Docklands. Selamat makan aiskrim Dairy Bell, jangan lupa saya."

Zuraida tercengang, Hayati turun dari kereta dan membuka pintu belakang, lalu menarik tangan Zuraida. Zuraida tercengang, "Eh, tadi Sufiah kata dia yang nak ke Docklands." Sufiah terus memecut laju ke destinasi barunya. Kereta kecil merahnya berderum hebat.

"Jom la kita makan aiskrim sama-sama. Dah lama tak "outing" berdua," Hayati mengajak Zuraida.

Zuraida akur sahaja. Dia terasa pelik, kenapa tiba-tiba Hayati tidak jadi pergi ke rumah Huda.

Hayati membeli aiskrim Chocolate Chips, dan mengambil 2 batang sudu kayu, "Jom dok kat tepi jeti tu.."

Hayati mula bicara, "Tadi kat stesen bas, awak nak cakap sesuatu kan…."

Zuraida tersenyum sahaja.

Hayati bicara lagi, "Awak tak boleh tipu saya dengan senyum tenang awak nih…."

Zuraida tersenyum lagi. Tapi, senyuman itu diikuti dengan air mata.

"Tadi saya nak cakap lain, tapi sekarang Allah ilhamkan saya untuk cakap sesuatu yang lain kepada awak," kata Zuraida, matanya berkaca-kaca.

Hayati mengangguk, "Cakaplah.."

"Kalau awak nak masuk jannah, jangan tinggalkan saya." Zuraida berkata sambil menahan air matanya yang semakin laju.

Hayati sangat terharu. Dia tidak pernah terbayangkan bahawa ada orang yang akan berkata begitu kepadanya, Hayati tak tahu nak respon macam mana, sedangkan dia sendiri pun terhuyung-hayang dalam perjalanan mencari syurga Allah.



Maksud sepotong ayat Al Quran, " Di hari akhirat, terputus segala perhubungan kecuali orang-orang bertaqwa. " Sungguh mudah untuk bercakap soal ukhuwah islamiyah. Namun nak menzahirkannya payah, apatah lagi hendak mengukuhkannya di dalam hati.

"Saya tahu Allah beri awak banyak kelebihan berbanding saya, moga Allah melindungi saya daripada hasad dan dengki, dan moga Allah menjauhkan awak daripada ‘ujub dan riya’ ," Zuraidah menghela nafas panjang. Aiskrim Chocolate Chips tidak mampu menarik seleranya.

Hayati terpaku. Dia seakan-akan dapat membaca apa yang dirasai oleh kawannya. Benarlah seperti apa yang dia rasai selama ini, tindak-tanduknya yang banyak mengabaikan hak-hak sahabat-sahabatnya mampu mengundang virus ukhuwah.





"Saya nak minta maaf atas salah silap saya. Saya tau saya banyak tinggalkan awak sorang-sorang. I am lost myself. Kononnya keluar berdakwah tapi, banyak yang lain pula saya abaikan," Hayati mula meluahkan isi hatinya.





Zuraidah berkata, "Saya pun minta maaf, asyik kadang cebik muka. Tapi, tak perlu lah kita mengungkit salah silap kita yang dahulu. Apa yang sudah tu sudah.."

Hayati menyambung, "Betul? Kosong-kosong!"

Zuraidah pula berkatai, "Kosong-kosong!"



"Insya-Allah, kita akan saling mengigatkan. Time kena study, kita pulun habis-habisan. Time kena keluar berdakwah, kita mujahadah sehabis baik, jaga amal fardi.. Kejutkan qiyam, ingatkan supaya puasa sunat!" Hayati mula meng"list-out" perjanjian di antara mereka.



"Kena tunai hak pada semua pihak yang ada hak ke atas kita, kena berlapang dada dan menerima setiap sahabat kita seadanya, saling memperingatkan, walau kita "fastabiqul khairat", mudah-mudahan ada persaingan sihat.. dan last sekali …outing kat charcoal chicken dengan geng rumah dua minggu sekali, hehe.." Zuraida menyambung.



"Lillahi ta’ala!" Zuraida dan Hayati menyebut kalimah "kerana Allah ta’ala" serentak. Mereka tersenyum sesama sendiri.

"Jom makan aiskrim ni dah cair!!" Zuraida menyogok sesudu aiskrim kepada Hayati.

"Hehe.." Hayati tergelak kecil.

"Er… kita nak tido mana ye malam ni?" Zuraida bertanya.

"Hehe.. tak pe, kita tido kat bilik kita yang best tu lah… Sufiah tido kat umah Huda, insya-Allah" jawab Hayati. Zuraida terbayang Sufiah bersama kereta merahnya menuju ke rumah Huda. Sufiah memang seorang sahabat yang "sporting" dan lucu.

Kedua-dua sahabat itu tersenyum. Moga Allah memberkati persahabatan mereka, dan meneguhkan hati-hati mereka di atas jalan dakwah hingga bertemu denganNya. Itulah doa mereka berdua.

Posted by gen13's peers - - 0 comments



"Assalamualaikum ana, nak mintak tolong boleh?
tolong buat pengumuman kat blog kita pasal CUTI SEM BILA..
suruh diorang bagi tarikh cuti sem kat kami sebab nak tengok
TARIKH BUAT REUNION.."
-SYAFIYAH AZAHAR-

Salam to all, actually our adorable friend, Syafiyah..
had gave me this message..
urgent request perhaps..
so gurlz, you can just simply text her..
or if some of you can't to do so..
(means don't have credits or whatsoever..)
just drop your comment on my facebook..
or just mail me at :
gurlz_gen13@yahoo.com
A.S.A.P!!

hive a nice day, gurlz (:
-ana-

Posted by gen13's peers - - 2 comments



Assalamualaikum member2 kuh yang da lame tak denga brite.. hehe
actually, isu ni rasenye semua sahibah dah tau kan..
so, ape lagi..
jom kita pakat ramai2 makan free kat umah fathin!! hehe
(takde arr fathin, just joking.. :))
pade sape2 sahibah yang confirm nak pegi..
message lerr ak ek..
kita pergi ramai2..
boleh buat reunion skalik..
pada dayaharis (dayariss kena lagi. haha)
jangan la sedih2 sangat ye..(ahax)

lastly, pada sahibah kt yg disayangi fathin fadzil..
moga kebahagian menjadi milikmu jua pade bakal suamimu.. ^_^
dunia dan akhirat.. insyaAllah..
mabruk2!!






Posted by gen13's peers - - 2 comments

Aslm. Buat pengetahuan sahibah2 sekalian, puisi ini ana tujukan khas buat antunna semua. Ana menggubahnya ketika dalam perjalanan pulang dari kenduri Awa.. Sebak rasanya tak diizinkan untuk lebih lama bersama dengan sahibah2 semua, trutamanya, yang ana hanya melambai dari jauh sahaja. Moga Allah pelihara kita semua. Barakallahu fik.



MENGAPA BEGITU?

Teman,
Mengapa pertemuan ini terlalu singkat
Bagai baru berkenalan semalam
Seperti baru mengukir memori & kenangan
Yang tak mungkin dapat dibayar
oleh harta & permata dunia

Hari ini,
Kita bertemu lagi
Syukur atas segalanya
Namun, temanku,
Mengapa pertemuan ini terlalu singkat
Belum sempat mengubat rindu
Belum habis bicara & senda

Singkatnya ia
Takkan mampu diukur kira
Takkan dapat dicerita bicara
Cukuplah tangis ini yang menceritakannya
Jua doa penenang jiwa

Teman, ketahuilah bahawa
Kalianlah temanku selama aku di dunia ini
& doaku, moga juga di akhirat nanti
Kalian,
Takkan termampu diganti baru
Hanya kalian & hanya kalian sahaja

Ingatlah temanku, bahawa
Rindu & sayangku ini
Takkan terkurang walau hanya sehalus debu
Malah kan kian bertambah & membukit
Kerna kalianlah teman sepermainanku
Di kala aku baru mengenal ukhwah itu
& dunia baruku itu

Hanya satu pinta & hajatku
Ingin ke syurga bersamamu
Tika itu pertemuan tidak kan lagi mengenal ’perpisahan’
Moga Allah berkatimu & bersama dalam tiap langkahanmu

Rinduku buat kalian
Teman seperjuanganku
Teman dunia & teman akhiratku.

sahabat yg sentiasa mengingati kalian..
.>>>Nurul Izzah <<


Posted by gen13's peers - - 7 comments



Sorii sangat2..
disebabkan wireless terlalu lembap..
terpakse arr aku upload 1 pic je.. huhu
anyway, to my friend, awa..
Moga bahagia selalu.. (:
~insyaAllah~

Posted by gen13's peers - - 3 comments


Assalamualaikum kawan2 kuh..
waaahhh.. dah lama tak posting, sorry guys..
sebenarnya final exam dah lama habis, tapi tak tau nak post apa..
tapi tiba2 dalam 3 hari yang lepas deknah datang rumah aku and she asked me to post about awa's kenduri.. and here i come~!! semangat2.. hehe~

pada dayariss, jangan arr sedih sangat k sebab awa kawen dulu dari ang.. (hahaha)
i.Allah, setiap orang tu Allah dah letak dah jodoh dengan sapa..
cuma kita je yang tak tau..
relax arr dayah, tengok aku ni.. cool jer.. hehe~
pesanan aku pada kengkawan especially untuk diri sendiri..

"Lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik, dan penzina lelaki adalah untuk penzina perempuan"
~ Allah tu Maha Adil, bagi orang yang well suited untuk kita sebagai teman hidup, so janganla kita risau, takut dapat laki yang tak berapa baik ka atau sebagainya, coz Allah knows da best who's da perfect partner 4 us..

Bagi aku, kalau kita jenis jaga diri kita, Allah akan bg orang yang jenis jaga jugak kat kita.. (Harap2la, heheh) Aku doakan kita semua dapat teman hidup yang boleh sama-sama lengkap melengkapi dalam menjadi hambaNya...

Lastly, aku nak mintak maaf banyak2 arr pasal tak bagitau kat hampa semua..
actually at that time, pasal awa and pakcik aku nih tak confirm lagi..
tapi relax arr kan, bukan tunggu lama pun..
tup2 dah nak kawen, hehe..
So pada awa, tahniah arr untuk ang coz you have fulfilled 1 of our prophet's sunnah.. Alhamdulillah~
moga ang berbahagia dengan sahibus samahah Al-fadhil ustaz sidek a.k.a bapak sdare aku.. hehe~

made by : ~aNaLok~

Posted by gen13's peers - - 0 comments


HAPPY BIRTHDAY!!!

awan berarak ceria,tiada titisan hujan..
pohon melambai,tanda sokongan..
kususuri perjalanan,bertemankan senyuman..
diharilahirmu sahabatku....




sudah semakin bertambah kawan - kawan kita yang melangkah ke alam 19 tahun..hehe..
mengikut kiraan gen13 nie,majoriti sahibah - sahibah kita ramai yang lahir pada bulan 10..diikuti dgn bulan 5..hehe(nk interprem gak)

ahli - ahli yg lahir pada bulan yg berangka comel ni ialah,terdiri dari puteri - puteri yang kuat jiwanya,tabah hatinya,kental semangatnya insya Allah..amen..
kami semua di 'biar kalam yang berbicara' ingin mengucapkan selamat hari lahir yang ke 19 untuk antum semua...

Syafiyah 1 Oktober
Maryam Jameelah 7 Oktober
Nur Fathin 7 Oktober
Nusaibah Zahidah 9 Oktober
Nurul Husna Ramli 18 Oktober
Nurul Izzah 23 Oktober

Nurul Husna Mohd Radzi 23 Oktober
Asma Hani 26 Oktober

Siti Farhana Lokman 27 Oktober
(ketua moderator n peneraju utama blog gen13)

*minta maaf diatas segala kesulitan mengpostkan korangnyer birthday nie..siapa yang tiada dalam gambar,minta maaf bnyak2..tak ada gambar korang..so hantar tau gambar dekat email gen 13,senang nak wat kerja..*



Rintihan Hamba

Ya Allah, kami tidak mampu untuk melaksanakan tanggungjawab yang Kau amanahkan kepada kami, melainkan dengan bantuanMu. Oleh itu, bantulah kami untuk melaksanakannya!

Ya Allah, kami tidak mampu memelihara diri kami dari terjerumus ke dalam kemaksiatan kepadaMu, melainkan dengan pemeliharaanMu. Oleh itu, peliharalah diri kami dari keterjerumusan itu!

Ya Allah, bantulah kami untuk benar-benar menjadi HAMBA-Mu!