• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
Posted by gen13's peers - - 2 comments


Tiap-tiap hari kita mampu menghadapi kehidupan ini sebagai manusia biasa yang sempurna. Kita mampu bangun dari tidur yang panjang, membersihkan diri, dan bersedia menunaikan segala kewajipan kita. Akhirnya di penghujung hari itu, kita kembali ke kamar kita untuk berehat dan bersedia untuk hari baru. Kehidupan anugerah Allah ini kita laluinya tanpa kita sedar bahawa kita bukanlah pemiliknya, namun kita melaluinya dan kita seperti begitu yakin bahawa hari esok ialah milik kita. Kita begitu pasti bahawa kita akan mampu hidup seperti biasa.



Kita terlupa memahami dan meyakini suatu hakikat bahawa hidup kita, makan minum kita, duduk bangun kita, tidur jaga kita, penat letih kita, suka duka kita, yang penting apa sahaja yang kita lakukan sehari-hari itu akan diakhiri dengan suatu titik permulaan yang baru yang dinamakan KEMATIAN. Mengapa dikatakan titik permulaan? Kerana perjalanan kita bukanlah akan berakhir di situ, kita hanya singgah seketika dan kita pasti akan dibangkitkan kembali oleh Allah s.w.t. untuk menerima balasan atas segala yang telah kita lakukan di dunia ini, sama ada berbentuk ganjaran atau seksaan, nauzubillahi min zalik.

Andaikata kita diberi pilihan untuk hidup atau sebaliknya, pastinya kita memilih untuk hidup, tetapi kita terlupa bahawa suatu hari nanti, kita pasti akan mati, kita semestinya akan mengakhiri kehidupan ini. Namun kita tidak pernah dan tidak akan tahu bilakah masanya, dimanakah tempatnya, dan suatu yang benar-benar dibimbangi, apakah keadaan iman kita saat itu, bagaimanakah hati kita tika itu, adakah Allah redha dengan kita sebagai hambaNya?

Marilah sama-sama kita duduk sebentar bagi meneliti kembali kehidupan yang telah kita lalui, bagaimana kita mengisi masa-masa yang ada, apakah dengan ketaatan kepada Allah s.w.t. atau sebaliknya? Kita hambaNya yang lemah, sentiasa mengharapkan keampunan dan rahmat dari Allah s.w.t., Pencipta diri kita dan alam ini seluruhnya...

2 Responses so far.

  1. ijlal says:

    alhamdulillah..benar..kadang-kadang kita terlupa akan adanya kematian yg sentiasa menanti kita memandangkan suasana kita hari ini tidak mmbantu kita utk kmbali mengingati Allah,tidak mmbantu utk peningkatan iman di hati kita..teringat kata2 pc Rushdi setiap hari selasa petang di kls terapung:"Kita semua pasti akan mati suatu hari nnti.tp hanya orang yang bijak saja akan mencorak kematiannya.".. sama2 kita renungi kata ini dan tanya semula pd diri kita bagaimana kita mncorak kematian kita..W'allam

  2. benar.. kita terlalu sibuk untuk mngambil tahu tentang kesihatan hati kita & prsiapan bekalan untuk hari esok. mari, kita sama-sama corak seni kematian kita dengan sebaik-baik corak! barakallahu fik!

Rintihan Hamba

Ya Allah, kami tidak mampu untuk melaksanakan tanggungjawab yang Kau amanahkan kepada kami, melainkan dengan bantuanMu. Oleh itu, bantulah kami untuk melaksanakannya!

Ya Allah, kami tidak mampu memelihara diri kami dari terjerumus ke dalam kemaksiatan kepadaMu, melainkan dengan pemeliharaanMu. Oleh itu, peliharalah diri kami dari keterjerumusan itu!

Ya Allah, bantulah kami untuk benar-benar menjadi HAMBA-Mu!