• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
Posted by gen13's peers - - 3 comments










Kadang-kadang, kita terlalu yakin yang kita akan hidup lama. Kita merancang itu dan ini. Kita merencana itu dan ini. Kita menyusun itu dan ini. Tapi jauh di sudut hati kita, kita benar- benar lupa kalau kita ini hanya hamba Dia, hamba Pencipta Yang Berkuasa. Kita mungkin mampu menghitung hari yang telah berlalu, tapi bagaimana yang masa depan yang kita tidak tahu, kita tak pernah tahu, malah kita takkan pernah tahu.

Kita sangat lupa. Kita lupa ada kuasa yang mengatur hidup ini sebenarnya, yang telah menyusun segalanya hingga ke saat terhembusnya nafas terakhir kita. Dia menyusun yang terbaik tanpa kepentingan di sisiNya. Yakinlah wahai diri kalau Allah itu sentiasa mengharapkan yang terbaik buat kita. Tak pernah walau sekali susunNya sesuatu kerana Dia, kerana kepentinganNya, juga buat kebaikanNya.

Namun, benarlah, Dia mengilhamkan kita dua jalan, kebaikan dan kejahatan. Maka, gunakanlah akal kita sebaiknya, juga hati anugerahNya. Agar kita mampu menilai dan memilih sebaiknya. Agar tiada penyesalan di kemudian hari. Di saat setiap kita meminta pengembalian. Kita ingin kembali ke dunia, kita ingin benar-benar mentaatiNya, kerana saat itu kita baru yakin.

Kita sudah yakin, dan kita terlalu yakin kalau hidup ini sungguh sementara. Kita sudah yakin kalau setiap gerak geri kita ada dalam catatan malaikatNya. Kita sudah yakin kalau setiap kebaikan akan diganjariNya, dan setiap dosa itu ada balasnya. Tanpa ditinggalkan walau sekecil debu, Dia pasti mengambil kira. Saat itu juga, kita sanggup menggadai semuanya, agar kita mampu kembali. Kerana saat itu, kita sangat ingin kembali, kembali ke dunia ini, kembali untuk hanya mentaatiNya tanpa ragu lagi.

Namun, apakah masih punya peluang yang akan diberi? Apakah masih punya ruang untuk dimaafi? Apakah masih berguna setiap yang ingin kita beri agar kita mampu kembali? Maka wahai hati, insafilah diri. Kembalilah pada Yang Maha Mengetahui. Jiwa yang sangat mengharapkan pengampunan Ilalhi, lantaran setiap yang dilaksanakan dini hari. Sedarlah dan renungilah kembali, bagaimana kalau esok itu sudah tiada lagi?

Posted by gen13's peers - - 2 comments

Posted by gen13's peers - - 5 comments

Adam

Bukan aku tak peduli

Bukan aku tak mahu

Kerna yang ku pinta hanya satu

Yang terbaik dari Yang Satu

Kerna yang pasti itu hanya itu

Kalau sungguh takdirNya begitu

Sungguh Allah itu Maha Tahu

Kalau benar aku untukmu

Maka itu saja pasti berlaku

Usahlah kau menghitung hari

Kerna kita semua tak pernah tahu

Maafkan aku

Andai terusik tenangmu itu

Kalau aku fitnah buatmu

Kerna itu salahku

Juga takdir yang telah berlaku


Adam

Bukan itu pinta ku

Bukan itu sangkaan ku

Hanya ku lupa Dia tahu

Dan aku terleka dengan nafsuku


Maaf juga aku membisu

Bukan ingin kau menunggu

Cuma berdoa yang terbaik buatmu

Kerna aku tidak pernah tahu

Apakah aku mampu

Untuk menjadi pembantu jayamu

Ketahuilah Adam

Diam ku hanya satu

Menyuci hati

Mengubah diri

Aku ingin taubat itu

Taubat nasuha yang diredhai

Lantaran dosa tempoh hari

Kerna aku tak pernah ingin

Dosa menjadi noktah mula

Juga asas binaan impimu itu

Adam

Kalau kau tetap begitu

Hanya satu pintaku

Berdoalah selalu

Agar aku mampu

Dan kalau bukan itu

Moga redha jadi temanmu

Posted by gen13's peers - - 0 comments

Posted by gen13's peers - - 0 comments























Hidup ini Perniagaan.
Semua kita adalah Ahli Perniagaan.
Modal, Kehidupan di Dunia.
Misi dan Visi, Keredhaan Allah.
Risiko, Dunia yang Menggoda.
Keuntungan, Ganjaran Syurga yang Abadi.
Kerugian, Balasan Neraka yang Abadi.

Posted by gen13's peers - - 2 comments


Assalamu'alaikum w.b.t.

Dengan sukacitanya, saya menjemput setiap kalian untuk
sama-sama menghadiri Seminar Kesejahteraan Mahasiswa
(SKEMA VII) yang dianjurkan oleh HaluanSiswa WT.



















Tema : Jatidiri Mahasiswa dan Globalisasi Dunia

Objektif
a. Melahirkan masyarakat yang mengambil berat kepada isu-isu kemasyarakatan,
b. Melahirkan mahasiswa yang memiliki sifat-sifat kepimpinan dan berbakti.
c. Melahirkan mahasiswa yang berdaya inovatif dalam mencapai kecemerlangan akademik,shakhsiah dan kemasyarakatan.

Slot 1

Jatidiri Mahasiswa, harapan masa depan ummah

Oleh: Dr Abdus Samad Bin Mahmud (USM)

Slot 2

Mahasiswa mukmin cemerlang

Oleh: PM Dr Khairiyah Mohd Yusof (UTM)

Slot 3

Forum: Globalisasi Dunia: Cabaran dan peluang mahasiswa


p/s:
- maaf ye, tajuk post tiada apa-apa kaitan dengan mesej post kali ini..
- datang, jangan tak datang.. mana tahu boleh jadi reunion batch ke.. =D

Posted by gen13's peers - - 0 comments

Dalam hidup kita sehari-hari, sama ada kita sedar atau tidak, Allah telah mengatur pelbagai ketentuan dan ujianNya untuk Dia lihat, siapa yang paling baik amalnya. Setiap satu itu, perlulah kita hadapinya dengan keimanan. Hanya iman yang mampu memandu kita untuk melepasi setiap ujian itu dengan jayanya.

Namun, kadang-kadang, kita seakan mempersoal, kita mempertikai dan mula memikirkannya dari pandangan yang buruk. Kita mula mencari sebab dan hikmahnya, tanpa kita berusaha untuk memandang dari sudut yang lebih baik.

Kita juga sering lupa kalau Allah tidak pernah menentukan sesuatu itu dengan sia-sia. Kita lupa kalau Allah sentiasa mengharapkan kebaikan buat kita. Yakinlah wahai diri bahawa Allah tidak pernah punya satu kepentingan pun dalam menentukan sesuatu buat diri kita. Tidak pernah walau sekali, tidak pernah.

Allah sangat memnginginkan kebaikan dan kemudahan buat kita. Namun, mengapa kita masih tidak mampu untuk berbaik sangka dengan Dia yang kita amat kenal dengan kasih sayangNya. Bukankah kita tahu kalau Allah itu sangat pemurah dengan setiap hambaNya.

Allah sangat mengasihani diri kita. Kalau tidak, masakan Dia tetap memberi kita peluang demi peluang, kelapangan demi kelapangan. Bukankah kita terlalu sering mengingkariNya? Bukankah kita terlalu sering melanggari setiap batasan yang telah ditetapkan buat kita?

Namun, wahai diri, tidakkah kita sedar kalau Allah itu sering kali menangguhkan azabNya? Dia sering memberi kita peluang dan kemaafan setiap kali kita tersilap dalam langkahan kita. Malah kadang-kadang, Dia sendiri yang menyedarkan kita dan menegur tindakan kita. Dia membimbing kita.

Tidakkah kita sedar? Tidakkah kita merasai betapa kasihnya Allah pada kita? Betapa pemurahnya Allah tanpa pernah berkira dengan kita? Tanpa pernah meminta sedikit balasan pun? Tidakkah kita menyedari kasih sayang Allah itu? Tidakkah kita sedar wahai diri? Atau kita telah buta dari segala rasa?

Posted by gen13's peers - - 0 comments

















اصْبِرْ عَلَى مُرِّ الْجَفَا مِنْ مُعَلِّمٍ
bersabarlah menghadapi kerenah buruk seorang guru

فَإنَّ رُسُوبَ الْعِلْمِ في نَفَراتِهِ
krn kegagalan mperoleh ilmu itu apabila kau berpaling drpdnya

وَمَنْ لَمْ يَذُقْ مُرَّ التَّعَلُّمِ ساعةً
sesiapa yg tidak pernah merasai pahit getir dlm menuntut ilmu
تَجَرَّعَ ذُلَّ الْجَهْلِ طُول حَيَاتِهِ
dia akan menelan kehinaan dek kejahilannya sepanjang hidup

وَمَنْ فَاتَهُ التَّعْلِيمُ وَقتَ شَبَابِهِ
sesiapa yg tidak memanfaatkan masa mudanya utk menuntut ilmu
فَكَبِّر عَلَيْهِ أَرْبَعاً لِوَفَاتِهِ
maka bertakbirlah ke atasnya 4x sebagai tanda kematiannya

وَذَاتُ الْفَتَى ـ واللَّهِ ـ بالْعِلْمِ وَالتُّقَى
nilai seorg pemuda terletak pd ilmu & ketaqwaan yg dimilikinya

إذَا لمَ يكُونا لا اعْتِبَارَ لِذَاتِه
jika keduanya tidak dimiliki, maka tiadalah nilai bagi dirinya

Posted by gen13's peers - - 0 comments








Ya Allah,

hambuMu ni tidak reti bersyukur,

ajarkanlah..

hambuMu ini tidak pandai menjaga dirinya,

maka bantulah..

hambaMu ini penuh kelemahan,

maafkanlah..

hambaMu ini penuh noda dosa,

ampunkanlah..

hambaMu ini amat inginkan redhaMu..

bimbingilah..

hamba ini rindu hatinya yang dulu,

maka perbaharuilah..

hati ini sakit, ya Allah..

maka rawatlah ia, ya Allah..

kasihanilah diri ini dengan rahmatMu..

ampunilah dosa hamba yang hina ni..

Ya Allah,

kala diri ini terasa sunyi, temanilah..

kala hati ini gelisah, tenangkanlah..

kala jiwa ini trnoda, peliharalah..

ampunilah, ampunilah, ampunilah..

Posted by gen13's peers - - 0 comments
















..jika baik hubungan kita dengan Allah,
maka baiklah hubungan kita dengan manusia..
jika ingin baiki hubungan kita dengan Allah,
maka bertaubat, bertaubat, dan bertaubatlah..
wahai diri, bertaubatlah, dengan sebenarnya..

Posted by gen13's peers - - 0 comments

..sesuatu yang paling sukar bagi nafsu adalah yang paling Allah suka..


p/s: moga Allah sentiasa sudi membimbing kita
untuk menjadi hambaNya, yang benar-benar hamba..

Posted by gen13's peers - - 0 comments




Pangkal semua maksiat, kelalaian, dan nafsu syahwat adalah merasa puas dengan diri sendiri. Sedangkan pangkal semua ketaatan dan kesadaran, adalah ketidakpuasan terhadap diri sendiri. Berteman dengan orang bodoh yang tidak puas terhadap dirinya lebih baik daripada berteman dengan seorang yang puas terhadap dirinya. Kerana ilmu apa yang dimiliki oleh seorang ulama yang puas dengan dirinya?

Posted by gen13's peers - - 2 comments


Nuri masih melekat di tingkap biliknya. Matanya masih tertumpu pada segala yang tak menentu.. Kerisauan dan kerinduan menyapa.. ya, risau memikirkan adanya dosa di situ.. risau lantaran manusia terlalu memandang penting ‘bahtera’, bukannya ‘destinasinya’.. biarlah mereka dengan diri mereka.. fikiran Nuri yang kebingungan tiba-tiba disapa rindu yang teramat sangat.. Nuri sangat rindukan teman-teman di sekolah menengahnya dulu.. batch yang terkenal dengan ‘hingak’.. juga gemar dipuji ukhwahnya.. walau hakikatnya masih punya kekurangan yang sedang ditampung dan dibendung.. namun, kenangan dan memori indah itu takkan mampu terpadam dari fikiran Nuri.. ya, rindu segalanya..

Dulu, Nuri takkan jumpa manusia sepelik Siti dan Noor.. takkan Nuri temui kawan yang hanya kerana pelajaran.. Nuri terasa benci.. benci dengan semua lakonan manusia.. datang kerana lebihnya.. ditinggal jauh apabila ada yang tak kena.. dulu, Nuri punya kawan yang luar biasa.. mereka takkan ditemui di tepi jalanan begini.. yang tiada ganti mahupun seirasnya.. Nuri takkan mampu milikinya lagi.. kadang2, ingin Nuri kembali memutar hari-hari itu.. Nuri ingin menikmatinya lagi.. Nuri ingin bersama teman2 selama hayat yang berbaki ini.. Nuri tak ingin kenal ‘perpisahan’ itu.. kerana berpisah dari teman sebegini menyiksa jiwa Nuri dengan rindu.. Nuri akan rindu, rindu, dan terus rindu..

Tapi Nuri sedar, semuanya itu hanya angan2 yang takkan mampu jadi kenyataan.. bicara yang akan sentiasa kosong.. impian yang sangat jauh dicapai tangan.. mungkin kan hanya kekal sebagai mainan fikiran.. Nuri akan terus bermain rindu.. bermain dengan memori dan filem kenangan yang kan sentiasa berputar dan kembali berputar.. Hari ini, saat ini dan ketika ini, Nuri sangat ingin teman-temannya tahu betapa Nuri rindu.. Nuri sangat rindu.. selamanya rindu.. Nuri ingin temannya tahu kalau coretan ini ditulis khas buat teman-temannya itu.. teman yang dirindui.. semua ini hanya kerana rindu.. teramat rindu..

Posted by gen13's peers - - 0 comments

kita telah dilahirkan miskin..

untuk kita menumpang sebentar di bumi ini..
kita tiada pendengaran..
maka Allah memberi kita pendengaran..
kita tiada penglihatan..
Allah meminjamkan kita penglihatan..
kita tidak tahu membaca..
Allah mengajarkannya dengan segala ilmuNya..
kita tidak tahu berjalan..
maka Allah mengizinkan kita tahu melangkah..
kita tidak tahu maksud makan..
tapi Allah mengurniakan kita tahu mengunyah..

bukankah semua yang kita miliki ini adalah pinjamanNya..
sungguh kita tak punya apa..
kalau bukan kerana rahmatNya..
maka tiadalah bagi kita semua yang kita punya hari ini..
yang kita pinjam semuanya untuk berapa ketika..
kerana nanti Dia pasti mengambilnya kembali..
kalau bukan kerana belas kasihanNya..
kita takkan mampu lagi menumpang di sini..
kita tidak akan tahu siapa kita yang hina ini..
bukankah semua ini hanya kerana Dia Yang Terlalu Pemurah..
yang tidak pernah berhenti memberi dan mengurnia..
yang tidak pernah meninggalkan kita walau seketika..
yang tidak pernah membiarkan kita sendirian dengan diri kita..
yang tidak pernah jemu melihat telatah kita..
walaupun kita sering kali melupakanNya..

Posted by gen13's peers - - 0 comments

















Sayidina Ali ra mceritakan ketika mlihat Rasulullah mnangis manakala ia dtg bsama Fatimah. Lalu keduanya btanya mengapa Rasul mnangis.

Beliau menjawab, "Pada malam aku di-isra'- kan , aku melihat perempuan2 yg sedang disiksa dgn berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.

Putri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.

Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan t imah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.

Aku lihat perempuan tergantang kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.

Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.

Aku lihat perempuan yg telinganya pekak dan matanya buta, dmskkan ke dlm peti yg dibuat dr api neraka, otaknya keluar dr lubang hidung, badannya berbau busuk krn pyakit sopak & kusta.

Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,"kata Nabi.

Fat imah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?

*Rasulullah menjawab, "Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yg tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki2 yg bukan muhrimnya.

*Perempuan yang digantung susunya adalah istri yang 'mengotori' tempat tidurnya.

*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.

*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.

*Perempuan yg memotong badannya sendiri dgn gunting api neraka krn ia mperkenalkan dirinya kpd org yg kpd org lain bersolek & berhias supaya kecantikannya dilihat laki2 yg bukan muhrimnya.

*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia bisa shalat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mau mandi junub.

Perempuan yg kepalanya spt babi dan badannya spt himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yg menyerupai anjing ialah perempuan yg suka memfitnah dan membenci suami.
"
Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.

Dan inilah peringatan kpd kaum perempuan. Na'uzubillah.........

(shared in yahoo mail)

Posted by gen13's peers - - 0 comments

"..the first person to be blamed is yourself!.."

Posted by gen13's peers - - 2 comments





























..manusia sering menghitung nikmat yang telah pergi..

Posted by gen13's peers - - 2 comments

Selamat hari lahir..


1hb : ‘Adilah binti Sabri

4hb : Siti Nur Asyikin binti Ahmad Sabri

14hb : Umi Atikah binti Zulamir Hasani

17hb : Ummi Nabilah binti Md Moksin



"kita boleh menghitung usia kita yang telah kita gunakan...tetapi kita tidak boleh menghitung berapa lagi usia kita yang masih tinggal".

(prof dr hamka)

p/s: kepada sesiapa yang tiada dalam senarai, mohon maklumkan, samada di ruangan comment, atau shoutbox.. maaf, kalau ada yang tertinggal..

Rintihan Hamba

Ya Allah, kami tidak mampu untuk melaksanakan tanggungjawab yang Kau amanahkan kepada kami, melainkan dengan bantuanMu. Oleh itu, bantulah kami untuk melaksanakannya!

Ya Allah, kami tidak mampu memelihara diri kami dari terjerumus ke dalam kemaksiatan kepadaMu, melainkan dengan pemeliharaanMu. Oleh itu, peliharalah diri kami dari keterjerumusan itu!

Ya Allah, bantulah kami untuk benar-benar menjadi HAMBA-Mu!