بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh…
Alhamdulillah, masih berpeluang menapaki hari baru dan hari mulia, Eid Adha ini, buat sekian kalinya. Di kesempatan ini, saya selaku wakil dari ‘sidang editor’ blog ini ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha dan maaf dipohon, zahir dan batin, atas segala kekurangan dan kelemahan dalam mengendali dan mengelola perjalanan blog ini. Jazakumullahu khairan atas setiap sokongan dan doa yang dilontarkan. Moga Allah berkati hidup kalian.
p/s:
1. Suka untuk saya ingatkan bahawa setiap apa yang berkaitan dengan blog ini bukanlah suatu yang ‘rigid’ atau ‘mutlak’, malah sentiasa mengharapkan teguran dan tunjuk ajar semua pihak. Segala perkongsian juga amat dialu-alukan.
2. Maaf sekali lagi kalau kalian ada perasan yang ‘gen 13th's peers’ yang sorang ni semakin ‘pelik’ hari demi hari.. Seperti mana Iman itu turun naik, maka, sungguh-sungguhlah ia memberi pengaruh yang agak besar dalam menguruskan blog ni.. Walau apapun, Allah lebih mengetahui..
عيد سعيد وكل عام وأنتم بخير
Post a Comment