• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
Posted by gen13's peers - - 2 comments

Sekadar koleksi kata-kata...


"Hidup ini perlu dengan ilmu,bukan tradisi dan adat. Tiada jalan untuk mengenal Allah melainkan dengan ilmu. Maka antara syarat untuk menuntut ilmu adalah
TIDAK BERMALASAN".
-Ustaz Dahlan Mohd Zain-


Give everything you have to everything you do!
Because we never realize our greatest potential
until we perform at our best.

Allah doesn’t require you to ‘Be The Best’,
He just want you to do your best
and He will take care of the rest.


"Wahai manusia setelah kehidupan yang pendek ini kamu akan menjalani kehidupan yang abadi. Bila kamu memahami rahsia tugasmu dalam kehidupan ini
dan mengikhlaskan amal untuk Allah,
ada kenikmatan yang menantimu"
—As-Syahid Imam Hasan Al-Banna—


Posted by gen13's peers - - 5 comments

قال رسول صلى الله عليه وسلم :
" سبعة يظلّهم الله في ظلّه يوم لا ظلّ إلا ظلّه :
الإمام العادل،
وشابّ نشأ في عبادة ربّه،
ورجل قلبه معلّق في المساجد،
ورجلان تحابّا في الله اجتمعا عليه وتفرقا عليه،
ورجل طلبته امرأة ذات منصب وجمال فقال إنّي أخاف الله،
ورجل تصدّق أخفى حتّى لا تعلم شماله ما تنفق يمينه،
ورجل ذكر الله خاليا ففاضت عيناه ".
(متفق عليه)
"Ada tujuh macam orang yang akan dinaungi oleh Allah dalam naunganNya
pada hari yang tiada naungan melainkan naunganNya sendiri
(yakni hari kiamat), iaitu :
1) imam (kepala atau pemimpin) yang adil.
2) Pemuda yang membesar (sejak kecilnya) dalam beribadat kepada Allah.
3) Orang yang hatinya tergantung (sangat memerhatikan)kepada masjid-masjid.
4) Dua orang yang saling cinta-mencintai kerana Allah, keduanya berkumpul atas
keadaan sedemikian itu dan keduanya berpisah atas keadaan sedemikian itu pula.
5) Orang lelaki yang diajak oleh wanita yang mempunyai kedudukan dan berparas
cantik, lalu ia berkata: "Sesungguhnya saya ini takut kepada Allah,"
(demikian pula sebaliknya, iaitu wanita yang diajak lelaki lalu bersikap seperti di atas)
6) juga orang yang bersedekah dengan suatu sedekah lalu disembunyikan
sedekahnya itu sehingga seolah-olah tangan kirinya tidak tahu apa yang
dinafkahkan oleh tangan kanannya.
7) dan orang yang mengingat pada Allah di waktu keadaan sunyi lalu melelehlah
airmata dari kedua matanya."
(Muttafaq 'alaih)

Posted by gen13's peers - - 4 comments

Rasulullah bersabda maksudnya :
Sesungguhnya di syurga terdapat pasar yang dikunjungi oleh penduduk syurga setiap hari jumaat. Angin utara bertiup menghembus dan menerpa wajah dan pakaian mereka hingga membuat mereka semakin tampan dan kacak. Dalam keadaan seperti itu mereka pulang mendapatkan isteri masing-masing. Isteri-isteri mereka berkata; “ Demi Allah… tuan semakin tampan dan kacak”. Mereka menjawab ; “Kalian juga semakin cantik dan mempersona”.
(Hadis riwayat Muslim.)






Ya Allah, kekalkan aku dengan wajahku ini, aku ingin bertemu dengan kawan-kawan yang aku sayang kerana-Mu.


Kawan-kawan, di pasar Syurga nanti, jangan lupa sapa kami ye.. Mungkin kami dah tak cam korang semua. Korang semua dah makin cantik. Tapi kami nak kekal macam ni, takut nanti korang dah tak cam kami dah. Moga Allah ketemukan kita. Kami sayang kawan-kawan semua.. Ingat, sapa kami ye!


sumber hadits : http://alfaqer.blogspot.com/2010_03_01_archive.html

Posted by gen13's peers - - 7 comments

Antara kata-kata Saidina Umar al-Khattab, bermaksud:
" Tidak ada suatupun yang paling berharga yang dimiliki oleh seseorang insan selepas nikmat Islam selain sahabat yang soleh, apabila kamu dapati kewujudan kasih sayang kepadanya, maka peganglah ia dengan bersungguh-sungguh".



Berdasarkan perkongsian, terdapat 6 perkara yang akan mengeratkan lagi silarurahim dan hubungan persahabatan:

[1] Makan sekali
[2] Tidur sekali
[3] Belajar sekali
[4] Musafir bersama
[5] Ketawa & menangis sekali.
[6] Bergaduh

Tapi tidak semestinya ini sahaja. Masih boleh ditambah.
Yok, buat semua di atas! Barulah kita akan benar-benar mengenali teman kita itu, insyaAllah.

p/s: rindu kalian, teman sepermainan. :( Moga Allah lindungi dan rahmati kalian, tidak kira di mana sahaja kalian berada. Mari, saling tembak doa!

Posted by gen13's peers - - 0 comments


Menghadapi hari-hari yang mendatang ini sentiasa menguji hati yang lemah ini. Lengkap berjubah, berkopiah, mahupun bertudung litup belum pasti menjanjikan 1001 kebaikan di sana. Hati sering berbolak balik lantaran banyaknya hal yang perlu dihadapi dan difikirkan sehari-hari. Segala perasaan bercampur-baur.

Sebagai pelajar, tentulah punya banyak hal yang ingin dibuat, banyak kerja yang perlu disiapkan, banyak perbincangan yang perlu diadakan, banyak kelas yang perlu dihadiri. Hingga rasanya, tidak punya masa untuk hal lainnya. Diri yang masih belum pandai untuk uruskan segala membuat sibuk itu bertambah sibuk.
Namun, sedarilah wahai diri, suatu hakikat bahawa diri yang dimiliki itu punya tujuan diciptakan, punya perjalanan yang sungguh jauh & punya penghujung yang belum pasti. Bukan hanya sebagai pelajar di sebuah institusi pengajian, atau pekerja di sebuah organisasi, mahupun anak kepada sebuah keluarga, hatta sebagai teman bagi rakan taulan yang lainnya.
Berilah hati itu masa walau seketika. Ia penentu pengakhiran hidupmu. Penentu penerimaanNya ke atas segala amalmu. Penentu siapa dirimu. Berilah haknya, makanannya, keperluannya dan kekuatannya. Pulangmu suatu hari nanti, kesihatannya yang akan ditanya. “walaupun hati ialah hal paling penting dalam kehidupan ini, namun, ia sering kali menjadi hal terakhir yang difikrkan”.
“Kebahagiaan kita tidak terletak pada harta,tidak pada penampilan diri,tidak juga pada gemerlap perhiasan dan keindahan dunia.Ukuran kebahagiaan terkait erat pada hati dan ruh manusia mendamba Redha Allah”. (Imam Hasan Al-Banna)
Ya Allah, bantulah hambaMu ini!

Posted by gen13's peers - - 3 comments


Alhamdulillah, baru-baru ni ada beberapa kata-kata yang menyentuh hati, sangat tepat dengan masanya.

"Dalam keadaan kita punya banyak tanggungjawab untuk dilaksanakan, kita tenggelam dalam kesia-siaan".

"Ya Allah, kasihanilah aku dengan (mengurniakan kepadaku kemampuan) meninggalkan maksiat selagi aku hidup, dan kasihanilah aku dari memberatkan diriku dengan perkara-perkara yang tidak penting bagiku, dan kurniakanlah kepadaku anugerah melihat perkara yang Engkau suka".

"Selagi kita tak tinggal maksiat, takkan dapat cinta Allah".

Jazakumullahu khairan buat semua yang berkongsi. Moga Allah merahmati kalian, sentiasa.


p/s: seronok juga kalau kita boleh bertukar-tukar kata-kata. kepada sesiapa yang ada kata-kata yang menyentuh hati, terutamanya dalam masa terdekat ni, maka dengan segala hormatnya dipersilakan untuk berkongsi.. mungkin dalam comment, shout box dll.. moga Allah redha.. mari saling cas bateri iman! kuatkan staminanya! :)


Posted by gen13's peers - - 7 comments

Akan tiba masanya
Suria kan tersenyum kembali
Burung-burung kan berkicau riang
Rama-rama kan bebas berterbangan
Dan bunga-bunga kan menampakkan serinya
Menghiasi taman rumpun menghijau
Setelah musim demi musim berlalu
Mendung memuramkan suasana

Akan tiba masanya
Hujat rahmat kan membasahi semua
Pucuk-pucuk muda kan bangga menyerlah
Dan rumput-rumputan pasti menjalar megah
Bagaikan hamparan permaidani sutera
Setelah musim demi musim berlalu
Kemarau panjang mendahagakan dunia

Akan tiba masanya
Hati yang keras kan lembut semula
Jiwa yang engkar kan lebur akhirnya
Bila hembusan ilahi membelai mesra
Pemilik sekeping hati bernama manusia
Setelah musim demi musim berlalu
Dalam belantara ngeri tersesat ia...


SUMBER :
http://ukurkira.blogspot.com/2010/08/musim-musim-yang-berlalu.html

Rintihan Hamba

Ya Allah, kami tidak mampu untuk melaksanakan tanggungjawab yang Kau amanahkan kepada kami, melainkan dengan bantuanMu. Oleh itu, bantulah kami untuk melaksanakannya!

Ya Allah, kami tidak mampu memelihara diri kami dari terjerumus ke dalam kemaksiatan kepadaMu, melainkan dengan pemeliharaanMu. Oleh itu, peliharalah diri kami dari keterjerumusan itu!

Ya Allah, bantulah kami untuk benar-benar menjadi HAMBA-Mu!