• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
Posted by gen13's peers - - 5 comments

قال رسول صلى الله عليه وسلم :
" سبعة يظلّهم الله في ظلّه يوم لا ظلّ إلا ظلّه :
الإمام العادل،
وشابّ نشأ في عبادة ربّه،
ورجل قلبه معلّق في المساجد،
ورجلان تحابّا في الله اجتمعا عليه وتفرقا عليه،
ورجل طلبته امرأة ذات منصب وجمال فقال إنّي أخاف الله،
ورجل تصدّق أخفى حتّى لا تعلم شماله ما تنفق يمينه،
ورجل ذكر الله خاليا ففاضت عيناه ".
(متفق عليه)
"Ada tujuh macam orang yang akan dinaungi oleh Allah dalam naunganNya
pada hari yang tiada naungan melainkan naunganNya sendiri
(yakni hari kiamat), iaitu :
1) imam (kepala atau pemimpin) yang adil.
2) Pemuda yang membesar (sejak kecilnya) dalam beribadat kepada Allah.
3) Orang yang hatinya tergantung (sangat memerhatikan)kepada masjid-masjid.
4) Dua orang yang saling cinta-mencintai kerana Allah, keduanya berkumpul atas
keadaan sedemikian itu dan keduanya berpisah atas keadaan sedemikian itu pula.
5) Orang lelaki yang diajak oleh wanita yang mempunyai kedudukan dan berparas
cantik, lalu ia berkata: "Sesungguhnya saya ini takut kepada Allah,"
(demikian pula sebaliknya, iaitu wanita yang diajak lelaki lalu bersikap seperti di atas)
6) juga orang yang bersedekah dengan suatu sedekah lalu disembunyikan
sedekahnya itu sehingga seolah-olah tangan kirinya tidak tahu apa yang
dinafkahkan oleh tangan kanannya.
7) dan orang yang mengingat pada Allah di waktu keadaan sunyi lalu melelehlah
airmata dari kedua matanya."
(Muttafaq 'alaih)

5 Responses so far.

  1. Unknown says:

    jazakallah/jazakillah kalian
    atas sedikit perkongsia y bermakna.

    semoga sentiasa dalam rahmatNYA

  2. masitah says:

    assalamualaikum..
    trima kasih bnyk2...=)
    mcm tau2 je orng tgh ada masalah..
    sgt berguna nsihat pd diri kt skrg nie..
    daoakn saya kwn2..

  3. >ammar:
    amin.. alhamdulillah.. segala yang baik dari Allah.. jazakallahu khairan atas doa..

  4. >masitah:
    waalaikumussalam.. alhamdulillah.. Allah izin begitu, sbb Dia sememangnya tahu.. sama2 doa..

  5. izzah zaaba says:

    moga kasih sayang ini Allah kira...
    moga Allah sudi naungi kita...
    moga ukhwah ini kekal selamanya...

    rindu semua! :)

Rintihan Hamba

Ya Allah, kami tidak mampu untuk melaksanakan tanggungjawab yang Kau amanahkan kepada kami, melainkan dengan bantuanMu. Oleh itu, bantulah kami untuk melaksanakannya!

Ya Allah, kami tidak mampu memelihara diri kami dari terjerumus ke dalam kemaksiatan kepadaMu, melainkan dengan pemeliharaanMu. Oleh itu, peliharalah diri kami dari keterjerumusan itu!

Ya Allah, bantulah kami untuk benar-benar menjadi HAMBA-Mu!