Sekadar koleksi kata-kata...
Allah doesn’t require you to ‘Be The Best’,
He just want you to do your best
and He will take care of the rest.
"Ada tujuh macam orang yang akan dinaungi oleh Allah dalam naunganNyapada hari yang tiada naungan melainkan naunganNya sendiri(yakni hari kiamat), iaitu :1) imam (kepala atau pemimpin) yang adil.2) Pemuda yang membesar (sejak kecilnya) dalam beribadat kepada Allah.3) Orang yang hatinya tergantung (sangat memerhatikan)kepada masjid-masjid.4) Dua orang yang saling cinta-mencintai kerana Allah, keduanya berkumpul ataskeadaan sedemikian itu dan keduanya berpisah atas keadaan sedemikian itu pula.5) Orang lelaki yang diajak oleh wanita yang mempunyai kedudukan dan berparascantik, lalu ia berkata: "Sesungguhnya saya ini takut kepada Allah,"(demikian pula sebaliknya, iaitu wanita yang diajak lelaki lalu bersikap seperti di atas)6) juga orang yang bersedekah dengan suatu sedekah lalu disembunyikansedekahnya itu sehingga seolah-olah tangan kirinya tidak tahu apa yangdinafkahkan oleh tangan kanannya.7) dan orang yang mengingat pada Allah di waktu keadaan sunyi lalu melelehlahairmata dari kedua matanya."(Muttafaq 'alaih)
Rasulullah bersabda maksudnya :
Sesungguhnya di syurga terdapat pasar yang dikunjungi oleh penduduk syurga setiap hari jumaat. Angin utara bertiup menghembus dan menerpa wajah dan pakaian mereka hingga membuat mereka semakin tampan dan kacak. Dalam keadaan seperti itu mereka pulang mendapatkan isteri masing-masing. Isteri-isteri mereka berkata; “ Demi Allah… tuan semakin tampan dan kacak”. Mereka menjawab ; “Kalian juga semakin cantik dan mempersona”.
(Hadis riwayat Muslim.)
Ya Allah, kekalkan aku dengan wajahku ini, aku ingin bertemu dengan kawan-kawan yang aku sayang kerana-Mu.
Kawan-kawan, di pasar Syurga nanti, jangan lupa sapa kami ye.. Mungkin kami dah tak cam korang semua. Korang semua dah makin cantik. Tapi kami nak kekal macam ni, takut nanti korang dah tak cam kami dah. Moga Allah ketemukan kita. Kami sayang kawan-kawan semua.. Ingat, sapa kami ye!
sumber hadits : http://alfaqer.blogspot.com/2010_03_01_archive.html
Menghadapi hari-hari yang mendatang ini sentiasa menguji hati yang lemah ini. Lengkap berjubah, berkopiah, mahupun bertudung litup belum pasti menjanjikan 1001 kebaikan di sana. Hati sering berbolak balik lantaran banyaknya hal yang perlu dihadapi dan difikirkan sehari-hari. Segala perasaan bercampur-baur.
Tiap-tiap hari kita mampu menghadapi kehidupan ini sebagai manusia biasa yang sempurna. Kita mampu bangun dari tidur yang panjang, membersihkan diri, dan bersedia menunaikan segala kewajipan kita. Akhirnya di penghujung hari itu, kita kembali ke kamar kita untuk berehat dan bersedia untuk hari baru. Kehidupan anugerah Allah ini kita laluinya tanpa kita sedar bahawa kita bukanlah pemiliknya, namun kita melaluinya dan kita seperti begitu yakin bahawa hari esok ialah milik kita. Kita begitu pasti bahawa kita akan mampu hidup seperti biasa.
Kita terlupa memahami dan meyakini suatu hakikat bahawa hidup kita, makan minum kita, duduk bangun kita, tidur jaga kita, penat letih kita, suka duka kita, yang penting apa sahaja yang kita lakukan sehari-hari itu akan diakhiri dengan suatu titik permulaan yang baru yang dinamakan KEMATIAN. Mengapa dikatakan titik permulaan? Kerana perjalanan kita bukanlah akan berakhir di situ, kita hanya singgah seketika dan kita pasti akan dibangkitkan kembali oleh Allah s.w.t. untuk menerima balasan atas segala yang telah kita lakukan di dunia ini, sama ada berbentuk ganjaran atau seksaan, nauzubillahi min zalik.
Andaikata kita diberi pilihan untuk hidup atau sebaliknya, pastinya kita memilih untuk hidup, tetapi kita terlupa bahawa suatu hari nanti, kita pasti akan mati, kita semestinya akan mengakhiri kehidupan ini. Namun kita tidak pernah dan tidak akan tahu bilakah masanya, dimanakah tempatnya, dan suatu yang benar-benar dibimbangi, apakah keadaan iman kita saat itu, bagaimanakah hati kita tika itu, adakah Allah redha dengan kita sebagai hambaNya?
Marilah sama-sama kita duduk sebentar bagi meneliti kembali kehidupan yang telah kita lalui, bagaimana kita mengisi masa-masa yang ada, apakah dengan ketaatan kepada Allah s.w.t. atau sebaliknya? Kita hambaNya yang lemah, sentiasa mengharapkan keampunan dan rahmat dari Allah s.w.t., Pencipta diri kita dan alam ini seluruhnya...
(Ali-Imran: 133)
Rintihan Hamba
Ya Allah, kami tidak mampu untuk melaksanakan tanggungjawab yang Kau amanahkan kepada kami, melainkan dengan bantuanMu. Oleh itu, bantulah kami untuk melaksanakannya!
Ya Allah, kami tidak mampu memelihara diri kami dari terjerumus ke dalam kemaksiatan kepadaMu, melainkan dengan pemeliharaanMu. Oleh itu, peliharalah diri kami dari keterjerumusan itu!
Ya Allah, bantulah kami untuk benar-benar menjadi HAMBA-Mu!













