• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
Posted by gen13's peers - - 0 comments




Kawan-kawan, berakhirnya tahun 2010 ini, maka genaplah setiap kita dengan umur 20 tahun (walaupun ada juga 21).. betapa pantasnya masa berlalu.. sudah 20 tahun kita hidup.. 20 tahun ini kita lalui dengan pelbagai perkara.. tentu ketika di sekolah rendah atau sekolah menengah dulu, kita tak pernah terfikir bahawa kita akan menjangkau umur ini, seorang remaja berumur 20 tahun, bukan? Menghadapi alam baru di ipt ini merupakan suatu yang kita pernah terasa sangat sukar dan bimbang tentangnya.. tapi hari ini, telah berlalu saat itu dan kita telah menghadapinya..


Kini, kita memulai angka 2... dan suatu hari nanti kita mungkin akan mencecah angka 3... tapi bukankah semua ini terlalu pantas? Kalaulah kebiasaannya, hanyalah 50 tahun tempoh yang diberi, maka kita hanya punya 30 tahun sahaja lagi untuk hidup.. namun, andai umur kita tidaklah sepanjang itu, mungkin 10 atau 20 tahun saja yang berbaki untuk kita.. Seperti mana kita terasa sukar mnghadapi hari-hari ini, maka kita akan lebih payah untuk mngakhiri hidup ini..

p/s: setiap hari, umur kita semakin pendek..

Posted by gen13's peers - - 0 comments




















3:185

Every soul will taste death, and you will only be given your [full] compensation on the Day of Resurrection. So he who is drawn away from the Fire and admitted to Paradise has attained [his desire]. And what is the life of this world except the enjoyment of delusion.
(Ali-Imran: 185)

Posted by gen13's peers - - 5 comments

Lain pula kisahnya dengan Noor. Noor merupakan kawan kelasnya ketika di kampus dulu. Lantaran pemilihan yang dibuat, Nuri terpaksa akur untuk menerima tanggungjawab sebagai ketua kelas bagi menyiapkan tugasan yang telah diberikan. Tanggungjawab ini membuatkan Nuri perlu mempunyai komunikasi yang baik dengan semua orang, termasuk pelajar lelaki. Nuri juga belajar untuk membina hubungan yang baik dengan semua ahli kelasnya, tanpa mengecualikan Noor yang baru sahaja dikenalinya beberapa ketika sebelum melangkah ke kelas itu.

Namun, kekurangan ilmu Nuri membuatkan dia agak kerap meminta bantuan seorang pelajar lelaki bernama Iqbal. Iqbal merupakan calon pertama yang ingin dilantik sebagai ketua kelas, tapi ditolaknya dengan tegas lantaran beberapa perkara. Semenjak itu, Nuri seakan terdengar kalau Noor punya hati pada Iqbal, tapi diabaikan saja, kerana dia tahu yang dia punya tugas yang belum selesai. Hari demi hari, banyak hal yang dirujuk kepada pelajar lelaki yang lagaknya tidak kurang seperti seorang ustaz itu. Iqbal sememangnya pernah mengakui yang dia punya pengalaman dalam menyiapkan tugasan itu.

Dengan izin Allah, tugasan itu berjaya disiapkan dengan baik. Melangkah semester baru, Nuri sentiasa mengharapkan persahabatan rakan-rakan yang dikenalinya. Dia sentiasa berusaha menjaga hubungan yang telah terbina. Namun, kekecewaan menyapa saat melihatkan jelingan mata Noor. Nuri yang berlalu di hadapannya, mahupun di sebelahnya diabaikan seakan tidak pernah dikenali sebelum ini. Walaupun sapaan Noor sempat singgah di telinga teman yang berjalan bersama Nuri, Nuri tetap dibiarkan sahaja tersenyum sendirian. “ Em, apalah dosa aku? Apakah kerana cemburu dia hari itu?”

Suatu hari, Nuri sangat terkejut melihat pada pakaian yang dikenakan oleh Noor. Tak pernah dilihatnya sesempurna itu. Noor seakan meniru Nuri yang sentiasa lengkap berbaju kurung dan bertudung labuh. Perubahan yang mendadak. Pelik! Nuri terfikir kalau itu kerana kerisauan Noor. Ingin ditambatnya hati Iqbal, buah hatinya dengan pakaian itu. Bagi Nuri, tiada yang lebih pada Iqbal, hanya lelaki biasa yang punya sedikit ilmu tentang agama. Kenalan Nuri di sekolah menengahnya tiada tandinga. Dibiarkan sahaja Noor dengan pakaiannya itu, walaupan pakaian itu bermusim sahaja.

Masa berlalu dengan pantas. Di kala menjelang semester baru ini, banyak hal yang difikirkan oleh Nuri. Ingin dibuang jauh-jauh segala yang tidak penting itu. Namun, takdir Allah diterima sebaiknya. Setelah sekian lama tidak bersama Noor, Nuri kali ini menjadi rakan sekelas Noor lagi. Bukan setakat Noor, Iqbal yang sekian lama tidak kelihatan juga muncul memenuhi ruang kelas. “Em, ujian Allah”. Itu sahaja yang terlintas di fikiran Nuri. Namun begitu, Muhammad, salah seorang senior Nuri di sekolah menengahnya juga kelihatan di kelas tersebut. Pelbagai perasaan yang dirasai setiap kali melangkah masuk ke kelas itu. Terkadang, ingin Nuri lari sejauhnya, tanpa perlu melihat mereka lagi. Ingin dilepaskan mereka itu pada Yang Esa. Nuri penat.

“Noor.. Noor.. tak payah risaulah tentang Iqbal tu.. Nuri takkan berebut dengan Noor.. kalaulah diminta untuk memilih Iqbal, atau ada yang memaksa, Nuri lebih sanggup ambil Muhammad yang mungkin agak nakal tu sebagai gantinya.. walaupun terpaksa tunggu lama..”

Nuri merepek seorang diri. Seakan itulah yang dia ingin dikatakan pada Noor, kalau Iqbal menjadi penyebab keretakan itu. Betapa Nuri tidak mahu merosakkan persahabatan yang terbina itu. Kerisauan Noor yang jelas tergambar di mukanya membuatkan Nuri kurang senang, terutamanya tatkala Nuri melangkah masuk ke kelas itu buat kali pertamanya. Akhirnya, Nuri tersenyum sendirian. “merepek saje aku ni.. astaghfirullahal’azim.. dah, dah, mengarut ke situ pula”..

Posted by gen13's peers - - 0 comments



















time is like a river..
you can't touch the same water twice..
because the flow that has passed will never pass again..
enjoy every moment of our life..
with ibadah..
and try harder to achieve success..
as you will not catch the last time..




p/s: remember with your heart,
that everything will be asked..
everything, dear.. everything..

Posted by gen13's peers - - 0 comments

Ya Allah..
jika aku jatuh cinta
cintakanlah aku pada seseorang
yang melabuhkan cintanya
padaMu, agar bertambah kekuatanku
untuk menyintaiMu

Ya Muhaimin,
jika aku jatuh hati
izinkanlah aku
menyentuh hati
seseorang yang hatinya
tertaut padaMu
agar tidak terjatuh aku
dalam jurang cinta nafsu

Ya Rabbana,
jika aku jatuh hati
jagalah hatiku padanya
agar tidak berpaling
dariMu

Ya Rabbul Izzati,
jika aku rindu
rindukanlah aku
pada seseorang
yang merindui
syahid di jalanMu

Ya Allah,
jika aku jatuh hati
pada kekasihMu
jangan biarkan aku
tertatih dan terjatuh
dalam perjalanan
menyeru manusia kepadaMu
jangan biarkan aku
melampaui batas
sehingga melupakan
aku kepadaMu
Ameen...

Posted by gen13's peers - - 0 comments


sahabat sejati adalah apabila kita melihatnya, teringatkan yang Esa..
berbual dengannya meningkatkan keimanan, dan
bersamanya terasa ketenangan..

p/s: quite difficult for being like that, but, let's try our best to be the best friend ever..

Posted by gen13's peers - - 0 comments




Friendship... is not something you learn in school.
But if you haven't learned the meaning of friendship,
you really haven't learned anything.
(Muhammad Ali)

Posted by gen13's peers - - 2 comments

Kala senja menyapa, Nuri termenung sendirian di jendela biliknya yang bertentangan dengan Kuliah Kejuruteraan. Banyak hal yang berlegar di fikirannya memandangkan dia baru sahaja memulakan semester barunya beberapa ketika. Wajah dua kenalannya muncul lagi; Siti dan Noor. “Entah apa salah aku?”. Semenjak dulu lagi, Nuri tidak pernah berhenti memikirkannya. Memandang wajah kenalan yang sering kali berpura-pura seakan tidak pernah mengenali dirinya merupakan suatu pengalaman pahit yang tidak berjaya ditelannya.

Siti ialah salah seorang kawan barunya di alam yang bernama IPT. Ta’aruf ringkas di Masjid berdekatan dengan kampusnya telah membuahkan harapan agar perkenalan itu dapat dilanjutkan dan seterusnya menghasilkan bunga-bunga ukhwah. Namun, segalanya layu tatkala hari-hari yang dilaluinya penuh dengan tanda tanya. “Entah apa silap aku?”. Senyuman yang dilontar tidak pernah dibalas. Apatah ucapan salam yang tidak akan dijawabnya. Berselisih di jalanan ketika pergi atau pulang dari kelas merupakan kebiasaan yang tidak dapat dielakkan. Namun, tiada apa-apa perubahan.

“Nuri.. Nuri.. Hujung minggu ni, Nuri lapang tak?”

Sapaan itu tiba-tiba terpacul keluar dari mulut Siti yang melambai dari jauh sebaik sahaja Nuri melangkah masuk ke asrama kampusnya. Dahi Nuri berkerut. “Pelik!”. Hanya itu yang terdetik di hatinya. Namun, sapaan itu dibalasnya penuh mesra, seakan tidak pernah ada satu pun duri yang menusuk hatinya. “alhamdulillah, mungkin telah berakhir”. Dia pulang ke biliknya dengan senyuman yang menguntum mekar, disangkanya persoalannya telah berakhir. Tapi tidak, hari-hari pahit itu berulang, walaupun telah menjejaki bumi baru, kampus utama mereka.

“Entah apa dosa aku?”

Suatu hari, Nuri khusyu’ membaca bukunya di Masjid kampus mereka. Melihatkan Siti yang melangkah masuk ke dalam Masji, Nuri pura-pura tidak perasan. Ingin dibiarkan Siti dengan dirinya dan dicampak jauh-jauh segala yang berkaitan dengan Siti yang sering kali bertandang di fikirannya. Tiba-tiba…

“Lama ke nak duduk kat sini?”

“Huh!?” Nuri agak terkejut, tak disangka sapaan Siti itu.

“eh, silap, Assalamu’alaikum.. Lama ke Nuri nak duduk di sini? Nak minta tolong jaga beg..”

“oh, ok, takpa2, boleh je..” Nuri balas selamba. Siti berlalu pergi ke bilik wudhu’.

“Manusia.. Manusia.. macam-macam.. apa-apalah..” Nuri berkata seorang diri, malas nak memikirkannya lagi. Dia hanya akan disapa apabila ada kebutuhannya pada bantuan. Tapi Nuri bersyukur, sekurang-kurangnya, Nuri masih menjadi pilihan untuk Siti meminta bantuan. Mungkin ada sesuatu di situ.

“Takpalah, Siti, kalau Nuri ada buat silap, Nuri minta maaf.. walaupun Nuri rasa, Nuri tak sempat nak buat apa-apa pun, hatta bersembang, walaupun sekejap.. moga Allah ampunkan kita..”

Setiap kali wajah Siti terbayang di fikirannya, pasti ayat itulah yang akan meniti di bibirnya. Nuri belajar untuk memikirkan benda yang lebih penting. Walaupun Siti begitu, Nuri tetap berusaha seolah-olah tiada duri di hatinya. Didoakan yang terbaik buat Siti.

p/s: hingga ke saat ini, persoalan Nuri itu masih belum terjawab. Dilaluinya hari-hari itu dengan penuh ketabahan. Diharapkan bahawa ujian sekecil itu tidak akan sama sekali mengganggu fokusnya.

Posted by gen13's peers - - 0 comments

Yakinlah wahai diri bahawa Allah tiada apa-apa kepentingan saat menentukan sesuatu buat kita!

Posted by gen13's peers - - 2 comments

Posted by gen13's peers - - 0 comments

Sesungguhnya apabila manusia kurang berharap kepada Allah dan lebih berharap kepada makhluk dan kesedapan dunia, dia adalah calon kepada berbagai penyakit jiwa. Ini adalah disebabkan makhluk dan dunia akan mudah mengecewakannya kerana mereka bersifat dengan sifat yang baharu yang sementara sedangkan Allah kekal abadi.

Ibnu Qayyim al-Jauziyyah

Posted by gen13's peers - - 1 comments










Apabila kita terasa sukar, pasti kita seakan tidak tahu siapa itu manusia..

Yang dicari itu hanyalah Yang Esa..

Namun, tatkala kita berdosa, kita seakan tidak pernah kenal siapakah Allah yang memerhatikan kita..

Yang tidak pernah rasa mengantuk mahupun tersengguk..

Sampai bilakah kita kan terus kekal sebagai hamba derhaka?

Belum tibakah masanya untuk hati kita peka terhadap segala bicaraNya?

Bukankah kita diciptakan untuk menjadi hamba?

Hamba mulia yang perlu menyiapkan bekalan mengadapNya..

Kita kan pulang padaNya dengan pasti..

Dengan pasti.. dengan sangat pasti..

Yakinlah hati..

Yakinlah wahai diri..

Setiap diri ini kan kembali mengadap Ilahi..

Dengan bekal sendiri dan dirinya sebagai saksi..

Walau tidak rela mahupun sedia..

Posted by gen13's peers - - 1 comments

Apabila kamu dapat sesuatu, jangan kamu cuai menjaganya..

Posted by gen13's peers - - 1 comments




Terkadang, kita tersalah dalam bicara, tindakan mahupun dalam menduga..

Sebagai manusia, kita pasti akan buat silap.. Maka, kita amat berharap agar setiap mereka memahami kita.. memahami kalau setiap itu bukanlah yang dihajati..


Namun, tatkala takdir yang sama menimpa mereka, kita seakan tidak pernah kenal erti faham dan berlapang dada.. Kita seakan tidak pernah tahu erti ’tersalah’..seperti mana kita dahulu pernah menghadapinya.. kita ingin difahami, tapi kita tidak pernah memahami..


Posted by gen13's peers - - 0 comments



























“One way to predict the future is by shape it..”

Posted by gen13's peers - - 0 comments




"Your heart is DARK, you'll strive your life to make it WHITE again"
Picture by ~henriquefrazao of deviantart.com


The Untold Birth by Muhaimin Misran


Do you still remember the moment you entered this world?
Do you still remember that it was warm before suddenly turning cold?
Everybody waited for your arrival,
Everybody hoped for your survival.

You lived, you survived,
Your cries had your exhausted mother, revived,
You were tucked tight in a clean white cloth,
No more coldness, only warmth.


Your father whispered something in your ear,
You understood nothing although it was crystal clear,
Beautiful and inspiring words you heard,
Though later on, these words are going to sound absurd.


What have you fulfilled your life with?
What have you coloured your heart with?
Do you think you’re sinless?
Is that why you transgress on purpose?


You filled your life with sins,
You broke the law with defiant grins?
Sure you’re proud of your offence,
But when you’re before Him, can you put up a defense?


Remember back on how you started,
You started with nothing saved a white heart,

“Every child is born upon the natural disposition”,*
You were as clean as the blue ocean,


Did you know?
The pain that your mother had to undergo?
Did you have any idea?
The extent of the pain? How severe was Severe?


But your mother didn’t care,
No matter what the pain was, she did bear,
Because nothing was a burden,
When it comes to you, her gift from the Heavens.


So return your position back to the start,
Return to the person who held the white heart.
Never let the Darkness control your heart,
Let the Light shine in, go back to the start.

* كل مولود يولد على الفطرة A quote from hadith Rasulullah s.a.w Riwayat Tirmizi

Posted by gen13's peers - - 0 comments





“O Allah, don’t you let my spirit blew out by my nafs, give me strength to stay and work in your path, If you wanted to take may soul, take it when I’m in full of Iman. Give me your forgiveness and let me together with the Anbiya’ in the hereafter.”

Posted by gen13's peers - - 0 comments
















Mari dengar cerita buat sesiapa yang ada kelapangan.
Ada seorang budak. Dia belajar di Malaysia oleh itu dia terpaksa mengikuti sistem pembelajaran di Malaysia. Kerana dia sudah berumur 17 tahun maka terpaksalah dia mengambil peperiksaan bertulis iaitu SPM.
Budak bukanlah seorang murid yang pandai. Dia tidak bijak. Tidak selalu di puji guru-guru. Tidak menjadi murid kesayangan cikgu. Apatah lagi menjadi pelajar harapan sekolah. Akhlaknya pon boleh dikatakan biasa sahaja. Nakal pun ada. Senang kata budak sekolah biasa.
Tapi kerana dia takut akan peperiksaan yang bakal dialami di penghujung tahun. Dia mengambil satu langkah positif kecil . Setiap kali kelas dia akan bertanya kepada cikgu 1 soalan. Walaupun dia faham semua yang di ajar dia akan cuba juga sedaya upaya bertanya 1 soalan. Dan mendapatkan penerangan.
Nak dipendekkan cerita sejak dia memulakan langkah kecil itu. Dengan izin ALLAH budak tersebut lebih mudah faham apa yang cikgu-cikgu ajar. Dan nak jadikan lagi pendek budak tersebut berjaya dengan cemerlang dalam SPM dan ditawarkan untuk menyambung pembelajaran di universiti. Di universiti budak tersebut masih meneruskan langkah kecil yang di mulakanya di bangku sekolah.
Dengan izin ALLAH budak tersebut terus mendapat tawaran kerja di salah sebuah syarikat automotif di eropah selepas menamatkan pengajian tingginya dengan cemerlang.
Angin menghembus laju. Budak tersebut kini bukan lagi seorang budak. Sudah menjadi seorang lelaki dewasa. Dia menutup tingkap dan merenung ke luar. Musim sejuk kini makin hampir. Namun dia terus merenung sambil fikirannya melayang ke zaman sekolah.
Dia tersenyum. Dahulu dia selalu di ejek kawan-kawan kerana terlalu banyak bertanya dan membuatkan dia sakit hati. Namun kini semuanya manis malah dia merindui rakan-rakan yang selalu menyakatnya. Dia tak pernah menyangka langkah kecilnya dulu sudah membawanya jauh beribu-ribu batu. Tanpa disedari ketulan salji kecil mula jatuh hinggap ke tingkap.
.............................
Sudut renungan . Beberapa peribahasa :
1. Make that small step. You'll never know where it will take you.
2. A million miles journey start with a single step.
3. Orang hanya boleh berkata-kata kamu yang bertindak dan membuat keputusan.

Posted by gen13's peers - - 0 comments




































kisah ini dipetik dari buku Haluan. Dikomikkan oleh Mr-IQ...
p/s: Lama dah buat ni... balloon dialog menggunakan teknik copy n paste (yg betul2 punya copy paste). Time tu (lepas SPM) masih takde scanner dan x reti guna adope photoshop lg.. huhu.. Sebenarnya komik ni dibuat untu adik halaqah kat Taman Islami dulu...


Posted by gen13's peers - - 2 comments

Rasulullah saw bersabda:

"Di sekitar Arsy ada menara-menara dari cahaya. Di dalamnya ada orang-orang yang pakaiannya dari cahaya dan wajah-wajah mereka bercahaya. Mereka bukan para nabi atau syuhada'. Para nabi dan syuhada' iri kepada mereka. Ketika ditanya para sahabat, Rasulullah menjawab, "Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai kerana Allah, saling bersahabat karena Allah dan saling kunjung kerana Allah."

(hadis riwayat at-tirmidzi)

Posted by gen13's peers - - 1 comments






















Rasulullah s.a.w. bersabda:

إن الإيمان ليخلق في جوف أحدكم كما يخلق الثوب فاسألوا الله تعالى أن يجدد الإيمان في قلوبكم

"Sesungguhnya Iman yang berada di dalam hati kamu menjadi lusuh seperti mana lusuhnya pakaian. Oleh itu mohonkanlah dari Allah Ta’ala supaya Dia memperbaharui iman di dalam hati kamu”.

(HR Al-Tabrani dan Al-Hakim)

Posted by gen13's peers - - 0 comments

























Kita selalu bertanya dan Quran sudah menjawabnya…

Kita bertanya: Kenapa aku diuji?

Quran menjawab, ”Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan, ”Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta”

Surah Al-Ankabut;2-3

Kita bertanya: Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan?

Quran menjawab, ”Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagimu. Boleh jadi kamu menyayangi sesuatu padahal ia buruk bagimu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui”

Surah Al-Baqarah;216

Kita bertanya:Kenapa ujian seberat ini?

Quran menjawab, ”Allah tidak membebani seseorang itu melainkan dengan kesanggupannya”

Surah Al-Baqarah;286

Kita bertanya: Kenapa kita rasa frust?

Quran menjawab, ”Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman”

Surah Ali Imran;139

Kita bertanya:Bagaimana harus kumenghadapinya?

Quran menjawabnya, ”Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat, dan sesungguhnya solat itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk”

Surah Al-Baqarah;45

Kita bertanya:Kepada siapa aku berharap?

Quran menjawab,”Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya. Hanya kepadaNya aku bertawakal”

Surah At-Taubah;129

Kita bertanya:Apa yang aku dapat dari semua ujian ini?

Quran menjawab, ”Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.

Surah At-Taubah;111

Kita bertanya, Aku tak tahan!!!

Quran menjawab, ”….Tiada berputus asa dari rahmat Tuhan-Nya, kecuali orang yang sesat.”

Surah Al-Hijr;56

Kita bertanya:Sampai bila aku akan merana begini?

Quran menjawab,”Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”

Surah Al-Insyirah;5-6

Rintihan Hamba

Ya Allah, kami tidak mampu untuk melaksanakan tanggungjawab yang Kau amanahkan kepada kami, melainkan dengan bantuanMu. Oleh itu, bantulah kami untuk melaksanakannya!

Ya Allah, kami tidak mampu memelihara diri kami dari terjerumus ke dalam kemaksiatan kepadaMu, melainkan dengan pemeliharaanMu. Oleh itu, peliharalah diri kami dari keterjerumusan itu!

Ya Allah, bantulah kami untuk benar-benar menjadi HAMBA-Mu!