Adam
Bukan aku tak peduli
Bukan aku tak mahu
Kerna yang ku pinta hanya satu
Yang terbaik dari Yang Satu
Kerna yang pasti itu hanya itu
Kalau sungguh takdirNya begitu
Sungguh Allah itu Maha Tahu
Kalau benar aku untukmu
Maka itu saja pasti berlaku
Usahlah kau menghitung hari
Kerna kita semua tak pernah tahu
Maafkan aku
Andai terusik tenangmu itu
Kalau aku fitnah buatmu
Kerna itu salahku
Juga takdir yang telah berlaku
Adam
Bukan itu pinta ku
Bukan itu sangkaan ku
Hanya ku lupa Dia tahu
Dan aku terleka dengan nafsuku
Maaf juga aku membisu
Bukan ingin kau menunggu
Cuma berdoa yang terbaik buatmu
Kerna aku tidak pernah tahu
Apakah aku mampu
Untuk menjadi pembantu jayamu
Ketahuilah Adam
Diam ku hanya satu
Menyuci hati
Mengubah diri
Aku ingin taubat itu
Taubat nasuha yang diredhai
Lantaran dosa tempoh hari
Kerna aku tak pernah ingin
Dosa menjadi noktah mula
Juga asas binaan impimu itu
Adam
Kalau kau tetap begitu
Hanya satu pintaku
Berdoalah selalu
Agar aku mampu
Dan kalau bukan itu
Moga redha jadi temanmu
nice
-Juga asas binaan impimu itu-
*impianmu
thanks for dropping by..
do you mean to correct it?
kalau ya, terima kasih..
actually, for me, dua-dua boleh,
cuma rasa sedap 'impi'..
btw, thanks a lot..
kalau bukan, ada maksud lain ke? =)
p/s: seronok kalau tahu siapa anda..
but i respect ur stand.. tq!
coretan dari hawa yang ikhlas.
mengharapkan si adam mampu memberikan yang terbaik.
menghormati.
menyayangi.
menghargai.
Memang best kalau semua insan tidak kira adam mahupun hawa memahami erti keinginan fitrah asal seorang manusia.
*Teringat: kalau tak silap ana, adik peserta kem Johor terakhir ana join ada sampaikan puisi ini.
Kredit unuk puisi ni~
sungguh, semua punya view yang berbeza.. thanks for your view..
tapi we always taking time untuk benar2 memahami..=)
p/s: really? siapakah? puisi yang disampaikan tu, just the same atau memang yang ini..?