• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
Posted by gen13's peers - - 2 comments

“… we have more degrees,

but less sense;

more knowledge,

but less judgment;

more experts,

but more problems…”


Dr. Bob
Moorehead,

Paradox of Our Time

Posted by nur3izz - - 0 comments

Posted by PeNaWar_HaTi - - 0 comments


Assalamualaikum wbrt,

Sidang pembaca yang dirahmati Allah swt lagi disayangi Rasulullah saw,




1. Kewajipan menuntut ilmu.

Seseorang muslim dapat memelihara akalnya dengan ilmu dan mempergunakan akalnya untuk mendapat petunjuk serta ni’mat Allah Subhanahuwata’ala. Oleh itu, di sisi Islam, menuntut ilmu adalah amalan fardhu dan mulia bagi setiap muslim dan muslimah.

Sabda Rasulullah Salallahu’alaihiwasallam:

“Mencari ilmu adalah fardhu ke atas setiap muslim “(Hadis riwayat Ibnu Majah).

Sehubungan dengan itu Allah Subhanahuwata’ala juga menyeru kepada setiap muslim supaya terus-menerus menuntut ilmu. Dialah yang akan mengangkat darjat para ilmuan (ulama’). Ilmuan juga digolongkan oleh Allah Subhanahuwata’ala sebagai orang yang bertaqwa.

FirmanNya:

“Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hambanya hanyalah ulama’ “(Al-Fathir: 28).

Oleh yang demikian, kita dituntut oleh Islam supaya bersungguh-sungguh menuntut ilmu pengetahuan supaya semakin bertambah ilmu, maka semakin dekatlah diri kita dengan Allah Subhanahuwata’ala. Ilmu itu merupakan cahaya untuk kita lebih merasai keesaan Allah Subhanahuwata’ala, serta kekuasaan dan keagonganNya. Dengan ini akan bertambahlah ketakutan (ketaqwaan) kepada Allah Subhanahuwata’ala.

Islam juga mengutamakan orang-orang yang mempunyai ilmu sepertimana firman Allah Subhanahuwata’ala:

“Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran.”

Safwan Ibn Assal Al-Maradi telah datang menemui Rasulullah Salallahu’alaihiwasallam sedang baginda berada di masjid, maka berkatalah dia kepada Rasulullah Salallahu’alaihiwasallam, “Wahai Rasulullah Salallahu’alaihiwasallam, aku ini sedang mencari ilmu”.

Maka Rasulullah Salallahu’alaihiwasallam pun bersabda yang bermaksud:

“Dipersilakan dengan gembira kepada penuntut ilmu, sesungguhnya penuntut ilmu diselubungi oleh para malaikat sehingga bersusun sebahagiannya ke atas sebahagiannya hingga sampai mereka kelangit dunia, lantaran cinta mereka kepada apa yang dituntutnya “(Riwayat Ahmad dan Attabarani,Ibnu Habban dan Al-Hakim).

2. Menuntut ilmu hingga ke akhir hayat.

Yang dikatakan menuntut ilmu hingga ke akhir hayat ialah kita terus menerus membaca, mengkaji serta menambahkan ilmu hinggalah ke akhir hayat. Para salafussoleh dan ulama’-ulama’ terdahulu, mereka memandang bahawa ilmu itu akan hidup dan berkembang terus dengan cara belajar dan membaca. Sebaliknya ilmu itu akan kering serta layu apabila berhenti belajar dan membaca.

Sebuah kata-kata masyhur oleh Imam Ibn Abdul Barri:

“Kamu sentiasa menjadi ‘alim selagi mana kamu menjadi pelajar, maka apabila kamu merasa cukup, kamu telah menjadi jahil”.

Imam Malik juga ada mengatakan:

“Tidak wajar bagi seorang yang mempunyai ilmu meninggalkan pelajarannya”Telah di katakan kepada Ibn Mubarak: “Sampai bilakah kamu menuntut ilmu?”. Beliau lantas menjawab, “Hingga ke akhir hayat dan boleh jadi ada kalimah yang berguna kepadaku yang belum aku tulis lagi.”Alangkah indahnya jawaban Imam Sufian terhadap soalan:

“Siapakah di antara manusia yang paling berhajat kepada ilmu?”. Maka berkatalah Imam Sufian,“orang yang paling alim di kalangan mereka”.

Justeru itu alangkah cintanya para ulama’ terdahulu terhadap ilmu dan alangkah besarnya ilmu di dalam jiwa mereka. Oleh itu marilah manusia yang ada pada hari ini mengikut dan meneladan jejak langkah mereka.

3. Kesimpulan.

a. Islam mendidik umatnya supaya terus-menerus menuntut ilmu.

b. Menuntut ilmu adalah fardhu di atas setiap individu muslim.

c. Penuntut muslim bertanggungjawab menuntut ilmu dengan sebaik yang mungkin.

d. Menuntut ilmu di nilai sebagai amal jihad di sisi Allah Subhanahuwata’ala dan mendapat pahala di sisiNya.

e. Islam menyeru umatnya menuntut ilmu agar lebih dekat dan bertaqwa kepada Allah Subhanahuwata’ala .

f. Tanpa Ilmu manusia buta, tanpa iman manusia sengsara.

g. Contohilah ulama’ terdahulu di atas kesungguhan mereka mencari ilmu walaupun terpaksa berjalan beribu-ribu batu jauhnya.

h. Kita hendaklah menuntut ilmu serta melaksanakannya dalam kehidupan kita kerana Allah Subhanahuwata’ala. InsyaAllah usaha-usaha kita itu akan mendapat keberkatan dan keredhaan daripada Allah Subhanahuwata’ala.

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Posted by nur3izz - - 0 comments

Posted by PeNaWar_HaTi - - 1 comments

"KONVENSYEN WANITA KEBANGSAAN 2011"



AUDITORIUM MASJID PUTRA PUTRAJAYA
Tarikh: 29 OKTOBER 2011
Masa: 8.00 am- 5.30 pm


"WANITA PENCORAK GENERASI PEWARIS"

Konvesyen Wanita Kebangsaan 2011 merupakan wadah yang penting bagi meningkatkan ilmu, pengalaman melalui perbincangan secara ilmiah dan ber-struktur. Ia juga amat bermanfaat kerana menjadi jambatan penghubung antara wanita agar dapat bersama-sama memberi pandangan dan pendapat demi kebaikan masyarakat seluruhnya. Konvensyen juga merupakan wadah yang terbaik untuk memberi peluang kepada pembentang kertas kerja, ahli panel forum dan peserta mengemukakan idea-idea baru serta pendapat yang bernas kearah mengukuhkan organisasi sesebuah negara. Antara lain konvensyen ini juga akan dijadikan medan pertemuan dengan tokoh-tokoh Wanita dalam negara yang aktif dalam memberi sumbangan khidmat kepada masyarakat diperingkat Nasional mahupun antarabangsa.


Antara Pembentang Kertas Kerja ialah:-
1) Prof. Madya Dr Asmawati Desa (UKM)
2) Prof Dr Jawiah Dakir (Institut Islam Hadhari UKM)
3) Dr Abdullah Sudin Abdul Rahman (HALUAN MALAYSIA)

Forum:- Peranan Wanita Dalam Mencorak Masa Depan Generasi Pewaris
1) Prof. Dr Salasiah Hanun Hamjah (UKM)
2) Puan Ezura Nasuha Abdul Hadi (Haluanita)
3) Puan Hajjah Saimah Mokhtar (JAKIM)
4) Puan Norizan Mohamad Noh (Moderator)

Siapakah yang boleh hadir dalam konvensyen ini?
KAKITANGAN /PEGAWAI KEMENTERIAN
KAKITANGAN PEGAWAI MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI
PEGAWAI JABATAN MUFTI NEGERI
PENDIDIK/PENSYARAH IP-TA/IPTS
MAHASISWI IPTA/IPTS
PERTUBUHAN BUKAN KE-RAJAAN (NGO)
AKTIVIS MASYARAKAT
PARA PENDIDIK
ORANG RAMAI

Kehadiran/pendaftaran adalah PERCUMA
Daftar di sini. Klik sini

ANJURAN BERSAMA
BIRO HALUANITA (HALUAN)
DAN MASJID PUTRA PUTRAJAYA



Marilah kita bersama-sama berganding bahu dan memainkan peranan penting dalam mencorak generasi pewaris dalam menentukan halatuju mereka disamping merangka gerak kerja dan pelan tindakan untuk dilaksanakan bersama demi Agama, Bangsa dan Negara....


Ayuh Semua!!!

Posted by gen13's peers - - 0 comments

Posted by nur3izz - - 0 comments




..."effort is a practical doa"...


shared by: Ameen Misran

Posted by gen13's peers - - 0 comments


Assalamu'alaikum w.b.t.. Buat semua teman2 dan kenalan2 yang bergelar mahasiswa, kalian semua dijemput ke seminar ini.. kehadiran kalian semua adalah sangat dialu-alukan.. datang, jangan tak datang.. ajak kawan2 yang lain juga tau.. insyaAllah, saling berkongsi kebaikan.. jumpa kalian di sana..


Posted by gen13's peers - - 0 comments

Sedarkah kita bahawa hidup ini adalah sejarah. Sejarah keimanan dan kekufuran. Sejarah hidup yang sering berulang-ulang. Hari ini, kita melihat kanak-kanak bermain, bukankah dahulunya ada orang lain yang melihat kita bermain? Hari ini, kita dikenali sebagai pelajar yang sedang menuntut ilmu, suatu hari nanti, kita pula akan memandang remaja-remaja di sekeliling kita ialah pelajar yang sedang menuntut ilmu. Hari ini, kita melihat seseorang itu sebagai orang tua. Suatu hari nanti, orang lain pula melihat kita sebagai orang tua… dan kini, kita menerima berita kematian manusia di sekeliling kita, maka suatu hari nanti, manusia lain pula akan menerima berita kematian kita.

Hidup ini sejarah yang tiada pembaharuan, tiada kelainan. Hanya sejarah keimanan dan kekufuran. Kebahagian yang diperolehi ialah lantaran iman, dan kebinasaan adalah kerana kekufuran. Dosa yang dibuat pada hari ini ialah dosa yang pernah dibuat pada suatu masa dahulu. Tiada suatu dosa baru yang direka atau kaedah jahat lain yang disusun oleh golongan terlaknat, syaitan yang direjam. Semuanya itu pernah dilakukan. Pernah berlaku, pernah berulang dan masih berulang. Kemusnahan dan kebinasaan itu pasti akan berulang lagi apabila kita tidak bersungguh-sungguh berusaha untuk memilih jalan keimanan. Moga Allah membantu kita untuk menjadi hambaNya.

Rintihan Hamba

Ya Allah, kami tidak mampu untuk melaksanakan tanggungjawab yang Kau amanahkan kepada kami, melainkan dengan bantuanMu. Oleh itu, bantulah kami untuk melaksanakannya!

Ya Allah, kami tidak mampu memelihara diri kami dari terjerumus ke dalam kemaksiatan kepadaMu, melainkan dengan pemeliharaanMu. Oleh itu, peliharalah diri kami dari keterjerumusan itu!

Ya Allah, bantulah kami untuk benar-benar menjadi HAMBA-Mu!