Teruji rasanya dengan hidup ni.. sungguhlah hidup ini benar-benar ujian.. setiap hari.. setiap waktu.. setiap saat.. pasti ada sahaja ujian yang datang.. ingin dilihat sejauh manakah iman kita.. namun setiap satu itu, pasti ada sahaja yang ingin DIA ceritakan pada kita.. seakan setiap hari, kita mampu senaraikan setiap ‘cerita’ itu..
Tapi, kadang-kadang, kita terlalu sibuk hingga tak pernah mampu merenunginya walau seketika.. kita terlupa pada kasih sayang DIA.. DIA yang tak pernah berkira dengan kita.. tak pernah dilupakan kita.. yakinlah wahai diri, DIA tidak pernah punya kepentingan dalam menentukan sesuatu buat kita.. DIA sangat mengharapkan kebaikan buat kita..
Renungilah kembali wahai jiwa.. DIA tidak pernah menzalimi kita.. apatah lagi ingin menyusahkan hidup ni.. setiap satu itu nikmat buat kita.. anugerah dari DIA.. walau mungkin pelbagai rupa.. dan mungkin terkadang, kita terasa sakit untuk menelannya.. yakinlah.. bahawa segalanya itu nikmat.. hatta hidup ini juga suatu nikmat.. ya, suatu nikmat..
Post a Comment