• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
Posted by gen13's peers - - 2 comments

Kala senja menyapa, Nuri termenung sendirian di jendela biliknya yang bertentangan dengan Kuliah Kejuruteraan. Banyak hal yang berlegar di fikirannya memandangkan dia baru sahaja memulakan semester barunya beberapa ketika. Wajah dua kenalannya muncul lagi; Siti dan Noor. “Entah apa salah aku?”. Semenjak dulu lagi, Nuri tidak pernah berhenti memikirkannya. Memandang wajah kenalan yang sering kali berpura-pura seakan tidak pernah mengenali dirinya merupakan suatu pengalaman pahit yang tidak berjaya ditelannya.

Siti ialah salah seorang kawan barunya di alam yang bernama IPT. Ta’aruf ringkas di Masjid berdekatan dengan kampusnya telah membuahkan harapan agar perkenalan itu dapat dilanjutkan dan seterusnya menghasilkan bunga-bunga ukhwah. Namun, segalanya layu tatkala hari-hari yang dilaluinya penuh dengan tanda tanya. “Entah apa silap aku?”. Senyuman yang dilontar tidak pernah dibalas. Apatah ucapan salam yang tidak akan dijawabnya. Berselisih di jalanan ketika pergi atau pulang dari kelas merupakan kebiasaan yang tidak dapat dielakkan. Namun, tiada apa-apa perubahan.

“Nuri.. Nuri.. Hujung minggu ni, Nuri lapang tak?”

Sapaan itu tiba-tiba terpacul keluar dari mulut Siti yang melambai dari jauh sebaik sahaja Nuri melangkah masuk ke asrama kampusnya. Dahi Nuri berkerut. “Pelik!”. Hanya itu yang terdetik di hatinya. Namun, sapaan itu dibalasnya penuh mesra, seakan tidak pernah ada satu pun duri yang menusuk hatinya. “alhamdulillah, mungkin telah berakhir”. Dia pulang ke biliknya dengan senyuman yang menguntum mekar, disangkanya persoalannya telah berakhir. Tapi tidak, hari-hari pahit itu berulang, walaupun telah menjejaki bumi baru, kampus utama mereka.

“Entah apa dosa aku?”

Suatu hari, Nuri khusyu’ membaca bukunya di Masjid kampus mereka. Melihatkan Siti yang melangkah masuk ke dalam Masji, Nuri pura-pura tidak perasan. Ingin dibiarkan Siti dengan dirinya dan dicampak jauh-jauh segala yang berkaitan dengan Siti yang sering kali bertandang di fikirannya. Tiba-tiba…

“Lama ke nak duduk kat sini?”

“Huh!?” Nuri agak terkejut, tak disangka sapaan Siti itu.

“eh, silap, Assalamu’alaikum.. Lama ke Nuri nak duduk di sini? Nak minta tolong jaga beg..”

“oh, ok, takpa2, boleh je..” Nuri balas selamba. Siti berlalu pergi ke bilik wudhu’.

“Manusia.. Manusia.. macam-macam.. apa-apalah..” Nuri berkata seorang diri, malas nak memikirkannya lagi. Dia hanya akan disapa apabila ada kebutuhannya pada bantuan. Tapi Nuri bersyukur, sekurang-kurangnya, Nuri masih menjadi pilihan untuk Siti meminta bantuan. Mungkin ada sesuatu di situ.

“Takpalah, Siti, kalau Nuri ada buat silap, Nuri minta maaf.. walaupun Nuri rasa, Nuri tak sempat nak buat apa-apa pun, hatta bersembang, walaupun sekejap.. moga Allah ampunkan kita..”

Setiap kali wajah Siti terbayang di fikirannya, pasti ayat itulah yang akan meniti di bibirnya. Nuri belajar untuk memikirkan benda yang lebih penting. Walaupun Siti begitu, Nuri tetap berusaha seolah-olah tiada duri di hatinya. Didoakan yang terbaik buat Siti.

p/s: hingga ke saat ini, persoalan Nuri itu masih belum terjawab. Dilaluinya hari-hari itu dengan penuh ketabahan. Diharapkan bahawa ujian sekecil itu tidak akan sama sekali mengganggu fokusnya.

2 Responses so far.

  1. AnUgErAh says:

    Nuri terus tabah ya. Jangan sekali-kali putus asa. Ujian adalah satu rahmat.

Rintihan Hamba

Ya Allah, kami tidak mampu untuk melaksanakan tanggungjawab yang Kau amanahkan kepada kami, melainkan dengan bantuanMu. Oleh itu, bantulah kami untuk melaksanakannya!

Ya Allah, kami tidak mampu memelihara diri kami dari terjerumus ke dalam kemaksiatan kepadaMu, melainkan dengan pemeliharaanMu. Oleh itu, peliharalah diri kami dari keterjerumusan itu!

Ya Allah, bantulah kami untuk benar-benar menjadi HAMBA-Mu!