terkadang, kita menyangka bahawa kita telah melepasi 'serendah-rendah nilai ukhwah', iaitu untuk kita berbaik sangka dengan setiap teman kita itu.. kita mengucapkan tanpa malu bahawa kita menyayanginya kerana Yang Esa.. namun, di mana pembumian kata itu? tatkala ujian itu datang, kita seakan tidak pernah mengenali apakah itu sebuah ukhuwah..
"Wahai anak adam,
selagi engkau berdoa terhadapKu dan bergantung harap padaKu..
Aku akan mengampunimu dan Aku tidak peduli..
Wahai anak adam,
walaupun dosamu memenuhi awan di langit..
kemudian engkau memohon ampun dariKu..
Aku akan mengampunimu dan Aku tidak peduli..
Wahai anak adam,
jika engkau datang kepadaKu dengan dosa sepenuh bumi..
dan engkau berjumpa denganKu dalam keadaan engkau tidak mensyirikkan Aku..
maka Aku akan datang kepadamu sebanyak itu juga dengan keampunan.."
Rintihan Hamba
Ya Allah, kami tidak mampu untuk melaksanakan tanggungjawab yang Kau amanahkan kepada kami, melainkan dengan bantuanMu. Oleh itu, bantulah kami untuk melaksanakannya!
Ya Allah, kami tidak mampu memelihara diri kami dari terjerumus ke dalam kemaksiatan kepadaMu, melainkan dengan pemeliharaanMu. Oleh itu, peliharalah diri kami dari keterjerumusan itu!
Ya Allah, bantulah kami untuk benar-benar menjadi HAMBA-Mu!