• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
Posted by gen13's peers - - 0 comments

Sebagian orang yang merasa takut akan perangainya, ada yang mempersiapkan secarik kertas dan pena sejak pagi hari. Dia meletakkan kedua benda itu di sampingnya. Apabila mengucap sekecap kalimat, maka dia akan menulisnya di kertas tersebut. Dia akan berkata pada dirinya sendiri: “Demikianlah yang dilakukan oleh malaikat padamu (kalimat) atas perintah Allah.”

Jika matahari tenggelam dan selesai mengerjakan shalat maghrib, dia meletakkan kertas tersebut dihadapannya. Dia mulai membaca catatan amal peribadinya untuk kemudian menangis. Di tengah tangisnya dia berkata kepada dirinya sendiri: “Wahai nafsu, bukankah kalimat ini akan memasukkan aku ke dalam neraka?!”

Orang itu terus saja menangis sampai air matanya kering dan akhirnya dia jatuh pingsan. Apabila siuman, dia kembali mengeluarkan kertas catatan amalnya. Dia menulis di kertas itu sebagai berikut: “Ya Allah, ampunilah, kasihanilah dan sayangilah hamba-Mu ini.” Demikianlah kebiasaanyasampai meninggal dunia.

Hamba tersebut pernah dimimpikan oleh sebagian orang-orang shalih. Ternyata dia hidup dalam kondisi yang sangat tenang.Maka orang-orang shalih yang dimimpikan dirinya itu menanyakan perlakuan Allah Ta’ala kepadanya. Maka hamba itupun menjawab:

“Tidak ada sesuatu yang keluar dari Dzat Yang Maha Dermawan kecuali sifat dermawan. Dia telah menggantikan hisab di akhirat dengan hisab pribadiku yang dulu aku lakukan ketika di dunia. Allah juga merubah air mataku yang aku teteskan ketika menangis menjadi sungai yang membasahi tenggorokanku pada hari kehausan yang sangat dahsyat. Tuhan Yang Maha Dermawan juga memberikan penghargaan kepadaku untuk masuk surga dan melintasi shirat. Dia juga memberikan anugerah kepadaku dengan derajat yang mulia di hadapan-Nya.

Rujukan: buku Menuai Taman Surga, ms 86

Posted by gen13's peers - - 6 comments











Teman,
cantikmu itu pinjaman
pandaimu itu pinjaman
fahammu itu pinjaman
hartamu itu juga pinjaman
usahlah memandang segalanya tinggi
tanpa pandangan Allah semuanya rugi
tiada ganti walau ingin kau bayar sepenuh bumi
Allah tahu kalau dirimu itu perlu ditarbiyah lagi
Allah tahu kalau imanmu itu belum diuji
Allah juga tahu kalau hatimu itu belum cukup suci
untuk kau bawa pulang mengadapNya nanti
walau di bumi ini kau dipandang tinggi
Allah tahu wahai hati
Allah tahu wahai diri
Allah tahu walau ia tersembunyi
Ingatlah teman,
segalanya hanya pinjaman
hatta kalbu yang dikurniakan iman
Allah kan tanya perihal segala yang diberikan
bagaimana ia telah digunakan
Allah juga kan ambil apabila tamat tempoh pinjaman
Allah berkuasa atas dirimu
Allah pemilik segala yang kau tahu
juga segala yang belum sempat kau tahu
Namun, Allah itu Pencipta dirimu
pohonlah atas segala yang kau mampu
moga tak diuji yang melampaui kudratmu
Rayulah dengan hatimu
kalau dirimu itu perlukan bimbinganNya selalu
Allah tahu wahai diri
Allah sangat tahu
Pohonlah sebelum tiba ajalmu
agar Dia sudi mengasihanimu
saat tiada yang mampu membantu
di hari itu

p/s: sorry, it is not good
as good as others,
those can perform better..

Posted by gen13's peers - - 3 comments



Ya Allah, hati ini sakit..
sembuhkanlah..
Ya Allah, diri ini berdosa..
ampunkanlah..
Ya Allah, jiwa ini kosong..
bimbingilah..


الذين ءامنوا وتطمئن قلوبهم بذكر الله ألا بذكر الله تطمئن القلوب

(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. (13:28)


"Bersungguh-sungguhlah dengan kehinaanmu,
nescaya Dia menolongMu dengan kemuliaanNya..
Bersungguh-sungguhlah dengan ketidakberdayaanMu,
nescaya Dia menolongMu dengan kekuasaanNya..
Bersungguh-sungguhlah dengan kelemahanMu,
nescaya Dia menolongMu dengan kekuatanNya.."
(Ibn Athaillah)

Posted by gen13's peers - - 3 comments

















Petikan dari surat As-Syaheed Sayyid Qutb kepada adiknya Hamidah Qutb di luar penjara.

Di saat kita hanya berfikir untuk hidup bagi diri sendiri, terasalah oleh kita bahwa kehidupan ini begitu sempit dan pendek.. dimulai dari kelahiran kita dan berakhir semasa kematian, berangkat dari pertama kali kita digelarkan di atas bumi dan kembali ke bumi lagi.

Tetapi adikku..

Jika hidup kita untuk akidah dan untuk orang lain, maka terasalah hidup ini cukup luas dan panjang. Ia lahir bersama dengan kemanusiaan dan hanya akan mati setelah roh terlepas dari jasad kasar ini, berpisah dengan bumi. Kita akan merasa sangat berbahagia dan puas. Umur kita berlipat ganda melebihi jumlah angkanya, walaupun ia lebih kecil dari hitungan tahunnya. Itulah kebahagiaan yang hakiki, bukan kebahagiaan fantasi. Dalam kehidupan yang seperti itu, tergambarlah keuntungan yang kita peroleh dari sejak awal kelahiran kita, dari hari ke hari, dari masa ke masa, dan seluruh umur kita, dalam perasaan kita, pada setiap langkah kita. Terasa betul bahawa hidup ini bukan hanya sekadar berapa lama nafas ini keluar masuk dari tubuh kita, dan bukan pula berapa banyak jumlah angka umur kita, tetapi hidup ini diukur dan dinilai dari “kepuasan rohani” yang dapat kita rasakan!

Kenyataan seperti inilah yang disebut “realiti” dan “hakikat”, bukan Imaginasinya kaum realistis materialistis itu. Dan inilah hakikat hidup di atas segala hakikat yang mereka pergunakan.

Kita akan merasakan bahagia yang berlimpah-limpah, bila kita hidup untuk manusia lain. Seberapa kadar perasaan untuk hidup bersama orang lain, maka berlipat gandalah perasaan terhadap kehidupan kita sendiri, dus bererti kehidupan ini dengan sendirinya akan berlipat dan melimpah-limpah, akhirnya kita merasa bahagia hidup di dalamnya!

(perkongsian oleh safi ar-rahman)

Posted by gen13's peers - - 2 comments


















Belakangan ni, isu yang agak hangat ialah kahwin, walimah dan berpasangan..

Terkadang, bicara mereka itu banyak mendoakan..

Kamu dahulu dia, dia dahulu aku, aku dahulu mereka

Namun, apakah punya erti dan maksud tersendiri?

Punya sebab dan alasan tersembunyi?

Agar diberkati Sang Pencipta?

Dijaga dan dikasihi yang tercinta?

Terselamat dari fitnah dunia?

Terpelihara hati dari fitnah yang berwarna?

Atau sekadar bicara senda mengisi masa?

Kalam tajam pengugah jiwa?

Atau itu semua kan kekal rahsia buat selama?

p/s: renungkan.. biar nanti kita punya jawapan..


sumber: dirahsiakan

Posted by gen13's peers - - 0 comments

* KESETIAAN terhadap seseorang
sahabat mampu memanjangkan tali
persahabatan walaupun jarang bertemu.
Apabila kita setia terhadap kita,
kita akan diingati oleh mereka sehingga
akhir hayat mereka, kerana tidak
kira susah atau senang, kita setia
berada di sisinya memberi sokongan,
insyaAllah.

* KEBERANIAN dalam berkata
benar. Dalam persahabatan juga, kita
hendaklah berani apabila ingin mengatakan
sesuatu. Lebih-lebih lagi jika
kita telah melakukan sesuatu yang
menyakiti hatinya, kita kena berani
mengaku padanya atas kesilapan
yang dilakukan. Selain itu, berani juga
dalam menasihati sahabat kita. kerana
sebagai sahabat, kita mesti mahukan
yang terbaik untuk mereka kan?

* KESEDIHAN Apabila kita sedar
bahawa sahabat kita sedang bersedih,
maka, ikutlah sedih bersama-sama
dengan mereka. Tawarkanlah bahu
kita untuk dijadikan tadahan air mata
mereka. Kerana tiada siapa yang akan
mereka cari selain kita sahabat mereka.

* KEGEMBIRAAN Begitu juga dengan
kegembiraan. Jika kita gembira,
maka marilah berkongsi kegembiraan
itu bersama sahabat-sahabat tercinta.
Tidak mahukah kita bergelak tawa
dengan mereka? Tidak mahukah kita
melihat ukiran-ukiran senyuman indah
di raut wajah mereka? Kegembiraan
kita, kegembiraan mereka jua.

* KESERASIAN di sini bukanlah bermaksud, "Kau cantik, aku mesti cantik,"
"Kau kaya, aku pun kena kaya". Tidak sama sekali. Sememangnya manusia
dijadikan oleh Allah berbeza-beza, namun, dalam persahabatan keserasian
dapat diwujudkan apabila terbinanya persefahaman antara dua pihak.
Apabila ada persefahaman, barulah hubungan kita dengan sahabat kita akan
menjadi lebih baik dan akan berkurangnya pergaduhan disebabkan salah
faham (hehehe).

Alhamdulillah, itulah dia 10 K yang dapat saya simpulkan mengenai persahabatan.
Maaf kalau agak membosankan, namun saya tetap ingin berkongsi
pendapat saya mengenai topik ini.

rujukan : majalah iluvislam.com

Posted by gen13's peers - - 4 comments



























اللهم يا باسط الأرض ورافع السماء

Ya Tuhan kami, yang menghamparkan bumi dan meninggikan langit

اللهم يا ناصر المظلومين

Ya Tuhan kami ,yang memenangkan orang-orang yang dizalimi

اللهم يا مغيث الملحوفين

Ya Tuhan kami, yang menolong mereka yang terhimpit

اللهم انصر اهلنا المرابطين في فلسطين

Ya Allah, bantulah saudara- saudara kami yang bertahan di Palestin

اللهم انصر اهلنا الصابرين في غزة

Ya Allah, bantulah saudara- saudara kami yang cekal di Gaza

اللهم ارحم شهدائهم واشف جرحاهم

Engkau rahmatilah para syuhada’ mereka dan sembuhkanlah luka-luka mereka

واجبر كسرهم

Pulihkanlah belulang mereka yang patah.

وقوي رجالهم

Dan kuatkanlah tentera-tentera mereka

وانصرهم على اعدائهم وأيدهم بجنودك

Menangkanlah mereka ke atas musuh-musuh, dan bantulah mereka dengan tentera-tenteraMu

وثبت أقدامهم وفرج كربهم

Tetapkanlah kaki-kaki mereka dan lenyapkanlah kegusaran mereka.

وكن معهم يا رب العالمين

Dan sentiasalah bersama mereka wahai Tuhan sekalian alam

اللهم يا قوي يا عزيز

Ya Allah Yang Maha Gagah lagi Maha Perkasa

عليك باليهود المعتدين الظالمين المفسدين

Hancurkanlah yahudi pelampau, zalim dan perosak…

اللهم زلزل الأرض من تحت أقدامهم

Goncangkanlah bumi yang mereka jejak.

يا رب اجعل كيدهم في نفورهم

Ya Rabb… Jadikanlah tipu daya mereka kembali menghancurkan mereka

يا رب نعوذبك من شرورهم

Ya Rabb, kami berlindung daripada kejahatan mereka

ارنا في اليهود عجائب قدرتك

Tunjukkanlah kepada kami dalam kemusnahan Yahudi kehebatan kuasaMu

اللهم لا ترفع لهم راية

Janganlah Engkau tinggikan satupun panji untuk mereka

ولا تحقق لهم غاية

Janganlah engkau tunaikan satupun matlamat mereka

واجعلهم للعالمين آية

Jadikanlah mereka bukti kepada sekalian alam

يا الله يا الله يا الله

Ya Allah! Ya Allah! Ya Allah!

ارنا في اليهود عجائب قدرتك

Tunjukkanlah kepada kami dalam kemusnahan Yahudi kehebatan kuasaMu.


(Jika kita terasa lemah untuk membantu mereka,

maka usahlah kita lemah dalam mendoakan mereka)

Posted by gen13's peers - - 5 comments



لقاء الإخوان جلاء الأخزان

Bertemu dengan teman / saudara itu mengubat kesedihan



p/s: rindu kawan-kawan semua..

moga Allah pertemukan kita semua lagi..

Posted by gen13's peers - - 0 comments



Kaki ahmad berasa sangat lenguh. Dia mengambil keputusan untuk berehat sebentar di bangku rehat. Lebih 2 jam dia berjalan di susuran kedai bunga. Dia ingin mencari sepohon bunga yang paling cantik di taman bunga itu untuk ibunya. Esok sambutan hari kelahiran ibunya.

Rasa menyesal yang teramat menyelubungi diri ahmad. 3 pohon bunga yang sangat cantik telah terlepas. Susah nak cari balik bunga yang dia jumpa sebelum ni. Lagipun masa yang diberikan oleh ketua rombongan itu berbaki 30 minit sahaja lagi. Bas rombongan pun akan tunggu kami di pintu belakang taman.

Ahmad teringat satu cerita yang dia baca di blog rakannya. Cerita mengenai seorang guru menyuruh anak muridnya mencari sehelai rumput yang paling cantik di padang sekolah. Dengan syarat, tidak dibenarkan berpatah balik. Akhirnya, di penghujung padang, tidak seorang pun yang dapat sehelai rumput yang paling cantik.

Gurunya bertanya kepada mereka, "mengapa kalian tidak dapat rumput yang cantik?". Mereka berkata, "kami dah jumpa yang paling cantik, tapi dah terlepas. Ingatkan di depan ada lagi yang paling cantik. huh..". Gurunya memberi kesimpulan. "Jika kita menjumpai sesuatu yang baik, cubalah kita hargainya. Sebab, mungkin yang baik kita jumpa itu adalah yang terbaik."

Ahmad memandang ke arah rakannya yang lain. Semua telah memperoleh bunga yang sangat cantik. Rupa2nya, 3 bunga yang sebelum ini Ahmad jumpa telah habis dibeli pengunjung. Masa berbaki 10 minit sahaja lagi untuk bas bergerak ke arah destinasi seterusnya.

"Adakah Aku melakukan kesilapan sebab tidak mengambil pengajaran dengan cerita murid dan guru nya." getus hati ahmad. Dia cuba lagi mencari bunga yang sesuai untuk ibunya.

Puas Ahmad mencari. Tetap tidak jumpa. Akhirnya, ketua rombongan telah memanggil semua ahli rombongan.

Tiba di kaunter keluar, seorang pekebun mengeluarkan beberapa pohon pokok Korea.Ahmad bertanya harga pokok itu. Harga promosi RM50 sepohon. Ahmad terus membeli pokok Korea tersebut.

Macam bunga turun dari langit. Tiada yang mustahil, itu semua ALLAH yang punya. Sabar dan benar.

p/s: rujukan

Posted by gen13's peers - - 0 comments














بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh…

Alhamdulillah, masih berpeluang menapaki hari baru dan hari mulia, Eid Adha ini, buat sekian kalinya. Di kesempatan ini, saya selaku wakil dari ‘sidang editor’ blog ini ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha dan maaf dipohon, zahir dan batin, atas segala kekurangan dan kelemahan dalam mengendali dan mengelola perjalanan blog ini. Jazakumullahu khairan atas setiap sokongan dan doa yang dilontarkan. Moga Allah berkati hidup kalian.

p/s:

1. Suka untuk saya ingatkan bahawa setiap apa yang berkaitan dengan blog ini bukanlah suatu yang ‘rigid’ atau ‘mutlak’, malah sentiasa mengharapkan teguran dan tunjuk ajar semua pihak. Segala perkongsian juga amat dialu-alukan.

2. Maaf sekali lagi kalau kalian ada perasan yang ‘gen 13th's peers’ yang sorang ni semakin ‘pelik’ hari demi hari.. Seperti mana Iman itu turun naik, maka, sungguh-sungguhlah ia memberi pengaruh yang agak besar dalam menguruskan blog ni.. Walau apapun, Allah lebih mengetahui..

عيد سعيد وكل عام وأنتم بخير



Posted by gen13's peers - - 0 comments

Dear,

write it with your heart

say it from your heart

because

it will be read by hearts

and also will be heard by hearts

but don't forget

for that day, the target

is also your heart



Posted by gen13's peers - - 0 comments

Allah s.w.t. ada berfirman dalam Surah Al-Hadid, ayat 16:

Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras dan banyak di antaranya orang-orang yang fasiq (derhaka).

Posted by gen13's peers - - 0 comments

decide which now, do not delay..

Posted by gen13's peers - - 2 comments


Hasan : eh, macam kenal muka ni..

Husin : eh, Hasan, assalamu’alaikum!

Hasan : wa’alaikumussalam! sihat?

Husin : macam nilah..

Hasan : eh, bro, kenapa muka pelik ni? termenung apa sorang2 ni?

Husin : kau nampak muka aku pelik ke?

Hasan : kau fikir apa sorang2 ni?

Husin : entahlah.. senang kata, aku dah mngaji medic, dah tiga tahun dah, macam kita ni.. tiga tahun mumtaz.. tapi setiap kali aku dapat markah cemerlang ni, aku cemerlang, tapi kosong.. aku study ni, macam tak dapat apa2, ada rasa kosong kat hati ni.. kau faham tak? Rasa kosong..

Hasan : Em.. aku faham maksud kau.. macam nilah.. Husin, kau tahu tak, apa sebenarnya tanggungjawab kita?

Husin : tanggungjawab? (berfikir)

Hasan : tanggungjawab kita yang sebenar-benarnya, bukanlah dunia ni, Husin.. tapi ada suatu yang kita tak nampak, tapi kita percaya benda tu.. tujuan kita dicipta dan tujuan kita lahir kat sini.. iaitu Allah s.w.t. hidup kita untuk apa? mardhatillah, redha Allah..

Husin : mardhatillah? (berfikir)

Hasan : ok, baiklah, Husin.. sekarang, antara kau dan aku.. kita muhasabah balik diri kita, cuba kita check balik, Al-Quran kita, banyak mana kita baca.. kita check balik solah jema’ah kita.. kita check balik Subuh kita.. buat tak kita? Semua tu ialah jalan yang sangat penting untuk kita menuju matlamat kita yang utama.. Allah s.w.t. tapi kita disibukkan dengan dunia ni, sampai kita lupa Allah s.w.t.

Husin : (bisikan hati ketika bertelengku di atas sejadah) inilah titik pertama hidup aku.. kecemerlangan aku yg sebenarnya.. hidup aku yg sebenar.. kini, aku lebih mngerti kekuatan sebenar kita, umat Islam.. bukanlah hanya cemerlang dalam kuliah semata-mata, tapi sejauh mana kekuatan hubungan kita dengan Allah.. inilah sumber motivasi terbaik bagi seorang muslim.. segala yang dilakukannya hanyalah untuk Allah, Pencipta dirinya..

Diadaptasi dari sebuah video klip bertajuk
Akhirnya ku temui – Mengubah Paradigma Muslim
(Location, tak ingat.. sori.. kalau ada yg tahu, feel free to let me know.. tq)

Posted by gen13's peers - - 0 comments



إن العلم لا يعطيك بعضه حتى تعطيه كلك

Sesungguhnya ilmu tidak akan memberi kamu sebahagian darinya,
hinggalah kamu memberinya seluruh dirimu

Posted by gen13's peers - - 0 comments

Setelah menimba pengalaman bersahabat
dengan ramai orang, saya ingin
membuat kesimpulan mengenai
10 'K' yang perlu dalam sesebuah persahabatan.

* KECINTAAN merupakan elemen
yang paling penting sekali dalam sesebuah
persahabatan. Ikatan sesebuah
persahabatan akan mudah rapuh jika
tiadanya kecintaan antara dua insan
yang disandarkan kepada Si Pemilik
cinta itu sendiri. Sebab itu, kadangkadang
perlunya kita meluahkan rasa
cinta kita terhadap sahabat kita dengan
mengungkap, "uhibbuka/i fillah"
(bagi sahabat-sahabat yang sama jantina
sahaja) agar mereka tahu betapa
cintanya kita terhadap mereka, kerana
Allah (insyaAllah).

* KASIH SAYANG lebih kurang
sama sahaja maksudnya dengan kecintaan.
Namun, setelah kita mencintai
sahabat kita, perlunya kita curahkan
segala kasih sayang kita terhadap
mereka. Tetapi, kadangkala kasih sayang
tidak perlu dipamerkan secara
luaran. Cukuplah sekadar kita mendoakan
untuk sahabat-sahabat kita,
insyaAllah, itu sudah cukup membuktikan
betapa sayangnya kita terhadap
mereka.



* KEIKHLASAN dapat menjamin
sesebuah persahabatan mendapat
keberkatan dan rahmat daripada Illahi.
Tidak ikhlas ketika bersahabat
dengan seseorang akan mengundang
permusuhan antara sahabat. Bersahabatlah
dengan seseorang kerana keluhuran
hati budinya, bukan kerana
rupa, pangkat atau harta yang dimilikinya.





* KEJUJURAN juga perlu dalam
persahabatan. Jangan sesekali menipu
atau menyembunyikan apa-apa
daripada pengetahuan sahabat kita.
Mereka juga perlu tahu apa yang kita
lalui dalam kehidupan kita. Jangan
berahsia, melainkan pada perkara
yang benar-benar perlu dirahsiakan
(hehehe).



* KEMAAFAN Sekiranya sahabat
kita pernah melakukan sebarang kesilapan,
bersedialah untuk memaafkannya,
tidak kira sebesar manapun
kesalahan mereka terhadap kita kerana
sahabat yang baik adalah sahabat
yang bersedia untuk memaafkan
sahabatnya. Jika kita yang bersalah,
janganlah malu untuk meminta maaf
daripada mereka kerana orang yang
dahulu meminta maaf adalah orang
yang hebat.

...to be continued...

rujukan : majalah iluvislam.com

Posted by gen13's peers - - 0 comments
















Ya Allah, rahmatilah kami di hari tiada berguna harta dan anak-pinak,
kecuali mereka yang datang kepadaMu dengan hati yang sejahtera..

Posted by gen13's peers - - 0 comments

A : ish, buat perangai pula dia ni.. Tak kesian langsung kat tuan dia..

B : entah, mngada-ngada.. Ada je nak buat hal..

A : entah, ada je benda tak kena..



Kawan2 tahu tak, apa yang dibualkan? Hanya tentang sebuah printer yang mengalami sedikit kerosakan.. Emm.. Mereka tahu bahawa benda itu tidak bernyawa dan tidak punya perasaan, tapi bagaimana mungkin untuk dia memahami hasrat hati tuannya itu..?

Namun, bagaimana kita.. Punya akal yang waras.. Punya kelebihan dan kebaikan.. Punya pemberian yang tidak terkira.. Punya peluang dan ruang.. Punya masa yang terluang.. Punya kesihatan dan kemampuan.. Bagaimana kita gunakannya? Bagaimana kita manfaatknnya?

Sehari-hari, banyak hal yang kita buat.. Banyak urusan yang kita selesaikan.. Banyak kerja yang perlu dilaksanakan.. Entah bagaimana Allah memandang semua tu..? Entah apa nilaian Allah untuk itu? Entah apa yang menunggu kita untuk semua perbuatan kita ini?

Kalaulah benda sekecil itu dimarahi sehendaknya. Bagaimana pula Allah di tempat kita, Dia sebagai Tuan kita, Pencipta kita? Dia empunya diri kita.. Dia empunya semua ini.. Bagaimana kita terhadap Dia.. terhadap segala pemberian Dia.. terhadap segala yang dipinjamkan pada kita?

p/s:
1. Moga Allah sentiasa sudi beri kita mngasihani dan memimpin kita menuju redhaNya..
2. Yok, fikirkn, apa yang kita nak bawa balik nanti………………!?

Posted by gen13's peers - - 4 comments



"orang yang rugi itu ialah orang yang terlalu sibuk tetapi segala kesibukannya hanyalah untuk dunia yang sementara"
Imam Al Ghazali
..Moga sibuk kita sibuk Akhirat..

Rintihan Hamba

Ya Allah, kami tidak mampu untuk melaksanakan tanggungjawab yang Kau amanahkan kepada kami, melainkan dengan bantuanMu. Oleh itu, bantulah kami untuk melaksanakannya!

Ya Allah, kami tidak mampu memelihara diri kami dari terjerumus ke dalam kemaksiatan kepadaMu, melainkan dengan pemeliharaanMu. Oleh itu, peliharalah diri kami dari keterjerumusan itu!

Ya Allah, bantulah kami untuk benar-benar menjadi HAMBA-Mu!