• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
Posted by gen13's peers - - 5 comments

Lain pula kisahnya dengan Noor. Noor merupakan kawan kelasnya ketika di kampus dulu. Lantaran pemilihan yang dibuat, Nuri terpaksa akur untuk menerima tanggungjawab sebagai ketua kelas bagi menyiapkan tugasan yang telah diberikan. Tanggungjawab ini membuatkan Nuri perlu mempunyai komunikasi yang baik dengan semua orang, termasuk pelajar lelaki. Nuri juga belajar untuk membina hubungan yang baik dengan semua ahli kelasnya, tanpa mengecualikan Noor yang baru sahaja dikenalinya beberapa ketika sebelum melangkah ke kelas itu.

Namun, kekurangan ilmu Nuri membuatkan dia agak kerap meminta bantuan seorang pelajar lelaki bernama Iqbal. Iqbal merupakan calon pertama yang ingin dilantik sebagai ketua kelas, tapi ditolaknya dengan tegas lantaran beberapa perkara. Semenjak itu, Nuri seakan terdengar kalau Noor punya hati pada Iqbal, tapi diabaikan saja, kerana dia tahu yang dia punya tugas yang belum selesai. Hari demi hari, banyak hal yang dirujuk kepada pelajar lelaki yang lagaknya tidak kurang seperti seorang ustaz itu. Iqbal sememangnya pernah mengakui yang dia punya pengalaman dalam menyiapkan tugasan itu.

Dengan izin Allah, tugasan itu berjaya disiapkan dengan baik. Melangkah semester baru, Nuri sentiasa mengharapkan persahabatan rakan-rakan yang dikenalinya. Dia sentiasa berusaha menjaga hubungan yang telah terbina. Namun, kekecewaan menyapa saat melihatkan jelingan mata Noor. Nuri yang berlalu di hadapannya, mahupun di sebelahnya diabaikan seakan tidak pernah dikenali sebelum ini. Walaupun sapaan Noor sempat singgah di telinga teman yang berjalan bersama Nuri, Nuri tetap dibiarkan sahaja tersenyum sendirian. “ Em, apalah dosa aku? Apakah kerana cemburu dia hari itu?”

Suatu hari, Nuri sangat terkejut melihat pada pakaian yang dikenakan oleh Noor. Tak pernah dilihatnya sesempurna itu. Noor seakan meniru Nuri yang sentiasa lengkap berbaju kurung dan bertudung labuh. Perubahan yang mendadak. Pelik! Nuri terfikir kalau itu kerana kerisauan Noor. Ingin ditambatnya hati Iqbal, buah hatinya dengan pakaian itu. Bagi Nuri, tiada yang lebih pada Iqbal, hanya lelaki biasa yang punya sedikit ilmu tentang agama. Kenalan Nuri di sekolah menengahnya tiada tandinga. Dibiarkan sahaja Noor dengan pakaiannya itu, walaupan pakaian itu bermusim sahaja.

Masa berlalu dengan pantas. Di kala menjelang semester baru ini, banyak hal yang difikirkan oleh Nuri. Ingin dibuang jauh-jauh segala yang tidak penting itu. Namun, takdir Allah diterima sebaiknya. Setelah sekian lama tidak bersama Noor, Nuri kali ini menjadi rakan sekelas Noor lagi. Bukan setakat Noor, Iqbal yang sekian lama tidak kelihatan juga muncul memenuhi ruang kelas. “Em, ujian Allah”. Itu sahaja yang terlintas di fikiran Nuri. Namun begitu, Muhammad, salah seorang senior Nuri di sekolah menengahnya juga kelihatan di kelas tersebut. Pelbagai perasaan yang dirasai setiap kali melangkah masuk ke kelas itu. Terkadang, ingin Nuri lari sejauhnya, tanpa perlu melihat mereka lagi. Ingin dilepaskan mereka itu pada Yang Esa. Nuri penat.

“Noor.. Noor.. tak payah risaulah tentang Iqbal tu.. Nuri takkan berebut dengan Noor.. kalaulah diminta untuk memilih Iqbal, atau ada yang memaksa, Nuri lebih sanggup ambil Muhammad yang mungkin agak nakal tu sebagai gantinya.. walaupun terpaksa tunggu lama..”

Nuri merepek seorang diri. Seakan itulah yang dia ingin dikatakan pada Noor, kalau Iqbal menjadi penyebab keretakan itu. Betapa Nuri tidak mahu merosakkan persahabatan yang terbina itu. Kerisauan Noor yang jelas tergambar di mukanya membuatkan Nuri kurang senang, terutamanya tatkala Nuri melangkah masuk ke kelas itu buat kali pertamanya. Akhirnya, Nuri tersenyum sendirian. “merepek saje aku ni.. astaghfirullahal’azim.. dah, dah, mengarut ke situ pula”..

5 Responses so far.

  1. masitah says:

    best2...cept smbung..hee

  2. insyaAllah..
    kalau ada pandangan dan nasihat untuk Nuri, silakan berkongsi..
    Dia masih dalam dilema..

  3. ijlal says:

    insyaAllah..emm..sedikit pandangan drpd diri yg serba kekurngn, mgkin nuri harus berterus-terang dengan kedua2nya sama ada secara bersemuka @ menulis surat.jgn biarkan perkara ni berlanjutan krn ia akan mnjd lbh parah seandainya dibiarkan begitu sj. cuba utk bina hbgn kmbali.mgkin dgn memberi hadiah @ apa2.yang paling penting, jgn pernah lupa berdoa utk keduanya..mohonlah pada Allah krn setiap ujian itu merupakan ksh syg Allah kpd kita.blh juga utk melakukan solat hajat khusus buat mrk..insyaAllah,Allah sll bersama dgn hamba2-Nya yg bersabar..wallahu'alam

  4. ijlal says:

    satu lg, mgkin kita jg harus bnykkn brmuhasabah.lal pernah terbaca dlm buku ustazah khairol yang kadang2 Allah menjauhkan seseorg manusia itu dr kita kerana dosa kita.wallahu'alam..do pray 4 me too..=)

  5. thanks for the sharing..
    may Allah bless us..

Rintihan Hamba

Ya Allah, kami tidak mampu untuk melaksanakan tanggungjawab yang Kau amanahkan kepada kami, melainkan dengan bantuanMu. Oleh itu, bantulah kami untuk melaksanakannya!

Ya Allah, kami tidak mampu memelihara diri kami dari terjerumus ke dalam kemaksiatan kepadaMu, melainkan dengan pemeliharaanMu. Oleh itu, peliharalah diri kami dari keterjerumusan itu!

Ya Allah, bantulah kami untuk benar-benar menjadi HAMBA-Mu!