• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
Posted by gen13's peers - - 5 comments















Allah tak pernah silap dalam takdirNya

Walaupun perit, tapi Allah tahu

Allah bukannya sengaja mentakdirkannya

Allah takkan mahu menyeksa hambaNya

RahmatNya mengatasi murka

Kalau si ibu kasihkan bayinya

Takkan dicampak ke dalam api

Namun, kasih Allah itu mengatasi kasih si ibu

Kerana Dia si Pencipta setiap diri

Dia lebih tahu

Dia lebih kasih

Dia tak pernah punya kepentingan

Semuanya untuk makhluk bernama hamba

Tidakkah Allah begitu penyayang?

5 Responses so far.

  1. Unknown says:

    jika kasih ibu yang begitu hebat pun boleh kita gambarkan dengan kata2, bagaimanakah pula kasih ALLAH yang tidak tergambar dengan kata2? Pasti ianya begitu hebat mengatasi segalanya.
    Puisi yang best !

  2. ana cuba utk memahami rangkap"Allah bukannya sengaja mentakdirkannya" boleh penulis jelaskan?? :)

  3. nur3izz says:

    jazakumullahu khairan atas semua respon untuk puisi yang tak seberapa ini.. ana masih belajar untuk menulis.. moga Allah redha..
    p/s: khas buat memenuhi hajat albo, rangkap itu lebih sesuai dikaitkan dengan sebarang ujian berat yang dirasakan sungguh menyeksa atau apa sahaja sangkaan negatif yang membuatkan si hamba merasakan bahawa Allah sengaja menyeksanya dengan ujian tersebut, maka dinyatakan di sini bahawa sesungguhnya, Allah takkan sengaja atau suka2 untuk mentakdirkannya.. tentu ada hikmahnya..
    btw, ini cuma puisi yang tidak qat'ie seperti mana Al-Quran.. segala interpretasi yang berkaitan adalah diterima.. Allahu a'lam.. sori for every single thing..

Rintihan Hamba

Ya Allah, kami tidak mampu untuk melaksanakan tanggungjawab yang Kau amanahkan kepada kami, melainkan dengan bantuanMu. Oleh itu, bantulah kami untuk melaksanakannya!

Ya Allah, kami tidak mampu memelihara diri kami dari terjerumus ke dalam kemaksiatan kepadaMu, melainkan dengan pemeliharaanMu. Oleh itu, peliharalah diri kami dari keterjerumusan itu!

Ya Allah, bantulah kami untuk benar-benar menjadi HAMBA-Mu!