• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
Posted by gen13's peers - - 0 comments

* KESETIAAN terhadap seseorang
sahabat mampu memanjangkan tali
persahabatan walaupun jarang bertemu.
Apabila kita setia terhadap kita,
kita akan diingati oleh mereka sehingga
akhir hayat mereka, kerana tidak
kira susah atau senang, kita setia
berada di sisinya memberi sokongan,
insyaAllah.

* KEBERANIAN dalam berkata
benar. Dalam persahabatan juga, kita
hendaklah berani apabila ingin mengatakan
sesuatu. Lebih-lebih lagi jika
kita telah melakukan sesuatu yang
menyakiti hatinya, kita kena berani
mengaku padanya atas kesilapan
yang dilakukan. Selain itu, berani juga
dalam menasihati sahabat kita. kerana
sebagai sahabat, kita mesti mahukan
yang terbaik untuk mereka kan?

* KESEDIHAN Apabila kita sedar
bahawa sahabat kita sedang bersedih,
maka, ikutlah sedih bersama-sama
dengan mereka. Tawarkanlah bahu
kita untuk dijadikan tadahan air mata
mereka. Kerana tiada siapa yang akan
mereka cari selain kita sahabat mereka.

* KEGEMBIRAAN Begitu juga dengan
kegembiraan. Jika kita gembira,
maka marilah berkongsi kegembiraan
itu bersama sahabat-sahabat tercinta.
Tidak mahukah kita bergelak tawa
dengan mereka? Tidak mahukah kita
melihat ukiran-ukiran senyuman indah
di raut wajah mereka? Kegembiraan
kita, kegembiraan mereka jua.

* KESERASIAN di sini bukanlah bermaksud, "Kau cantik, aku mesti cantik,"
"Kau kaya, aku pun kena kaya". Tidak sama sekali. Sememangnya manusia
dijadikan oleh Allah berbeza-beza, namun, dalam persahabatan keserasian
dapat diwujudkan apabila terbinanya persefahaman antara dua pihak.
Apabila ada persefahaman, barulah hubungan kita dengan sahabat kita akan
menjadi lebih baik dan akan berkurangnya pergaduhan disebabkan salah
faham (hehehe).

Alhamdulillah, itulah dia 10 K yang dapat saya simpulkan mengenai persahabatan.
Maaf kalau agak membosankan, namun saya tetap ingin berkongsi
pendapat saya mengenai topik ini.

rujukan : majalah iluvislam.com

Rintihan Hamba

Ya Allah, kami tidak mampu untuk melaksanakan tanggungjawab yang Kau amanahkan kepada kami, melainkan dengan bantuanMu. Oleh itu, bantulah kami untuk melaksanakannya!

Ya Allah, kami tidak mampu memelihara diri kami dari terjerumus ke dalam kemaksiatan kepadaMu, melainkan dengan pemeliharaanMu. Oleh itu, peliharalah diri kami dari keterjerumusan itu!

Ya Allah, bantulah kami untuk benar-benar menjadi HAMBA-Mu!