kita telah dilahirkan miskin..
untuk kita menumpang sebentar di bumi ini..
kita tiada pendengaran..
maka Allah memberi kita pendengaran..
kita tiada penglihatan..
Allah meminjamkan kita penglihatan..
kita tidak tahu membaca..
Allah mengajarkannya dengan segala ilmuNya..
kita tidak tahu berjalan..
maka Allah mengizinkan kita tahu melangkah..
kita tidak tahu maksud makan..
tapi Allah mengurniakan kita tahu mengunyah..
bukankah semua yang kita miliki ini adalah pinjamanNya..
sungguh kita tak punya apa..
kalau bukan kerana rahmatNya..
maka tiadalah bagi kita semua yang kita punya hari ini..
yang kita pinjam semuanya untuk berapa ketika..
kerana nanti Dia pasti mengambilnya kembali..
kalau bukan kerana belas kasihanNya..
kita takkan mampu lagi menumpang di sini..
kita tidak akan tahu siapa kita yang hina ini..
bukankah semua ini hanya kerana Dia Yang Terlalu Pemurah..
yang tidak pernah berhenti memberi dan mengurnia..
yang tidak pernah meninggalkan kita walau seketika..
yang tidak pernah membiarkan kita sendirian dengan diri kita..
yang tidak pernah jemu melihat telatah kita..
walaupun kita sering kali melupakanNya..
Post a Comment