Rasulullah bersabda maksudnya :
Sesungguhnya di syurga terdapat pasar yang dikunjungi oleh penduduk syurga setiap hari jumaat. Angin utara bertiup menghembus dan menerpa wajah dan pakaian mereka hingga membuat mereka semakin tampan dan kacak. Dalam keadaan seperti itu mereka pulang mendapatkan isteri masing-masing. Isteri-isteri mereka berkata; “ Demi Allah… tuan semakin tampan dan kacak”. Mereka menjawab ; “Kalian juga semakin cantik dan mempersona”.
(Hadis riwayat Muslim.)
Ya Allah, kekalkan aku dengan wajahku ini, aku ingin bertemu dengan kawan-kawan yang aku sayang kerana-Mu.
Kawan-kawan, di pasar Syurga nanti, jangan lupa sapa kami ye.. Mungkin kami dah tak cam korang semua. Korang semua dah makin cantik. Tapi kami nak kekal macam ni, takut nanti korang dah tak cam kami dah. Moga Allah ketemukan kita. Kami sayang kawan-kawan semua.. Ingat, sapa kami ye!
sumber hadits : http://alfaqer.blogspot.com/2010_03_01_archive.html
ameenn..
moga Allah temukn kita yg berkasih syng kerana NYA..
ameen..sedih bila baca entry ni..takut2 diri ni masih blm layak lg..Ya Allah bantulah kami semua menjadi hamba-Mu yg sebenar2nya..Ya Allah,satukanlah kami di akhirat kelak dlm keadaan yang Engkau redhai bersama kekasih-Mu, Muhammad s.a.w..
ameen..
insyaAllah, sama2 doa..
moga kasih sayang ini mampu menjadi salah satu penyebab utk Allah mengasihani kita dan memasukkan kita ke dalam SyurgaNya..
nak mnjejaki pintu Syurga dgn kwn2 semua! brpegangan tgn.. indeed!
Ya Allah, naungilah kami dgn naunganMu di hari tiada naungan melainkan naunganMu!