• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
Posted by gen13's peers - - 0 comments



Hari ini 27 Julai 2009 bersamaan dengan 5 Syaaban 1430 Hijriah..maka bertambahlah umur seorang lagi sahibah yang kita sayangi iaitu Ainal Mardhiyah bt Mohd Azmi..

untuk makluman sahibah2 yang dikasihi,ainal baru - baru ini telah diuji dengan kemalangan.. dan siapa yang tahu kan kuasa Allah mengatasi segala-galanya..Allah masih memanjangkan umurnya sehingga hari ini..insya Allah..

begitu berharga nya nikmat umur yang telah Allah berikan kepada kita ini untuk kita sentiasa membetulkan diri yang sering lupa akan tujuan manusia itu dihidupkan..

ingatlah 5 perkara sebelum 5 perkara..

  • sihat sebelum sakit
  • kaya sebelum miskin
  • lapang sebelum sempit
  • muda sebelum tua
  • hidup sebelum mati


sahibah-sahibah yg disayangi Allah,
sahibah kita,ainal juga ketika ini memerlukan sokongan dari kita semua,sebagaimana yg kita tau,shibah kita syafiyah ada menelefon ainal..(xingt hr apa ).. ainal menangis2 dan seperti manyalahkan diri dia dlm kemalangan itu.(lal yg inform,thanks lal) so,kita kena terus bg sokongan dan doa agar ainal tenang..

dan thun nie juga ainal bersama kwn2 kita yg lain bibah n awa akn mengambil peperiksaan STAM..moga mereka dipermudahkan dalam jihad belajar dan jihad meneruskan tarbiyah di MATRI..


SELAMAT HARI LAHIR
KE 19 AINAL MARDHIYAH BT MOHD AZMI... dari kami semua sahibah-sahibah mu..GEN13

(korang dialu - alukan bg ucapan,kalo x boleh bg komen..dkt chat box pun boleh)




.:masitah--macet:...

Posted by gen13's peers - - 0 comments


Assalamualaikum semua...


Hari ni 25 July 2009 adalah hari bersejarah buat rakan kita Nur Husna Mohd Jamil (entah btul ke tak nama pnuh dye nh,hehe..)


So,Selamat hari jadi buat una~!!

dah tua dah kawan kita nih.. aku still 18 tahun lagi, muda lagi..hehe..


So, pada kawan2 semua.. kalau nak wish kat dia boleh lar call dia ke, or kalau kedekut sangat anta message kat dia.. haha~


Weh una, makin hari, kubur makin dekat ngan kita.. So, banyakkanla ingat ALLAH,ngee..

Sapa2 nak wish kat dia melalui dalam blog nih, klik je comment kat bawah nih.. boleh baca ramai2.. dari asyik dok chat kat chat box tu je, kecik sangat.. lagipun wish yang lama2 nanti takleh tengok dah.. So baek comment tros kat bawah ni, ^_^..


Ayookk.. dah terkeluar tajuk pulak.. sorry2, huhu~


HAPPY BIRTHDAY TO YOU..

UNA JAM~

ikhlas dari kami semua..


posted by : aNa

Posted by gen13's peers - - 0 comments


Memory..
manis tak dapat dilupakan..
5 tahun telah bersama..
ooooo...

Ukhuwwah ini..
persis sekuntum bunga..
yang mewangi dan mekar indah..
oo yeee..

c/o:
Berdiri form 5 puteri..
mengejar satu cita..
impian,pasti kenyataan..
berkorban demi masa hadapan..

Bersemangatlah form 5..
usah mengaku kalah..
onak dan duri..
bersamalah kita tempuhi..


c/o:
Berdiri form 5 puteri..
mengejar satu cita..
impian,pasti kenyataan..
berkorban demi masa hadapan.. (2x)


lirik lagu : ana and the geng
rentak lagu : semestinyer ana..ki3

Posted by gen13's peers - - 0 comments


Dalam dunia ini,
Kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri..
Tetapi dalam kita bersendiri,
Kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,
begitu juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.
Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.


Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.

Bagi kita,
Itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti. .
Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan, memaksa dia menerima alasan kita.

Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya? ?
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa.
Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di
sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.

Dia mendengar luahan perasaan kita,
segala rasa kecewa dan ketakutan,
harapan dan impian kita luahkan,
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.

Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita,
Hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga
ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan
tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?

Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah
menyabarkan kita?

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita
gembiranya?

Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana
dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan
menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai,
kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah,
agar tidak rebah?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan
harapan?

Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita.
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan,
Kerana dia juga seorang manusia;
dia juga ada rasa takut,
ada rasa bimbang, sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan
Dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.

Jadilah kita kawannya itu.
Kita selalu melihat dia ketawa,
tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah
yang kita sangka.

Disebalik senyumannya itu,
mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,
disebalik kesenangannya,
mungkin tersimpan seribu kekalutan,
kita tidak tahu..
tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia,
mungkin kita akan tahu...

Posted by : ~aNa~

Posted by gen13's peers - - 0 comments



Kau digelar sebagai penyeri dunia..

hadirmu melengkap hubungan manusia..

Bukan saja dirindui yang biasa..

malah ADAM turut sunyi tanpa HAWA...

Akalmu senipis bilahan rambut,

tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu..

Jua hati mu bak kaca yang rapuh,

kuatkanlah ia dengan iman yang teguh..

Tercipta engkau dari rusuk lelaki,

bukan dari kaki untuk dialasi

Bukan dari kepala untuk dijunjung tapi dekat dibahu untuk dilindung..

Dekat jua dihati untuk dikasihi..

Engkaulah wanita hiasan duniawi..

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok,

jika datangnya dari kayu yang bengkok..

begitulah peribadi yang dibentuk..

Didiklah wanita dengan keimanan bukannya harta ataupun pujian..

Kelak tidak derita berharap pada yang binasa..

Engkaulah WANITA ISTIMEWA…

Sedarilah INSAN ISTIMEWA

Bahawa kelembutan bukan kelemahan..

Bukan jua penghinaan dari tuhan…

Bahkan sebagai hiasan kecantikan…






lirik nie sebenarnya kita amik dari lagu dehearty yg bertajuk wanita(insan teristimewa)..

lagu nie ada dlm blog kita nie..



lagu nie memng bnyak memberi kata-kata semangat yang menjadikan kita mengenal erti sebenar wanita itu diciptakan..penyusunan Allah memang cantik dalam menciptakan makhluknya..



kadang - kadang manusia jer yang tak merasai bahawa penciptaan Allah itu bukan sia-sia..






sesungguhnya untuk menjadi wanita yang benar-benar mulia di sisi Allah tidaklah semudah yang kita sangkakan..



wanita itu adalah isteri,ibu,anak,kakak,pemimpin bagi setiap isi didunia ini..



terlalu banyak cabaran untuk menjadi wanita solehah kan..



wanita juga diciptakan dengan penuh perasaan dan nafsu..



kadang-kadang kita sendiri tak sedar air mata kita mudah sangat mengalir walaupun hanya memikirkan perkara yang kecil - kecil jer..



begitu lembut dan indahnya hati seorang insan bernama wanita kan..






permata yang paling penting bagi setiap wanita adalah maruah yang kita ada..



tapi untuk menjaga maruah itu tidak terusik amatlah perit dan payah..



kadang-kadang kita sendiri kita tak tersedar bahawa kita telah menggadaikan dan merelakan orang lain menyentuh maruah kita..dengan cara yang kita tak tahu pun tindak tanduk kita sendiri yang menonjolkan maruah itu..




Janji dan azamku,

Kanku perbataskan perbualanku,

Kanku sukat gerak dan gayaku,

Kanku pelihara kesucian dan maruah diriku,

Tidakkanku terlalu murah senyumanku dengan mana – mana lelaki ajnabi

Keranaku tahu juaku mengerti,

Wanita solehah itu dipandang dari peribadinya,

Dilihat dari akhlaknya,

Ditinjau dari lemah lembutnya,

Ditafsirkan dari susunan kata – katanya,

Kegagahan wanita berdiri di atas teguhnya imannya,

Dari sini wanita jua diriku diketahui segalanya,

Pandanglah kataku,

Renunglah dengan mata hatimu setulusnya,

Selamilah dasar hatiku berbisiklah pada dirimu,

Ambillah mutiara kata yang baik buat teladan,

Tinggalkan kata – kataku yang menyimpang dari landasan kebenaran,

Seperti katamu yang kusemat dihatiku,

Hati ini milik-Nya,

Hidup ini semestinya untuk –Nya,

Pandangan mata selalu menipu,

Pandangan akal selalu tersalah,

Pandangan nafsu selalu melulu,

Dan pandangan hatilah yang hakiki,

Ketika iman sudah menghiasi hati,

Dan kemanisannya mula dikecapi,

Semua ujian tidak akan menggugat diri,

Kesunyian ,kesedihan dan kekecewaan akan berganti,

Dengan keyakinan dan kesyukuran,

Jika tidakku perhatikan hikmahnya dengan mata hati,

Jika tidakku zuhud dalam pencarian cintaku,

Jika tidakku teguh mengukir senyum buat pengubat kerunsingan,

Jika tidakku seikhlas jiwa semurni sanubari memohon keampunan-Nya,

Jika tidakku titiskan air mata keinsafan,

Jika tidakku renung dan resapkan keyakinanku pada-Nya,



Jika tidakku pasrah dengan ketentuan-Nya,

Mana mungkin ku dambakan kasih-Nya dalam iman???

Bagaimana pula bolehku harap redha dari-Nya…..



ini adalah sekadar perkongsian untuk sahibah-sahibah yang kita sayangi dan terutamanya untuk diri ini sendiri yang masih mengharapkan dorongan dan sokongan dari semua sahibah-sahibah..moga kita semua akan menjadi wanita yang mengidupkan semula

peribadi Aisyah yang bijaksana,
keibuan Khadijah yang mulia,
ketakwaan Fatimah berhati waja,
keimanan Sumayyah syahidah pertama....







Posted by gen13's peers - - 0 comments

Ketahuilah wahai sahibahku..


Teman,
Tak terungkap oleh kata,
Tak tergambar dengan bicara,
Hanya Allah yang tahu,
Betapa aku rindu..

Aku rindu kenangan bersama,
Aku rindu gelak tawamu,
Suara dan ragammu,
Yang satu dalam seribu,
Semuanya bagaikan segar,
Bermain di benak fikiranku..

Teman,
Dalam ku mengenang detik bersama,
Serba salahku bertamu,
Aku tahu,
Aku sedar,
Lemahnya diriku,
Banyak perkara ku abaikan,
Ada hakmu yang belum ku penuhi,
Ada tanggungjawabku belum ku tunaikan,
Kemaafanmu ku pinta,
Moga rahmat Allah bersamamu..

Terkadang,
Aku mengharap dalam kerinduan,
Ingin bersama buat selamanya,
Untuk mengukir memori,
Untuk ku meniti hidup ini..

Namun,
Aku akui hakikat ini,
Masa tidak akan berulang kembali,
Perlu diteruskan dengan berani,
Hanya doa kirimanku,
Setulus ingatan buat dirimu..

Teman,
Moga Allah bersamamu,
Memelihara imanmu,
Menjaga diri dan hatimu,
Kerana ku tidak mampu,
Untuk menjaga semua itu,
Hanya Allah harapanku,
Sebagai teman dalam langkahanmu..

Impianku hanya satu,
Ingin ke Syurga bersamamu,
Tanganku dalam tanganmu,
Tanganmu dalam tanganku..


posted by : izzah zabaa

Posted by gen13's peers - - 0 comments

Assalamualikum..
Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim..
maka rasmilah blog 13thGen reunited ni..
sorry jika ada banyak kekurangan pada blog ni..
kalau ada sebarang idea,pertanyaan,maklumat..
sila emailkan ke email nih..


kerjasama rakan2 sekalian amat diharapkan..
peace~!

Rintihan Hamba

Ya Allah, kami tidak mampu untuk melaksanakan tanggungjawab yang Kau amanahkan kepada kami, melainkan dengan bantuanMu. Oleh itu, bantulah kami untuk melaksanakannya!

Ya Allah, kami tidak mampu memelihara diri kami dari terjerumus ke dalam kemaksiatan kepadaMu, melainkan dengan pemeliharaanMu. Oleh itu, peliharalah diri kami dari keterjerumusan itu!

Ya Allah, bantulah kami untuk benar-benar menjadi HAMBA-Mu!