Menghadapi hari-hari yang mendatang ini sentiasa menguji hati yang lemah ini. Lengkap berjubah, berkopiah, mahupun bertudung litup belum pasti menjanjikan 1001 kebaikan di sana. Hati sering berbolak balik lantaran banyaknya hal yang perlu dihadapi dan difikirkan sehari-hari. Segala perasaan bercampur-baur.
Sebagai pelajar, tentulah punya banyak hal yang ingin dibuat, banyak kerja yang perlu disiapkan, banyak perbincangan yang perlu diadakan, banyak kelas yang perlu dihadiri. Hingga rasanya, tidak punya masa untuk hal lainnya. Diri yang masih belum pandai untuk uruskan segala membuat sibuk itu bertambah sibuk.
Namun, sedarilah wahai diri, suatu hakikat bahawa diri yang dimiliki itu punya tujuan diciptakan, punya perjalanan yang sungguh jauh & punya penghujung yang belum pasti. Bukan hanya sebagai pelajar di sebuah institusi pengajian, atau pekerja di sebuah organisasi, mahupun anak kepada sebuah keluarga, hatta sebagai teman bagi rakan taulan yang lainnya.
Berilah hati itu masa walau seketika. Ia penentu pengakhiran hidupmu. Penentu penerimaanNya ke atas segala amalmu. Penentu siapa dirimu. Berilah haknya, makanannya, keperluannya dan kekuatannya. Pulangmu suatu hari nanti, kesihatannya yang akan ditanya. “walaupun hati ialah hal paling penting dalam kehidupan ini, namun, ia sering kali menjadi hal terakhir yang difikrkan”.
“Kebahagiaan kita tidak terletak pada harta,tidak pada penampilan diri,tidak juga pada gemerlap perhiasan dan keindahan dunia.Ukuran kebahagiaan terkait erat pada hati dan ruh manusia mendamba Redha Allah”. (Imam Hasan Al-Banna)
Ya Allah, bantulah hambaMu ini!
Post a Comment