“Kerajaan ini telah menghapuskan semua harapan rakyat dan mencabuli kepercayaannya,” kata Livni. “Israel sedang tewas. Kerajaan ini seperti 3 ekor monyet yang setiap satunya tidak melihat, mendengar dan bercakap. Hakikatnya, yang mereka lakukan hanyalah bercakap.”
Menurutnya, Perdana Menteri memutuskan untuk mengadakan perbincangan tentang isu berkenaan hanya apabila protes disuarakan, ancaman mogok oleh kesatuan sekerja Histadrut dan dikutuk oleh ahli partinya sendiri.
“Mereka hanya berkata-kata apabila melihat ada kepentingan politik yang terancam – bukan kerana rakyat yang menderita, tetapi kerana kuasanya tergugat. Kuasa mereka bukan hanya perlu digugat, ia mesti dijatuhkan,” kata Livni.
Dia juga menuduh kerajaan menyakiti rakyat. Setiap hari dibawah pentadbiran kerajaan ini, Israel semakin tewas dan rakyatnya juga tewas. Seluruh rakyat berasakan satu-satunya perkataan yang tidak terlaksana adalah kesaksamaan. Tiada beban yang ditanggung dengan saksama.
“ Rakyat yang baik ini,yang bangun di awal pagi untuk bekerja, yang berkhidmat dengan tentera, yang berada dalam pasukan simpanan, yang mencari pendidikan yang baik, yang mahu bangun di awal pagi dan memandu ke tempat kerja atau dengan pengangkutan awam, dan yang mahu meminum air yang bersih. Kerajaan ini melonggokkan beban sehingga apabila rakyat mahu memakan roti, mereka terpaksa mengorek wang simpanan mereka.”
Livni memperihalkan keadaan di Israel dua tahun selepas pilihanraya Knesset, “Untuk rakyat, petrol, air dan roti bukanlah barangan mewah. Kita mempunyai rakyat yang baik dan kerajaan yang teruk. Kerajaan ini mesti digantikan. Kadima akan menggantikannya.”
Dia juga menafikan kemungkinan Kadima menyertai kerajaan. “Netanyahu enggan melakukan suatu yang betul untuk Israel, kami takkan membantunya bertahan,” katanya.
Post a Comment