Hari-hari yang dilalui terkadang terasa sukar bagi setiap diri yang sangat mengimpikan ketenangan dan keamanan di dalam hidup ini.. terutamanya bagi seorang muslimah yang sangat ingin menjaga dirinya dari segala yang mampu mencemarkan maruah dan harga dirinya.. segalanya adalah teramat menakutkan.. namun, wahai diri yang bernama muslimah, yakinlah bahawa Allah telah berfirman dengan penuh kasih sayang yang menjanjikan suatu nikmat yang teramat indah..
"Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: Khalifah-khalifah yang berkuasa dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka". (surah an-nur : 55)
Alangkah indahnya hidup ini apabila segalanya di bawah naungan Islam yang sempurna. Segala kehendak Allah dipenuhi. Larangan-Nya dijauhi. Maka keamanan hidup dan ketenangan hati itu milik setiap jiwa yang menginginkan keredhaan Allah. Islam yang hadir itu bukan hanya sebagai sebuah peraturan untuk sesuatu majlis/perayaan, atau suatu butiran bagi sebuah biografi, atau hanya amalan rutin pengisi jadual perbadi. Namun, inilah suatu sistem hidup yang mengatur seluruh hidup manusia, mengambil kira setiap perkara, yang menjanjikan sebuah kebahagiaan hakiki duniawi ukhrawi.
=) mg kita terus istiqamah dan yakin akan janji2-Nya..
ya Allah, perkenankanlah..