• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
Posted by gen13's peers - - 0 comments

Setelah menimba pengalaman bersahabat
dengan ramai orang, saya ingin
membuat kesimpulan mengenai
10 'K' yang perlu dalam sesebuah persahabatan.

* KECINTAAN merupakan elemen
yang paling penting sekali dalam sesebuah
persahabatan. Ikatan sesebuah
persahabatan akan mudah rapuh jika
tiadanya kecintaan antara dua insan
yang disandarkan kepada Si Pemilik
cinta itu sendiri. Sebab itu, kadangkadang
perlunya kita meluahkan rasa
cinta kita terhadap sahabat kita dengan
mengungkap, "uhibbuka/i fillah"
(bagi sahabat-sahabat yang sama jantina
sahaja) agar mereka tahu betapa
cintanya kita terhadap mereka, kerana
Allah (insyaAllah).

* KASIH SAYANG lebih kurang
sama sahaja maksudnya dengan kecintaan.
Namun, setelah kita mencintai
sahabat kita, perlunya kita curahkan
segala kasih sayang kita terhadap
mereka. Tetapi, kadangkala kasih sayang
tidak perlu dipamerkan secara
luaran. Cukuplah sekadar kita mendoakan
untuk sahabat-sahabat kita,
insyaAllah, itu sudah cukup membuktikan
betapa sayangnya kita terhadap
mereka.



* KEIKHLASAN dapat menjamin
sesebuah persahabatan mendapat
keberkatan dan rahmat daripada Illahi.
Tidak ikhlas ketika bersahabat
dengan seseorang akan mengundang
permusuhan antara sahabat. Bersahabatlah
dengan seseorang kerana keluhuran
hati budinya, bukan kerana
rupa, pangkat atau harta yang dimilikinya.





* KEJUJURAN juga perlu dalam
persahabatan. Jangan sesekali menipu
atau menyembunyikan apa-apa
daripada pengetahuan sahabat kita.
Mereka juga perlu tahu apa yang kita
lalui dalam kehidupan kita. Jangan
berahsia, melainkan pada perkara
yang benar-benar perlu dirahsiakan
(hehehe).



* KEMAAFAN Sekiranya sahabat
kita pernah melakukan sebarang kesilapan,
bersedialah untuk memaafkannya,
tidak kira sebesar manapun
kesalahan mereka terhadap kita kerana
sahabat yang baik adalah sahabat
yang bersedia untuk memaafkan
sahabatnya. Jika kita yang bersalah,
janganlah malu untuk meminta maaf
daripada mereka kerana orang yang
dahulu meminta maaf adalah orang
yang hebat.

...to be continued...

rujukan : majalah iluvislam.com

Rintihan Hamba

Ya Allah, kami tidak mampu untuk melaksanakan tanggungjawab yang Kau amanahkan kepada kami, melainkan dengan bantuanMu. Oleh itu, bantulah kami untuk melaksanakannya!

Ya Allah, kami tidak mampu memelihara diri kami dari terjerumus ke dalam kemaksiatan kepadaMu, melainkan dengan pemeliharaanMu. Oleh itu, peliharalah diri kami dari keterjerumusan itu!

Ya Allah, bantulah kami untuk benar-benar menjadi HAMBA-Mu!